new heartbeat

our birthday!

The Straits Cafe

jom beramal jariah di hari jumaat

March 20, 2013

new heartbeat


lets picture do talking. pahamkan? ;)

ni picture masa first scan aritu, baru 8 weeks.

EDD maybe end of Sept. tapi kalau early pon best kan? muahaha..
 kalaulahh kan tetibe aku deliver awal lagi, harap-harap tarikh 6.9 lahh..
sebab emir lahir 9.6, so adik kena terbalik..bolehhh?

hehe, tapi harap2 anak mama kali ni keluar on time eh? tarikh bile pun takpe, asalkan around EDD and anak mama sihat and sempurna. aamiin.
 
semalam pegi check up and bukak buku maternity dekat klinik an-nisa, scan masa tu 13w 6d, tapi kalau ikutkan kiraan dari tarikh last period, suppose 12w..doctor cakap, if next month check up progress baby still gap around 2 weeks, so kena revise last date period aku, else tak tally and nanti tetibe bersalin awal 2weeks, derang cop aku delivery pre-mature lagi. tak nak ok.

tapi aku admit dengan doctor yang aku tak ingat tarikh last period, but around 25hb Dec, tapi mungkin awal? ntoh le mak incik tak ingat :P

tolong doakan baby sihat sentiasa ye ;)
sekarang ni aku tengah mabuk. segala galanya malas. allergic dengan bau-bauan lagi, tapi this time better, kalau dulu bau sabun pun tak bole. tapi skrg ni selected sabun je. harap2 lepas ni everything back to normal.

ohh ye, lagi satu allergic aku..aku takleh bau baju or seluar baru. bau kedai tu. seriously nak muntah. xtau kenapa. sebab tu until now aku tak open-open lagi order untuk skinny jeans. minta maaflah yang sms, email bertanya pasal skinny jeans, seriously aku tak tau bile aku ready nak open order. bila sms masuk, baca pasal skinny jeans, terus aku rasa something. ntah hape-hape perasaan, tapi sumpah itulah yang aku rasa, loya nak muntah, complete. so sebelum loya and pening jadi benci terus (macam aku benci perfume escada aku dulu) better lah aku stop dulu sesi menjual. aku nak rest, keje-keje rumah pun tak terkejar. aku masih mencari weekend maid,pun belum jumpa..harap-harap adalah nanti.

again, minta maaf ye sebab hati aku belum terbuka lagi nak open order skinny jeans. tunggulah keadaan reda, or lepas delivery nanti yeh.





p/s: bajet nk buat wordless wednesday, tapi ade huraian, apekah?

March 18, 2013

our birthday!

selamat hari jadi..selamat hari jadi..
selamat hari jadi untuk tuan tanah..selamat hari jadi..

 

muahaha..arini besday tuan tanah, tak salah kan nak wish untuk diri sendiri? hehe
pagi ni en.hubby baru wish, semalam tido awal..well, tak kisah sgt pun sbb dia takkan lupa punya birhtday binik dia nih..selang sari je pun dgn birthday dia, kalau lupa jugak memang cari pasal la kennn..

pagi-pagi lagi en.hubby dah tanya, ma nak ape taun ni? ohhh kalau ikutkan list memang banyak, tapi takpe lah..bukan priority, so slowly eh tunaikan impian ma? hehe
aku cuma mintak en.hubby doakan semoga aku panjang umur, so boleh jage diorang sampai hujung nyawa.. :) aamiin, aamiin.

memandangkan birthday en.hubby and aku just selang sari..and birthday en.hubby yang datang dulu..so aku dah plan dengan anak-anak buah en.hubby, nak buat surprise party untuk dia.. takdelah party sgt pun, just makan-makan, and potong cake je. Since SIL aku bukak restaurant dekat hentian kajang, and kebetulan dia baru tukar tukang masak, so dia invite lah aku, en.hubby and dua orang kawan husb SIL datang untuk rasa, ala-ala food tester katenyeee..


 


last 2 weeks, masa borak-borak dengan en.hubby dalam kereta dia cakap birthday tahun ni taknak makan cake, dah bosan. tapi kalau ramai-ramai ok lah. maka terdetiklah dalam kepala aku, alang-alang dah SIL open table, baik aku beli kek and celebrate untuk en.hubby sekali harung dekat situ je. 

 

hari sabtu pagi, baru lah sibuk chat dengan kak nina (anak buah husb) plan pasal surprise ni..aku mintak tolong dia belikan kek..aku dah set awal-awal, no secret resepi cake lagi dah. muak ok muak. balik balik banana choc, choc indulgence, tak pun blueberry? omaigod bosan-bosan.

kali ni nak try baskin robin ice-cream cake. macam-macam flavor boleh pilih, nak mix pun boleh, tapi make sure kena order booking 3days in adv dari tarikh yang korang nak collect. memandangkan aku just plan on the same day, just redho amik cake yang dah siap je la, nasib baik favret flavor ade :) mint choc chip, sedap!
lagi satu cake, SIL yang sponser, so my niece pilih almond flavor tak silap, pun sedap.
kalau nak tau lebih-lebih pasal cake baskin robbins, click sini yer. 



cake ni untuk 6-8 orang makan. tecik, tapi rege sama dengan secret resepi. nasib baik sedapp.
bawah ade sponge cake, atas pulak ice cream. tapi cepat nau cairnyee..kalau nak beli mintak derang letak air kering tu banyak-banyak ok?

ok tu je. takde ape lagi kot nak story?

happy belated birthday untuk abang, semoga dipanjangkan umur, murah rezeki and sihat selalu.
happy birthday to me, semoga sihat, panjang umur, murah rezeki nak tukar keje lagi. :P

 



ini budak even dah cecah time pukul 12 tengah malam pun still active main lari-lari. pastu balik rumah tido ngigau. stress betoi.


March 05, 2013

The Straits Cafe

salam :) kembali selepas mengharungi training yang paling tak best last week.
bila hati tak kena dengan jiwa, training tak 'in' dengan hati, maka mood pun kelaut lahh sokmo, tapi aku still appreciate setiap ilmu baru yang belajar.

tapi yang best kalau pegi training, bab makan memang superb. dari breakfast, lunch sampailah hi-tea semua sedap. tapi time lunch diorang bagi voucher, so sila pegi cari makan sendiri. aku jenis malas nak merayap. 5 hari dekat sana, 3 hari aku santap dekat straits cafe ni je, lagi dua hari kfc dengan mcd.

review aku pasal cafe ni, environment best, open air, waiter/ess pun baik je, service pun ok tak lah lambat sangat and yang paling penting, food dia sedappp.

first day, aku makan nasi goreng tomyam kot tajuk dia? tak ingat. simple je tapi sedap.
harga rm8.90. oklah sedap.

 

lawan dengan sirap bandung, perghhh. 
weekend ari ahad aritu, pegi beli barang kat tesco, time tu haus gile. cakap  kt en.hubby bestnyelahh kalau bole minum sirap bandung, tengok dekat foodcourt tesco takde lah pulak, so order cool blog perisa bandung. lepas tu, time en.hubby pegi tapau nasi ade satu stall siap ade sebalang air bandung. demm. tak nampak tadi. redho dalam terpaksa T___T

harga rm2.50 ke rm 3.50 camtula. xingat jugak :P


then second day, time breakfast diorang serve nasi lemak, so lunch taknak amik heavy food lahh katenye.
order penang assam laksa. pun meletopp. sedap, tapi tak sama lahh dengan laksa penang ori, tapi still acceptable. :)  harga rm 8.90 jugak.


pastu order air longan jelly, cun je tengok kan? jelly tu menyerlah. hehe
harga rm 3.90


 hari ketiga and ke-empat aku makan kfc. last day class abih awal, so just tapau rojak buah je.
makan time drive. meleleh air liur weh. sedap sedap. tapi harga rojak rm8.90 same dengan harga nasi dengan laksa. agak tak berbaloi. tak kisah, aku pakai voucher, so takde hal disitu. memang nak abihkan voucher pun kalau tak nak guna dekat mane kan? 


sekian, mau pulang.

March 01, 2013

jom beramal jariah di hari jumaat

SHARING DARI PAGE KAK FYN.
 
 
 
atas mulianya jumaat ini--
minta siapa2 sudi sepuluh ringgit dua yang terlebih berbaki dalam akaun.

untuk keluarga ustaz azmi bin nordin ini.
andai masih ragu, boleh rujuk sendiri page beliau.
...

"assalammualaikum semua. saya ustaz azmi bin nordin dari taman tenaga cheras, kuala lumpur mohon jasa baik dari semua untuk memberi sedikit sumbangan yang termampu untuk abang kandung saya mohd norizan bin nordin yang baru sahaja mengalami kemalangan & nahas jalan raya.

abang saya cedera parah di tempurung lutut.
isterinya pun cedera di tempurung lutut juga.
2 orang anak yang masih kecil cedera parah di kepala.

anaknya yg sulung yang berusia 10 tahun terkoyak isi di dahi. parah.
manakala anaknya yang bongsu berumur 5 bulan 10 hari juga terkoyak isi pada bahagian belakang kepala sehingga menampakkan tengkorak kepala. sangat menyedihkan.

kedua-dua orang anaknya akan menjalani pembedahan plastik untuk menampalkan isi paha mereka pada bahagian yang telah terkoyak. semestinya kos perubatan yang akan ditanggung untuk pembiayaan hospital terlalu tinggi untuk rawatan ini.

sekarang mereka semua berada di unit kaji saraf hospital kuala lumpur wad 5A.

baru2 ni jugak, abang kandung saya ni telah kehilangan anak perempuannya yang berusia 2 tahun 9 bulan yang telah kembali ke rahmatullah akibat kanser mata dan kanser otak.

saya mohon bantuan sesiapa yang sudi meringkan beban agar dapat membantu semampu yang mungkin untuk meringankan beban abang kandung saya yang hanya bekerja di marrybrown. kepada yang sudi membantu, diucapkan jutaan terima kasih. hanya allah yang mampu membalasnya. jika yang ada kelapangan bolehlah melawat mereka di hospital. hubungi saya di talian untuk sebarang persoalan atau kesahihan:

0136133696 ustaz azmi bin nordin

jika ingin membantu meringankan beban boleh bankingkan ke:
maybank
mohd norizan bin nordin:
152152014007

kawan2,
just in case akaun sudah freeze,
boleh transfer ke adiknya:

maybank
mohd norazmi bin nordin:
164137482590

selamat berjariah, kawan2.
:)
 
 
sharing is loving. gaji baru masuk je kan? jom tambah saham akhirat. :)