cik anon meroyan

Cornell Multipurpose Cooker

Kenduri

1st appointment at FPP Selayang

Coach vs Storksak

July 17, 2013

cik anon meroyan

lama tak update blog, takde entry latest pon tapi still ade orang nak meroyan kat blog aku ni ha.
nak jadi penasihat, tapi tak berani nak tunjuk identity sendiri. mungkin ni la perasaan yang selalu blogger-blogger femes rasa. guna id anon, lepas tu komen hentam orang suka hati.

this is my blog, my territory. aku ada hak nak tulis apa yang aku rasa, apa yang terjadi. jangan nak over sangat boleh? pegi create register account gmail satu, then create blog sendiri, pastu buat je luahan perasaan kat sana boleh? lepas tu kalau rasa tak puas luah perasaan kat blog sendiri sebab takde orang nak baca, comment je kat blog orang, tapi make sure guna id sendiri lah ye? not using anon's id, sebab its so annoying!

:) aku tak marah. tak kose nak marah orang bulan-bulan pose ni. buat spoil mood je.
sabar itu separuh dari iman.
jomm google menu nak berbuka cik anon!

July 05, 2013

Cornell Multipurpose Cooker



Retail price RM130+, but I got this at RM109 only, and the best part is I just paid RM34 only!

Want to know why? I got RM80 Seng Heng cash voucher, then since I'm plus one member, got discount another 30 ringgit. :) happy!

Pay only 34 ringgit for this awesome cooker, I won't complaint anymore! 

Hopefully, I can fully utilize it. First menu done, siakap stim. Next, en.hubby request for solok lada. Erkk, gottago, google for recepi! Haha





Kenduri

Since ada few pictures dalam hp pasal wedding my hubby's niece, so marilah kita update :) 

Aku pon dah tak ingat berapa haribulan. So layan lah gambar ye. 


              Some of the hantaran


Adat kelantan, takde sanding2. So my SIL just tempah a frame utk amik gambar. Cantikkan?



    Rewang masak a day before kenduri.




Mahap gambar pengantin takde. Dalam camera nun ha. Aku belum transfer lagi. Malas bebeno sekarang ni. 

Ni pulak masa kenduri bff kat kedah. Tak banyak pics pun memandangkan pegi pun dh lambat. Sorry jah! 

Pengapit aku masa kawin





Sekian entry ringkas dikala tunggu en.hubby datang jemput. Mau pulang masak utk berbuka :)

July 03, 2013

1st appointment at FPP Selayang

kalau ikutkan entry lepas, my 1st check up dengan dr roslan @FPP selayang suppose to be on early June. akan tetapi, aku tak dapat nak make it on that date, aku tukar tarikh appointment ke 27 June, pukul 2.30 pm. company just bagi leave pelepasan half day utk check up maternity. so aku pilih untuk pegi petang lah kan. kalau pagi rugi. aku kena redah jammed. haha. petang ok sikit, tak rushing sangat.

so tepat pukul 2 petang aku sampai kat hospital selayang. agak blur kat mana kaunter FPP. pegi tanya dekat pendaftaran, so dia cakap building sebelah satu tu, kena masuk ikut klinik-klinik pakar. masa aku sampai tu, agak ramai yang tengah Q untuk register. en.hubby tolong Q kan. tak larat nak berdiri lamo-lamo eh.

masa registration ni lah kena bayar RM110 which cover 1st consultation dengan doctor and pendaftaran. kena lah isi form & nurse akan bagi buku merah jugak. lepas settled pendaftaran, terus pegi bahagian maternity check up. dah ramai pun ibu-ibu tengah duduk tunggu turn. but since aku register under FPP, maka boleh potong Q lah. just hulur je buku nanti diorang panggil. tapi depends jugak lah, diorang pun consider ibu-ibu yang dah lama tunggu.

mula-mula pegi buat urine test, lepas tu timbang & check tekanan darah. dalam 10 minit je settle. terus nurse bawak masuk bilik doctor. dr roslan bilik no 15. masa tengah check up akan ada sorang nurse yang akan accompany kita, so tak la rasa janggal sangat kan dengan doctor.

dia buat scan, revise my EDD date daripada early of October, kepada 17 Sept 2013. aiyohh. en hubby semangat nak pegi pulau perhentian dengan budak-budak office dia 16 Sept tu. hehe, sorry babah, we need you more! tapi kalau ikut kiraan memang betul my EDD is supposed on mid of Sept. plus minus lebih kurang.

settled check up dalam masa 30 mins je. memang lain betul kalau compare dengan check up KK yang free itew! haha, so my decision to stick with FPP selayang. harap-harap baby kali ni sakit pun tengah malam, senang babah dia nak pecut kat highway :P





nota tangan: sorry no pictures. hp battery dh flat time tu. next time insyaAllah.


Coach vs Storksak

oihhhh encik mood, sila datang balik pelis..blog ai dah jadi zoo untuk labah-labah kot. haha. sumpah sejak-sejak preggy ni mood memang betul-betul takde nak mengarang (read: malas).

macam-macam kisah ada, gambar melambak-lambak, cerita anniversary yang ke-3, birthday emir, haram satu pun tak update. tengok lepas delivery ni, mood ke mana pulak.

baiklah,ke topic yang sepatutnya. misi mencari handbag baru. actually since emir ada, aku dah macam tak kisah ada handbag baru ke tak. motif? sebab tiap kali keluar, purse dgn handphone aku just sumbat masuk dalam diaper bag dia je. senang & mudah. lepas tu nak mencari barang, kemain hazabbb.

sempena hari raya yang bakal menjelma, aku dah bagi hint-hint kat en.hubby, nak handbag raya. tapi taknak yang murah, nak yang mahal-mahal je. muahahaha. kang ade yang kena ketuk. yela, tahun ni aku tak mintak pon nak baju raya yang mahal. so budget yang ada moh kite allocate ke suatu yang penting lagi berguna untuk masa depan dok? baju raya pakai sekali je, pastu peram dlm lemari (dah tak bole pakai bole la cakap camni kan? cer kalau muat, confirm nak jugak). dasarrrrr pompuan.

since aku kan mak budak, so criteria beg yang aku nak haruslah ikut konsep mak budak. nak yang besar, stylish, bole sumbat macam-macam. aku target samada coach tak pun michael kors. dua brand ni je design yang kena dengan jiwa. lain-lain, sila ke tepi.

kebetulan kawan aku ada wassap, nak tak handbag coach direct dari UK, which rega adalah marveles kalau nak compare dengan butik & online shop kat malaysia ni. terus aku tunjuk dekat en.hubby, and he's approved! wehaaa..semangat aku booking, tapi sayanggggg stock ngak ada buat masa sekarang. tunggu coach next sale, sempat kot before raya?


 Coach Ashley Leather Mini Tote




Coach Madison Leather Isabelle

tapi lepas usha michael kors dgn coach, aku terbekenan dua design ni je. both leather. aku memang tengah gila dengan leather-leather sekarang ni. rasa cam bestnye lah kalau boleh bau leather. haha. harga untuk ashley tu tak jauh beza sangat dengan online shop dekat sini. diorang jual paling mahal aku survey RM690, dengan member aku ni dia bagi RM500+. yang isabella idaman pujaan hati tu pulak, harga online shop paling murah yang aku dapat, RM1100, tapi member aku offer RM890. tolonglahhhh, tolonglahh terus aku nak. tengah bersabar je nih. bila coach next sale eh? ai sakit jiwa tau pendam perasaan. hahaha.

tapikan, bermula hari ini, lebih tepat tengahari tadi, fikiran aku jadi berubah dengan drastik, 360 darjah. ayat skema nak mamps. aku jadi macam baru tersedar dari mimpi giteww. sedarlah betty, anak ko dah nak masuk dua orang, yang sorang dulu pon ko blasah diaper bag anak je buat handbag, yang second ni ko nak bercoach bagai? sanggup nak sumbat pampers, botol susu anak semua dalam coach ko tu? muat ke???

pastu baru teringat entry dr halina, pasal diaper bag dia yang gojes gila awesome tu. brand storksak. laju-laju ai google. kat malaysia tak banyak online shop yang jual brand ni. paling murah yang jual diaper bag Storksak ni, aku jumpa dekat BabeTotz. aku tak minat yang design dr halina pakai tu. aku kan dari dulu suka tengok handbag stewardess air asia tu. kaler itam, pastu dia macam fixed terletak gitew. ala-ala korporat kononye. maka aku terus jatuh cinta dengan storksak yang kat bawah ni, alahai gojesnye kamu!



keratan pintas isi dalaman. sangat-sangat spacious kan?

beg ni siap built-in warmer. means kalau letak botol susu anak, panas akan bertahan 4 jam. pastu come with changing mat. wallah. coach ade? kihkihkih

in term of harga, yang ni masih logic dek akal. retail price around RM400 kot? kat babetotz dia offer RM350+, murah gila ok!
jatuh hati, jatuh cinta. cinta beralih arah, dari isabelle tu ke storksak ashley ni. tapi nak kena pegi tengok & belek sendiri dulu. dah puas hati baru boleh beli.