berita hari ini

as salam :) mood masih dipinggir laut..tapi disebabkan ada terbaca dua kisah yang satu lucu and satu lagi boleh membangkitkan amarah,gagahkan diri untuk menulis..heh..

ok,kita pergi pada cerita lawak hari ini..

BALING: Akibat tidak mahir dengan peralatan canggih, tindakan dua lelaki melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda tanpa mematikan alat sistem pengesanan global (GPS), membawa padah apabila mereka ditahan di persimpangan lampu isyarat Pekan Baling, di sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 11.45 pagi apabila kenderaan Toyota Hilux yang dilarikan daripada pemiliknya di Sungai Siput Utara, Ipoh, Perak, dikesan berada di kawasan Baling sebelum dimaklumkan kepada pihak polis untuk tindakan.

Berdasarkan maklumat, sepasukan anggota polis diketuai Pegawai Perisikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Baling, Inspektor Abd Aziz Mat Resof, menahan dua lelaki berusia 30 dan 34 tahun berkenaan selepas bergelut selama 10 minit.
Sumber berkata, sebelum itu kedua-dua suspek berkenaan dipercayai mencuri kenderaan terbabit jam 3.40 pagi sebelum memandu tanpa arah tujuan sehingga ke Alor Setar dan berpatah semula ke Pendang sebelum tiba di Baling.

aku tak pastilah diorang ni orang mana, tapi location adelah kampungku yang terchentaa..ada hati nak curi kereta mahal, tapi IQ zero..korang tak tau ke zaman laaa ni dah canggih..ke korang tak tau jalan, then guna je GPS tu? haha..kesian..lain kali belajar bagi pandai, tak masuk U pun takpe, janji pandai..tak lah kena jadi perompak..lepas tu maluuuuuu sendiri sebab masuk paper siap kena highlight 'Buta IT'..kesian korang..

ok,tamat kisah lucu, meh kita sama-sama menaikkan darah dengan kes ni pulak..
 
PASIR GUDANG: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan, patah tangan dan kaki kiri hingga terpaksa ditahan di wad kanak-kanak Hospital Sultan Ismail (HSI), dipercayai didera pengasuh di sebuah rumah di Taman Bukit Dahlia di sini, Jumaat lalu.

Kecederaan mangsa, Muhammad Zafran Anaqi Muhammad Razali atau Zafran dikesan bapanya, Muhammad Razali Hamzah, 32, ketika membawanya keluar dari rumah pengasuh yang juga jirannya kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Muhammad Razali yang juga warden Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Johor Bahru berkata, dia bersama isteri, Salmah Aya, 31, seorang guru, pada mulanya cuba memujuk Zafran selepas bayinya itu tidak berhenti menangis selama hampir sejam.

nauzubillah..takde otak ke makcik? budak tu baru 3 bulan..yang p gomoi sampai patah-patah tu kenapa....ishh tak boleh bayangkan kalau emir yang jadi budak tu..ya Allah, mintak simpang..semoga emir & kanak2 lain sentiasa dilindungi olehMu Ya Allah..

p/s: aku rindu kampung halamankuuu & bila baca kes dera-dera ni, dan-dan je rindu emir..kalaulah bole balik ;(

Share this:

CONVERSATION

0 commentors :):

Post a Comment

July 02, 2012

No comments:

Post a Comment