Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

eFiling..better late than never!

Pampers Pilihan

Air Laut Merah, a friendly reminder..

Jangan GARANG sangat pada anak!

Beza CIMB dengan MAYBANK

Wang Tunai RM5000 untuk Blogger

Kuantan & Teluk Cempedak and Tanjung Lumpur

Pantai Remis again

Ikan Bakar Pantai Jeram ~awesome

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

May 10, 2012

eFiling..better late than never!

as salam :) untuk pertama kali dalam hidup aku isi eFiling..muahaha..keje da dekat 3 tahun da..sekali pon tak pernah fill eFiling..memang dasar rakyat yang tak bertanggungjawab..eh. bukan..sebelum ni belum ade kesedaran..sejak dua menjak ni, kesedaran sivik tu muncul :)

di kala orang dok kecoh-kecoh dari march lagi kan pasal eFiling, aku rileks je..saat-saat akhir baru nak menggelabah..nasib baik diorang extend sampai 15 mei :) thank you LHDN..kalau tak, tak merasa lagi la aku nak fill up eFiling..

ohh kalau korang pun cam aku, 1st step kena buat adelah request pin dulu yer..untuk first timer memang kene ade pin..aku request through email je aritu..dah lame pun, almost 2weeks kot baru diorang feedback..aku ingat da takde harapan..sekali arini tetibe masuk emel :) so laju-laju terus buat..semangat waja kot la bole claim beribu kan..kihkih..perasan macam gaji ko banyak nau...nak beli buku ponnnn malasssss..cemane nak claim banyak? hihi..


so aku yang buta kayu ni pon follow laa step by step..teliti gile..siap aku zoom..haha..takut2 termiss..malas nak redo lahh..tapi kalau kene redo, no worries, the data that you keyed in earlier akan remain, takde ilang..so selamat sikit dekat situ..

setelah selesai.........................amount yang dapek aku claim hanyelahhh ini >>>> RM 168.50..kalau ade lagi satu 0 kat belakang tu sedap aku meyoping wohhh..hahaha..xpe, tetap rezeki :) alhamdulillah..bole la beli mainan emir..ihihi..



bole la dari nan ado kan? so korang dah menjalan kan tanggungjawab keeee? haha pocoyossss!


April 19, 2012

Pampers Pilihan

Hello :) Assalam..
sekali lagi menyepikan diri..kerja now sangat hectic..penat..tapi now alhamdulillah dah boleh accept my roles now.. and I'M IN LOVE WITH SAP..hehe..statement tak menahan..
frankly speaking, before berkenalan dengan SAP, aku jadi stuck..but now slowly learning :)
berbalik kepada title, those mothers oustide especially pengguna HUGGIES, recently huggies kan ade promote new type of pampers TOTAL PROTECTION..protect sangat ke? which one korang prefer? samada dry comfort or total protection..aku adalah pengguna tegar dry comfort, sangat puas hati..tak penah leaking and kering jer..jaranglah emir kena nappy rash..unless aku yang sengaja peram lama-lama..hehehe..dasar pemalas..
since huggies promote yang baru -total protection kan..so aku guess haruslah lagi mantap dari dry comfort..semangat bertukar now..tapikan............sangat-sangat tak puas hati..emir selalu sangat naik rashes sekarang..kalau dia berry sikit je..kena cuci cepat-cepat, kalau tak..menjerit woohhh..ade satu malam tu,tengah sedap mimpi tetibe emir menjerit-jerit..puaslaaa dok pujuk, tak layan lansung..en.hubby pulak siap dukung secara ganas bagai..lagi laahhh mengamuk..sekali aku check, ok melecet dekat montot dia..pastu cerry berry skali..dah sapu cream pun masih melalak-lalak..so pukul 2 pagi kitorang rush pegi clinic..takutlah dia sakit perut sangat ke apa..doc check takde ape pun..balik rumah, pujuk2 kejap..then alhamdulillah boleh tidur..tapi take time jugak nak sembuh..tak boleh basah sikit,mesti naik rashes..
and..lagi yang buat aku frust, selalu leaking..haihhh tensi mak tau..dulu dry comfort aku peram lama mane pon even tak tukar 1 malam, ok jeeeee..yang total protection ni, hampeh..kalau malam tak tukar, siap laaaa basah lencun suar anak aku..semalam punye hal lagi lahh malu..kat kedai makan dah bocor pampers dia..since aku tapau je, ok lah sikit kan..bajet nak balik cepat-cepat nak tukar sebelum naik rashes kan..dah siap order semua, masa nak balik tokei kedai tu tegor nak dukung emir kejap..dia rindu cucu kt kedah..haihhh serba salah aku nak bagi disebabkan keadaan dia yang tengah berbau tu kan..tak bagi,kesian sbb umur lebih kurang mak aku je..stock nenek dah..then bagi la kejap..habis di cium emir..haha..keras kaku budak tu..dia dah kenal orang sekarang..mana laa nak stranger cium-cium nih..dengan bbsitter pon dia marah kalau cium..mama & abah ok..kadang-kadang kena tampa jugak kalau cium dia tetibe..hehe..
so,conclusion dari bebelan aku ni, aku taknak continue dengan total protection yang tak berapa nak protect ni, aku akan berbalik kepada dry comfort..menyesal pon ade..nasib baik tak beli stock kalau tak memang aku letgo..ihihi ;)
p/s: tak sangka my ex-colleague still concern pasal aku..siap sms bagai..harus ade reporter kan? ehh kecoh sangat eh....annoying!

April 12, 2012

Air Laut Merah, a friendly reminder..


Received email pasal air laut merah..tapi pekeliling ni di issue pada March,just soft reminder lah..berhati-hati...mana tau masih ada lagi tinggalan sisa-sisa toksin pada seafood yg kita suka makan..



Jabatan Perikanan Sabah memaklumkan kejadian Air Merah /Red Tiede di perairan laut Pulau Gaya, Pulau Sepanggar, Persisiran Pantai Likas, Yayasan Sabah dan lokaliti berhampiran.

Semua jenis kerang (tiram, dalus, remis dll) serta ikan palagik (tamban, basung, dll) adalah tidak selamat dimakan buat semantara waktu.
Namun ikan laut dalam, udang, ketam dan sotong selamat dimakan tetapi insang dan organ dalam perlu dibuang serta dicuci sebelum di masak.

Red tide yang berlaku di pantai barat Sabah ini berpunca daripada kehadiran sejenis organisma satu sel yang dinamakan phytoplankton dinoflagellate di dalam air laut. Orang ramai juga perlu berhati-hati ketika memakan makanan laut lain dalam tempoh terdekat ini kerana dikhuatiri hidupan laut itu turut tercemar.

Kajian yang dijalankan mendapati kandungan toksin pada kerang seperti kupang, tiram dan lain-lain makanan siput laut meningkat. "Kandungan toksin ini boleh menyebabkan keracunan makanan laut itu akan menyebabkan cirit-birit dan muntah yang membahayakan kepada kesihatan., Kesan awal akibat memakan makanan laut yang tercemar ini termasuklah rasa loya, kebas, pening dan sakit kepala. sesiapa yang mempunyai tanda-tanda seperti yang dinyatakan itu perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin di pusat kesihatan berhampiran.

Phytoplankton atau alga ialah sejenis tumbuhan laut satu sel yang sangat halus. Ia menjadi makanan kepada pelbagai jenis hidupan laut seperti ikan dan kerang-kerangan.Walaupun terdapat beribu-ribu spesies phytoplankton, hanya lebih kurang 100 spesies boleh mendatangkan keracunan.

Perubahan cuaca, pertukaran arus, peningkatan aliran sungai ke laut, penggunaan baja berlebihan dan peningkatan aliran kumbahan boleh menyebabkan harmful algal bloom (HAB) atau pertumbuhan pesat phytoplankton yang mengandungi toksin berlaku.

Faktor-faktor ini akan menyebabkan peningkatan nutrien dalam air. Pertukaran suhu juga dikesan dapat menggalakkan pertumbuhan phytoplankton. HAB berlaku apabila jumlah phytoplankton meningkat melebihi 10,000 sel setiap liter air laut. Kadangkala fenomena HAB menyebabkan air laut bertukar warna menjadi merah-coklat.

Sekian,melaporkan :)


March 21, 2012

Beza CIMB dengan MAYBANK


what do you think? ada ke orang yang pernah tertipu dengan email ni?
come on la..orang malaysia sekarang ni dah bijak pandai, boleh recognize mana satu betul, mana yang fake!
email address pon dah boleh bace that email ni adelah SPAM!

Pastu tambah lagi kebodohan bila end of the email, tulis Malayan Banking tapi dalam kurungan CIMB!!!!
serious bodo orang yang hantar email ni kan! hahaha..pity u! 

March 20, 2012

Wang Tunai RM5000 untuk Blogger

good news to blogger, jom join ni..terhad kepade 100 blogger yang terawal sahaja :)




  • Program Wang Tunai RM5000 ini hanya dibuka untuk 100 blogger terawal yang berdaftar sahaja. Cara berdaftar adalah rakan blogger hanya perlu buat post tentang program RM5000 dan linkkan ke laman post ini dengan tajuk “Wang Tunai RM5000 untuk Blogger”. Sila nyatakan link URL post tersebut di ruangan komen di bawah. Jika terpilih, Rakan blogger akan diberitahu melalui email dan akan disenaraikan melalui post khas.
  • 100 blogger yang terpilih akan bersaing sesama mereka untuk menjadi Top 10 Referrrel ke blog ini iaitu 10 blog yang membawa trafik tertinggi ke blog BloggerWanita.com dengan mengikut pengiraan Google Analytic. Saingan rakan blogger tidak banyak untuk berpeluang mendapatkan wang tunai ini.
  • Setiap satu trafik yang disumbangkan ke blog BloggerWanita.com akan dibayar sebanyak RM0.05. Jika rakan blogger mampu membawa 10000 trafik ke blog ini, maka bayaran pada bulan tersebut adalah RM500 ( RM0.05 X 10000) dan seterusnya.
  • Terbuka kepada semua warga Blogger di Malaysia, tidak kira lelaki atau perempuan dan tanpa mengira status pagerank atau Alexa Rank.
Jom click SINI untuk join :) 

Kuantan & Teluk Cempedak and Tanjung Lumpur

jom sambung menjelajah Kuantan and Teluk Cempedak pulak..Last aku sampai ke Kuantan and TC adelah pade 2008..empat tahun lepas, ade lah perubahan even tak banyak..contoh, jambatan kt TC dah berganti..takde lagi kayu, derang gune besi pulak..tapi kan, handle jambatan tu macam plastik..tak kukuh okehh..seremmmm nak pegang..

1. Sungai Kuantan :)

lawalahhhh masjid ni :) color yang sejuk mata memandang..

the signboard..

a happy family berlatar belakang sg kuantan..

cuakkk emir tau mama ngah pose camni..kang masuk dalam air cemane? hehe

cik ila banyak mulut and her mama..

again..love the lights..

kesayangan tuan tanah kedaung..

2. Teluk Chempedak

Niat dalam hati, ke bandar Kuantan, nak cari kepok losong and nak makan sata, my SIL, Kak Amy cakap, kat Kuala Kemaman ade, tapi jauhhh kemain..since dah petang tak jadilahh..so change route to TC..

kiri kanan orang menjual..ohh ye, time ni ramai gile orang kt TC..and siap ade yang mandi..boleh ke eh? nampak bendera putih..putih tandanye selamat untuk mandi keee?

tiang yang tak bape nak kukuh tu..

slambe je laki den sandar..eiiii risau!

happy ehhh emir ;)


pesta buih versi Ila..

pose lagiii..


3. Tanjung Lumpur

korang pernah sampai Tanjung Lumpur? aku first time! hehe..ni sebab GPS yang membawa kitorang kat sini..ohh before tu, kitorang melantak makan nasi kat one of the restaurant kt TC ni..harge untuk tiga orang makan, around RM40, quite murah..tapi mahap lahh...pics tak snap pon..serious lupa!

berbalik pade tg lumpur, yes kat sini melambakkkk lah kedai orang jual sata, kepok and ikan bakar..nyesal betol makan kt TC, kalau tau kt sini ade ikan bakar, santap kat sini lagi sedap kan? kat sini macam perkampungan nelayan, the view macam kat PCB pun ade..and ade nampak satu kedai nasi dagang, ramailahh orang makan, kedai kecik and buruk jer kalau tengok, tapi fullhouse, aku bet mesti sedap! sayangnye semua dah kenyang perut, so tak singgah pun, next time boleh try :)



ok, next adelah entry pasal BGRC water park ;)



March 10, 2012

Pantai Remis again

ok sambungan entry semalam..eh pegi sehari tak sampai 3-4 jam, 
tapi entry siap bole buat sampai dua part..hebat tak? hehehe..ni pics dari camera gabak aku.. :)

tengok kereta yang banyak..crowded..so kitorang decided parking tepi jalan and start walking..

the sea and beach..yang seciput..hehehe



the mama..and mok mok..

ohh layan..




indahnya ciptaan Allah :)

as i said earlier, he is so penggeli..haha..





takde shape lansung..haihhhh..

the big boss :)

kat sini kedai yang ada ikan bakar and ramai sangat orang..hehe..tapi disebabkan kitorang dah makan kat rumah tadi, so lepak kat sini just makan kerang bakar..ohh yes..kerang bakar dia sedaap and the air asam pon sedappppp..kan aku cakap yang kat jeram ikan bakar,air asam dia sedap tapi tak sesedap kat pantai remis kan..so disinilah kedainya..and en.hubby dah cakap "yang nanti kite try ikan bakar kat sini pulak yer.." si bini "okeeeeeeeeeeehhh" memang bab makan aku kan terror ;)

expression? hahaha..


makan kasut ehh dik..

the stalls juai sate..tapi tak order pon..







belon angry bird yang beli tak sampai sejam dah pecah..haha..emir memang ganas..

ok tulahh saje siri pengembaraan menjelajah kuala selangor :) hahaha..

Ikan Bakar Pantai Jeram ~awesome

as salam :) masih lagi cerita basi..hehe..nak buat macam mana kan..bila siri kemalasan datang and tambah pulak cable usb hilang tah kemana..memang bersawang lahh blog..

ok, nak story pasal ikan bakar terbest yang kitorang penah rasa dekat Selangor ni..aku and en.hubby adalah penggila seafood and ikan bakar..tapi jarang-jarang sangat nak jumpa yang sedap..since kitorang dah pindah ke Puncak Alam, so port makan pun berubah lah kan..takkan nak memecut ke TTDI or Shah Alam lagi semata-mata nak makan kan..hehe..sesekali boleh la..kalau hari-hari..minyak jalan macam air..

So, dari hasil blogwalking, aku dapat tau yang puncak alam is very near to Jeram..which is dekat sana sangatlah femes amos dengan ikan bakar yang fresh, sedap and murah..ehh murah? yes, exactly..aku pun tak percaya mula-mula, tapi lepas pergi sendiri, yes memang murah..and berbaloi :)

ok, jom layan pics la ehh..lagi sedap kot dari denga aku bebel kan?~

luas and banyak seat..orang kata kalau weekend full house..so kalau plan nak g weekend, booking dulu yer..kalau tak penat jer..

again..ade stall sate jugak :)

heroes..hehe..

ya ampun, yang ini sangat sedap..serious! aku and en.hubby tak penah makan mende ni..skali try..serious sedapppppppp..haha..harge? RM15 sepinggan..masak tumis cili kalau tak silap..
nama mende ni sorry lahh tak ingat..hehehe..


yang ni pon sedappppppppp banget :) hehehe..kitorang amik seketoi jer sotong..sebab makan berdua kan..tapi even seketoi, sotong adelah besar sangat..serious..and sedap! harga ikut timbang..yang aku ni masa kira RM 4 lebih camtu..logic kan?

ok, kitorang just amik satu jer menu ikan bakar..dah makan dua orang kan..xkan nak amik banyak2..ni pon ok :) tapi togel kan? hehe..kalau lapik dengan daun pisang.nampak better sikit..

air asam pon sedap..tapi takleh lawan yang kt pantai remis..yang tu serious sedap..trust me :)


the menu..ehh nasi putih 3? hehe..tu extra nasi untuk en.hubby lahhh..

yang aku tengah tuang tu adelah air asam..dia ade 2 jenis..kicap and sambal..both sedap :)

yang seblah kanan tu home made yer..hehehe..ayaq en.hubby..nescafe o ais saje..


sekelip mata jer..finished :) alhamdulillah kenyang..

sambil tunggu aku makan, en.hubby sempat p rembat mainan angry birds emir ni..
RM10 hengget ok..tapi oklahh untuk anak..

layan..siap ade muzik..

ok,mase untuk jahanamkan..hahaha..

the view..

ni lampu entrance..tapi tak tau lah which kedai..sebab sebelah sane ade aroma ikan bakar..


ohh speaking of aroma ikan bakar, nanti kitorang nak try kat sane pulak :) sesetengah orang cakap sedap, sesetengah cakap layanan teruk..well tak cuba tak tahu kan..so nanti aku dah try, aku review ehh :)


p/s: mood tengah lapa tengok makanan rase cam nak ngappp je gambo nieh..hehe..