salam ramadhan

selamat bercuti

kisah dera & keinsafan

naik HELI pegi sekolah

berita hari ini

away~

Insurans dan agent

isu politik malaysia

Sibu Island ~dreaming!

randoms...

July 20, 2012

salam ramadhan

ahlan wasahlan ya Ramadhan ;)

ku mengharapkan ramadan kali ini penuh makna..

Alhamdulillah..Ramadhan kedua untuk kami bertiga..last year, emir tecikk lagi..so time sahur dia tak sedar pun mama dia hilang..esok pagi? walahualam..kalau sebelum ni, mama bangun je mesti dia terasa, harap-harap takdelah dia bangun esok..kang pukul berapa pulak nak boleh tido balik..ihihi..

kepada kawan-kawan, selamat berpuasa ;)



apehallll gamba jadik camni pulak..haihhhh...




July 12, 2012

selamat bercuti

ai tengah pokus bekerja..nak settlekan segala pending request, issues dari user..dateline adelah esok..sebabbb??? bermula dari pukul 12 tengah malam hari jumaat 13/7/2012 sehingga seawal subuh 24/7/2012, ai akan bercotyyy dari kerja..

sebabbb? dah company bagi cotyy lagi mau tanyee kan..ihihi..kilang tutoppp sebab maintenance shutdown..so para pekerja dari cleaner, makcik cafe, maintenance (eh derang keje lah), boss-boss, japanese semua adelah boleh bercuti selame seploh hari..hoye hoyeee..tetapiiiiii..ade jugak sari dua aku kena come back...sebabbb?? ade system upgrade..walaupong ai tidak terlibat secare lansung, akan tetapi untuk menunjukkan ai adelah pekerja baru yang sangat dedikasi, meh la kejap tunjuk muka...alasannnn..haha..niat sebenanyee kan..ai nak claim cotyy lagi..muahahaha..

company da bagi coty free pastu kenkonon rajin nak datang keje..padahallllll niat dalam aty nak claim..ehh ehh salah company sebab dah confirm employment pong derang tak bagi AL..so nak taknak kenelahh jadi ceredik skek kan..datang keje time holidaysss..takmo OT..ai nak COTI..hehe..sebab apeee aku perlukan coty? sebab..raye nanti company bagi coty lagi seplohhh hari..tapi 2 hari in advance aku kene amik AL jugak..aku da takmo unpaid..gile betoi sekali tolakkk je bole beli sebiji hanbeg guess tau..so tak berdaya..baik aku datang keje time coty sebab aku takde plan g memane pong..en.hubby keje..so dok melepak dirumah selame seploh hari adelah sangat membosankan (emir tetap anta pegi bbsitter)..ihihihi..bijakkk tak idea ahkak?



ok la..pokus pokus.. ;) esok esok ade cite lagi ai hapdate oke.. babai!

July 06, 2012

kisah dera & keinsafan

ingat tak dengan video yang diupload di youtube pasal sorang mak yang sanggup dera anak dia, belasah macam takde perasaan kt sepang dulu tu? kalau tak ingat pegi sini, aku penah cite..tapi video search sendiri lah dekat youtube..tak sanggup nak tengok lagi and alasan paling kukuh,company ai block youtube..ihihi..ok back to cerita..

dia dah dibebaskan dari penjara kajang beberapa hari lepas..and dia mintak diberikan peluang kedua..Alhamdulillah dia dah insaf..moga2 dia boleh jumpa anak dia and boleh tebus kesalahan yang pernah dia lakukan..dan jangan lah ulang lagi perangai yang macam bin****** tu..kesian kt anak, kecik je lagi..bukan salah dia pun walau apa pun terjadi kan..

                             

KUALA LUMPUR: “Saya terima hukuman ini (penjara) dengan ikhlas. Malah, kalau lebih berat pun tidak mengapa sebab sedar saya pernah menyeksa anak. “Bagaimanapun, saya berharap satu hari nanti dapat bertemu semula anak dan menjaga dia seperti dulu...saya tidak mahu dia tinggal dengan orang lain dan biar kami melalui susah senang bersama,” kata Ika (bukan nama sebenar), wanita yang pernah menggemparkan negara apabila klip video penderaan bayi perempuannya berusia 10 bulan dimuat naik ke laman YouTube, Mei lalu. Ibu muda yang baru dibebaskan dari Penjara Kajang, beberapa hari lalu selepas setahun di sana, mengakui insaf dengan perbuatan kejam yang pernah dilakukan dan berazam lebih menyayangi anaknya pada masa akan datang. Menceritakan semula kejadian yang berlaku tahun lalu, Ika berkata, dia tidak pernah menyakiti bayinya sebegitu teruk kerana sedar ibunya berpesan supaya dia menjaga zuriatnya sebaik mungkin. “Pada hari kejadian, saya dan anak dihalau dari rumah oleh kenalan yang menumpangkan kami berdua, bekas teman lelaki pula menghantar pelbagai mesej (SMS) menyakitkan hati.

dia da perjelaskan alasan kenapa dia buat macam tu..setiap orang ada masalah masing2 kan..tapi seberat mana pun masalah, janganlah anak dijadikan mangsa..kalau nak baling pinggan mangkuk, tv ape segala buat la..sebab menda tu tak ber'nyawa'..macam anak buah aku cakap, benda bukan hidup so tak kisahla nak buat ape pun..ni anak..budak tu baru je hidup, sekali diseksa macam tu sekali kan..ape perasaan dia..ok, tamau rewind..menda dah lepas and si pesalah pun dah dapat balasan & dah insaf..so aku pun nak mintak maaf sebab terlepas kata dalam entry lepas..almaklumlah..hormon mak-mak ni memang cepat naik..nak nak lagi kes pasal anak..memang hoverrrr..

okla nak sambung keje..babai :)

naik HELI pegi sekolah



kelasss ok..zaman Emir nanti cemane lah..ye kottt mintak mama/abah dia sponsor pegi skolah naik heli..
tak mampu mama sayang!
unless kalau time tu mama dah jadi CEO,abah businessman terkaya di malaysia then, insyaAllah..hehehe..
salam jumaat, good morning dear friends ;)

LONDON: Hanya kerana tidak mahu ketinggalan hadir dalam parti akhir tahun sekolah mereka, dua sahabat menyewa sebuah helikopter apabila rancangan awal menggunakan limosin tidak berjaya. Pada awalnya, Chloe Webb dan Lauren Huggett mahu menyewa sebuah limosin untuk ke sekolah yang terletak hanya kira-kira 13 kilometer dari rumah mereka. Bagaimanapun, rancangan itu tidak kesampaian apabila didapati semua limosin sewa di Gloucestershire habis ditempah. Kekecewaan dua sahabat berusia 16 tahun itu ternyata tidak kekal lama apabila bapa Lauren, Jason Huggett, tampil membantu dengan menyewa sebuah helikopter untuk mereka. Untuk mendapatkan perkhidmatan itu, Huggett dikenakan bayaran USD500 (RM2,465).

July 02, 2012

berita hari ini

as salam :) mood masih dipinggir laut..tapi disebabkan ada terbaca dua kisah yang satu lucu and satu lagi boleh membangkitkan amarah,gagahkan diri untuk menulis..heh..

ok,kita pergi pada cerita lawak hari ini..

BALING: Akibat tidak mahir dengan peralatan canggih, tindakan dua lelaki melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda tanpa mematikan alat sistem pengesanan global (GPS), membawa padah apabila mereka ditahan di persimpangan lampu isyarat Pekan Baling, di sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 11.45 pagi apabila kenderaan Toyota Hilux yang dilarikan daripada pemiliknya di Sungai Siput Utara, Ipoh, Perak, dikesan berada di kawasan Baling sebelum dimaklumkan kepada pihak polis untuk tindakan.

Berdasarkan maklumat, sepasukan anggota polis diketuai Pegawai Perisikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Baling, Inspektor Abd Aziz Mat Resof, menahan dua lelaki berusia 30 dan 34 tahun berkenaan selepas bergelut selama 10 minit.
Sumber berkata, sebelum itu kedua-dua suspek berkenaan dipercayai mencuri kenderaan terbabit jam 3.40 pagi sebelum memandu tanpa arah tujuan sehingga ke Alor Setar dan berpatah semula ke Pendang sebelum tiba di Baling.
aku tak pastilah diorang ni orang mana, tapi location adelah kampungku yang terchentaa..ada hati nak curi kereta mahal, tapi IQ zero..korang tak tau ke zaman laaa ni dah canggih..ke korang tak tau jalan, then guna je GPS tu? haha..kesian..lain kali belajar bagi pandai, tak masuk U pun takpe, janji pandai..tak lah kena jadi perompak..lepas tu maluuuuuu sendiri sebab masuk paper siap kena highlight 'Buta IT'..kesian korang..


ok,tamat kisah lucu, meh kita sama-sama menaikkan darah dengan kes ni pulak..
 
PASIR GUDANG: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan, patah tangan dan kaki kiri hingga terpaksa ditahan di wad kanak-kanak Hospital Sultan Ismail (HSI), dipercayai didera pengasuh di sebuah rumah di Taman Bukit Dahlia di sini, Jumaat lalu.

Kecederaan mangsa, Muhammad Zafran Anaqi Muhammad Razali atau Zafran dikesan bapanya, Muhammad Razali Hamzah, 32, ketika membawanya keluar dari rumah pengasuh yang juga jirannya kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Muhammad Razali yang juga warden Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Johor Bahru berkata, dia bersama isteri, Salmah Aya, 31, seorang guru, pada mulanya cuba memujuk Zafran selepas bayinya itu tidak berhenti menangis selama hampir sejam.


nauzubillah..takde otak ke makcik? budak tu baru 3 bulan..yang p gomoi sampai patah-patah tu kenapa....ishh tak boleh bayangkan kalau emir yang jadi budak tu..ya Allah, mintak simpang..semoga emir & kanak2 lain sentiasa dilindungi olehMu Ya Allah..












p/s: aku rindu kampung halamankuuu & bila baca kes dera-dera ni, dan-dan je rindu emir..kalaulah bole balik ;(


June 25, 2012

away~

i'm away dari dunia blogging for a while..

mencari momentum dalam diri..

banyak kisah2 tertangguh..nanti kena qada balik..haih

till we meet again!

June 13, 2012

Insurans dan agent

hello..assalamualaikum :)

aku nak ulas sikit pasal polisi insurans..actually aku tengah mencari polisi insurans yang terbaik untuk emir..punyelah lama nak buat keputusan nak amik emir insurans, now baru tergerak hati..bukan ape, before ni semua panel je yang cover, like my company & en.hubby pun ade cover insurans untuk anak..so itu membuatkan aku hold on sebentar :) anak dah cukup setahun baru gedik-gedik nak subscribe insurans..

aku dah survey few policy & some of them offer sangatlah attractive..macam2 policy sekarang yang ada..cuma nak dengan taknak je and sediakan duit bulan-bulan..ada few quotations yang aku dah dapat, and rasanya decision pun dah buat..cuma tunggu masa nak jumpa agent jer..polisi yang aku bakal amik, includes sekali saving for education & medical card..this policy also includes daily ward allowance lebih kurang RM600 sehari..means kalau emir admitted, aku boleh claim elaun ward RM600 daily..tapi bukanlah aku mengharapkan emir selalu admit..gila ape..tak rela aku..in case of emergency kena admit, boleh la claim..and this policy cost me lebih kurang RM180 sebulan..ok lah kan, untuk anak..

tapi bukan ini yang aku nak ulas sebenarnya, tapi sikap agent insurans tu yang lebih sikit nak cakap..sejak aku berforum, bercalling and bersms dengan few agent yang mana mewakili syarikat insurans masing-masing..semua berusaha untuk membuktikan polisi diorang adelah terbaik compare to other companies..well, pilihan ditangan client, nak amik,takkan tak payah layan..macam aku, aku mintak quotation then kalau OK aku akan call/email untuk further explanations..sebab kalau tak confirm, ko beria tanya kang tak amik sentap..so better takyah beria sangat kalau taknak amik..sebabbbbb..agent insurans ni sangatlah prihatin, diorang akan follow up sampailah client setuju nak amik polisi dengan diorang.. :)

untuk insurans emir, agent yang aku deal ni orang melaka..even jauh dia cakap willing untuk turun sini jumpa aku (akan datang)..ok pass..dia bukan jenis mendesak..aku suka orang jenis ni..apa yang aku tanya dia boleh jawab berserta bukti & dia tak menjatuhkan or memburukkan company lain..macam few agent yang aku dok survey, kemain ehh dok follow up pastu dok kata policy lain tak bagus..please don't la..burukkan orang lain, supaya orang amik dengan ko..tak baik ok..

past few months, dalam bulan 3 rasanya, aku pegi Maybank dekat section 9 shah alam..and adalah couple of agent insurans ni, ajak borak-borak..kalau ikut aku memang tak layan lah..tapi en.hubby macam kesian..then layan cakap pasal insurans bagai..at that moment memang aku dah plan nak amik insurans untuk emir, tapi belum decide which one..aku ni jenis suka survey & baru boleh decide..at that moment, aku tak bagi harapan ke ape, diorang paksa fill up form..aku cakap nanti..kalau nak ,aku call..but then still paksa-paksa..aku tak suka the way he talked was like dialah hebat..insurans dia lah terbaik & halal (sebab dia burukkan insurans lain..tak halal lah..etc etc..) so aku menyampah...dia mintak tinggalkan phone number..en.hubby bagi no dia sebab dah tak larat nak layan..but poor us, en.hubby bagi no betul pulak..haihhh..then kisah diorang senyap je..takde pun call (aku assume orang tu dah lupa)....

nak dijadikan cerita..tadi en.hubby call, dia cakap orang insurans yang jumpa kat Maybank tu call dia and tanya keputusan..eh, we all tak promise ape-ape pun..en.hubby suruh aku yang cakap sebab aku kan pandai kencing orang..eh..en.hubby dah forward no aku dekat dia..ok,aku menanti pangillan dia..tak sampai 5 minit en.hubby letak phone, masuk 1 call dari no yang tak dikenali..ok, sah orang tu..cara dia cakap, still sama..masih nak burukkan policy yang bakal aku amik untuk emir, cakap orang yang aku refer untuk insurans yang sama dengan dia tu tak cukup ilmu, baru setahun jagung..and lucky me..aku berjaya patahkan dia cakap..until dia terdiam & said "takpe lah kalau puan yati dah amik dengan company lain, saya tak paksa"..syahdu je ayat..takpe encik, kalau bukan rezeki dengan saya, mungkin ada rezeki dengan orang lain..encik kan dah 10 tahun dalam bidang ni..dah pakai merc lagi..

my cousins pun agent insurans sama macam encik ni jugak..well, they way she explained tu sama je dengan orang ni..cakap this company haram, this company tak halal..etc..well bukan kita yang nak judge tu semua, kita boleh pilih which one baik and which one buruk, terpulang pada kita..mulanya aku decide nak amik dengan cousin aku ni lah, tapi since dia dah cakap macam tu, I'm sorry..aku angkat kaki..

so, kepada penjual insurans, kalau nak convince client, please berusahalah untuk buktikan product korang tu terbaik antara yang terbaik, gebanglah pasal benefits yang korang ada..apa yang korang willing lakukan..dengan menjatuhkan company lain punya product is not the right way of marketing..sama macam kita pegi interview kerja, kalau interviewer tanya "why do you want to leave your current company..don't you like your job?" seboleh-bolehnya kita akan deny that statement..sebab? dengan menjatuhkan or memburukkan company yang kita sedang kerja sekarang ni akan membuatkan potensi new employer akan reject kira adelah sangat tinggi kan? :)

tepuk dada,tanya selera..


June 08, 2012

isu politik malaysia

as salam..tetibe arini nak berkisah tentang politik..actually, aku malas nak amik pot dengan politik di malaysia ni sebab aku malas pikir..tapi lately seems like few issues yang timbul yang buatkan aku nak follow..don't talk who is qualified to be PM, who doesn't. It's involve whole malaysian & luck during election..when? just wait the announcement from PM :)

but, what makes me nak menulis is, kerana politik few people menjadi mangsa..one of the issues of course pasal PTPTN..kenapa isu pendidikan dipolitikkan? seems like ade trade disitu..pendidikan dijadikan bahan ujikaji which who has power of course dia mampu untuk tanggung all the students..kesian budak-budak yang which excel dalam SPM, berangan nak sambung belajar, counting the days nak jejak kaki ke university..but at the end, slowly harapan itu menjadi kabur and semangat yang sedang berkobar-kobar tu hilang..who's fault? and of course..mak bapak diorang (kalau kaya should be no problem lah) yang pening kepala..antara masa depan anak & kesempitan hidup, which one yang dia perlu dahulukan? seolah-olah tak adil untuk diorang..i don't see any relevant issues dekat sini, just yang nampak, seseorang nak jadi HERO dekat sini..if kerajaan negeri boleh buktikan yang diorang mampu tanggung all the cost, then should be okay..tapi tak nampak point kenapa kerajaan nak malukan diri sendiri? Seolah-olah berdendam..macam, "ok fine, ko nak sangat kan..amik..cuba buktikan.." then kalau orang tu mampu, what will you say? terdiam..terduduk..or nak meroyan? #serioustakpaham

macam-macam issue yang timbul sekarang, just because of politik, pangkat, kedudukan, maruah, kroni and yada yada..semua benda boleh dijual beli..kita mengamalkan sistem demokrasi, akan tetapi rakyat tak mampu nak bersuara..we has power, tapi kita tak mampu nak gunakan..so, just wait for the PRU.. siapa yang betul or siapa yang salah, hanya Allah yang maha mengetahui..

Note: aku tak berada dimana-mana side, cuma meluahkan apa yang aku baca, nampak dan apa yang telah berlaku di malaysia..peace :)

June 07, 2012

Sibu Island ~dreaming!

This deal is AWESOME! 
InsyaAllah, one fine day we will reach here..hopefully with my big family.. :)

tagged: kak emy, jom berangan  :)



June 01, 2012

randoms...

i. welcome JUNE..months of love & happiness :)) 4th June adelah wedding anny yang ke-2 aku & en.hubby..Alhamdulillah, syukur ya Allah..semoga hubungan & kasih sayang kami kekal sehingga ke akhir hayat..aaminn.

and..9th June 2012, Emir's 1st birthday..how time flies! pejam celik je dah cukup 12 bulan..rindu emir kecik-kecik dulu..macam2 ragam & peel..even now lagi banyak ragam dia tunjuk..hihi..birthday celebrations maybe aku postpone to end month..this few weeks agak bizi..so hopefully by end of this month bole celeb :)

ii. my trainings class almost finish..tak sabar nak abihkan semua..next monday last session..Alhamdulillah..dah macam lecturer dah rase..but its good experience for me :)) and because of this training jugak, Allah dah bukak kan hati aku nak apply jobs as lecturer..heh..dapat atau tak belum pasti, tapi I'll keep on trying..confidence level pun dah OK..aku tak apply for lecturer before this sebab I believe, aku belum mampu..but, sampai bila..until got this chances to be a teacher to 'old' students, buatkan aku yakin, yes this is the time..hebakkk tak? poyo kan..kihkih..

iii. kisah interview..hemm dulukan aku meroyannn nak cari keje lain..but now seems ok..and aku dapat interview at 2 places..satu as consultant..dekat PJ..and satu lagi kembali ke Empire..masih belum buat keputusan samada nak pegi ke tak..hati mula berbelah bagi..

iv. now dah bulan Rejab..lagi 2bulan masuk ramadhan..puasa ganti pun belum habis lagi..erk..korang dah? jom puasa sunat..next week insyallah nak start..sekarangkering tekak kalau lecture berejam sari tanpe minum air.. *alasan..heh..

v. my sim card ilang..so now use temp no, umobile..kenape pilih umobile? sbb terbekenan dgn no tu and saje nak test service umobile..so far ok..i'm not going to use celcom anymore sebab mahal gile nak mam skrg ni..kalau dulu logic la lebih seratus sebulan sebab aku bergayut dengan bf kan..skrg bf dah tuka jadi laki..malam takde bergayut dah..pun bil beratus..heran..bile mase tahhh la aku gune sampai camtu sekali..so, i'm switching soon..nak request balik my no & buat transfer line..antara umobile & digi..which one belum pasti lagi..maxis? tak mungkin..

that's all kot..a very short update..dalam kebizian..tak sempat nak beblogging..tunggulah next week..