kerani dan phD

harapanku, harapanmu.

new heartbeat

our birthday!

The Straits Cafe

jom beramal jariah di hari jumaat

bye KL, hello kelantan! FEB holiday

Wordless Wednesday

baby kena dera admitted lagi :(

baby accident

April 24, 2013

kerani dan phD


one of the reason, why i hate to be here.
tah hape hape. setakat air minum reverse osmosis yang seliter bape sen tu pun nak berkira..dah tu suruh aku inform, ko cakap lah seniri. aku tak reply. malas nak layan orang camni. she's a clerk, tapi phD tu bermaharajalela dalam hati.

dia budget she's senior, dah kerja kat sini 25 tahun, so boleh control ape saje including orang. tapi sayang, not me. aku just boleh accept orang yang baik dengan aku without any intentions. tapi dia ni lain. baik dengan orang bila dia nak something. masa first time aku join dulu, dua tiga kali jugak terkena. but, lesson learnt. cukuplah kan. aku just akan liaise dengan dia bila, nak apply cuti (kat sini system apply cuti still pakai form, buku then hadap boss) tu saje. lain-lain non of my business. dia cakap, aku buat dunno je.

kadang-kadang orang camni kita kena ajar sikit. jangan ingat dia tua, so suka suki je arah orang itu ini. harta company, bukan hak sendiri. selagi big boss tak bunyikan suara, janganlah ikut rules bodo dia tu.





*makcik is emosi dua tiga hari ni*



April 22, 2013

harapanku, harapanmu.


ingat lagi entry ni?

ia dah basi ok. punyalah cuak cari balik email yang ni. nak check validity sampai bila. dalam hati dah expired kot. sebab dah beli since last year pon. tak redeem lagi. ai is pasrah..berangan je laaa nak deco-deco bilik emir dengan pics dia since newborn. ye, aku plan nak guna voucher ni lahh nak print pics dia dari newborn sampai sekarang ni. 

tapi......hatiku kembali riang gumbiraaaa! cer tengok pics tu. exp date is on 24 May, which is bulan depan, mak sukeeeeee! sompek lagi.

actually, tuan tanah ni bole tahan 'gong' jugak. masa beli pakai email office, pastu kecoh cari balik email dari wedoo kat personal mail. memang ko takkan jumpalah. untillah ke hari ni, tergerak hati nak buka personal folder kt email office ni haaa, nak cari reference email actually, sekali terpandang..ehh ehh wedoo kat sini laa..haha vongoks. masih ada rezeki daku, emir dan dia. eh.



lepas tu scroll lagi email, ehh da redeem lah. dah dpt robot mail dari wedoo. tapi dimanakah email yang dia cakap nak send voucher details tu?

pasrah itu menyerah, dan menyerah itu kalah.tetibe.
T______T

nak call wedoo lah. tengok still valid ke tak. kalau tak pasrahlah hendaknya.

eii, benci betul.


sekian, entry malas di blog yang makin hari semakin bersawang.
sekian, dari insan yang pasrah.


p/s: mintak ampun sbb pics adelah terlampau blur sampaikan tuan tanah pun tak nampak.

March 20, 2013

new heartbeat


lets picture do talking. pahamkan? ;)

ni picture masa first scan aritu, baru 8 weeks.

EDD maybe end of Sept. tapi kalau early pon best kan? muahaha..
 kalaulahh kan tetibe aku deliver awal lagi, harap-harap tarikh 6.9 lahh..
sebab emir lahir 9.6, so adik kena terbalik..bolehhh?

hehe, tapi harap2 anak mama kali ni keluar on time eh? tarikh bile pun takpe, asalkan around EDD and anak mama sihat and sempurna. aamiin.
 
semalam pegi check up and bukak buku maternity dekat klinik an-nisa, scan masa tu 13w 6d, tapi kalau ikutkan kiraan dari tarikh last period, suppose 12w..doctor cakap, if next month check up progress baby still gap around 2 weeks, so kena revise last date period aku, else tak tally and nanti tetibe bersalin awal 2weeks, derang cop aku delivery pre-mature lagi. tak nak ok.

tapi aku admit dengan doctor yang aku tak ingat tarikh last period, but around 25hb Dec, tapi mungkin awal? ntoh le mak incik tak ingat :P

tolong doakan baby sihat sentiasa ye ;)
sekarang ni aku tengah mabuk. segala galanya malas. allergic dengan bau-bauan lagi, tapi this time better, kalau dulu bau sabun pun tak bole. tapi skrg ni selected sabun je. harap2 lepas ni everything back to normal.

ohh ye, lagi satu allergic aku..aku takleh bau baju or seluar baru. bau kedai tu. seriously nak muntah. xtau kenapa. sebab tu until now aku tak open-open lagi order untuk skinny jeans. minta maaflah yang sms, email bertanya pasal skinny jeans, seriously aku tak tau bile aku ready nak open order. bila sms masuk, baca pasal skinny jeans, terus aku rasa something. ntah hape-hape perasaan, tapi sumpah itulah yang aku rasa, loya nak muntah, complete. so sebelum loya and pening jadi benci terus (macam aku benci perfume escada aku dulu) better lah aku stop dulu sesi menjual. aku nak rest, keje-keje rumah pun tak terkejar. aku masih mencari weekend maid,pun belum jumpa..harap-harap adalah nanti.

again, minta maaf ye sebab hati aku belum terbuka lagi nak open order skinny jeans. tunggulah keadaan reda, or lepas delivery nanti yeh.





p/s: bajet nk buat wordless wednesday, tapi ade huraian, apekah?

March 18, 2013

our birthday!

selamat hari jadi..selamat hari jadi..
selamat hari jadi untuk tuan tanah..selamat hari jadi..

 

muahaha..arini besday tuan tanah, tak salah kan nak wish untuk diri sendiri? hehe
pagi ni en.hubby baru wish, semalam tido awal..well, tak kisah sgt pun sbb dia takkan lupa punya birhtday binik dia nih..selang sari je pun dgn birthday dia, kalau lupa jugak memang cari pasal la kennn..

pagi-pagi lagi en.hubby dah tanya, ma nak ape taun ni? ohhh kalau ikutkan list memang banyak, tapi takpe lah..bukan priority, so slowly eh tunaikan impian ma? hehe
aku cuma mintak en.hubby doakan semoga aku panjang umur, so boleh jage diorang sampai hujung nyawa.. :) aamiin, aamiin.

memandangkan birthday en.hubby and aku just selang sari..and birthday en.hubby yang datang dulu..so aku dah plan dengan anak-anak buah en.hubby, nak buat surprise party untuk dia.. takdelah party sgt pun, just makan-makan, and potong cake je. Since SIL aku bukak restaurant dekat hentian kajang, and kebetulan dia baru tukar tukang masak, so dia invite lah aku, en.hubby and dua orang kawan husb SIL datang untuk rasa, ala-ala food tester katenyeee..


 


last 2 weeks, masa borak-borak dengan en.hubby dalam kereta dia cakap birthday tahun ni taknak makan cake, dah bosan. tapi kalau ramai-ramai ok lah. maka terdetiklah dalam kepala aku, alang-alang dah SIL open table, baik aku beli kek and celebrate untuk en.hubby sekali harung dekat situ je. 

 

hari sabtu pagi, baru lah sibuk chat dengan kak nina (anak buah husb) plan pasal surprise ni..aku mintak tolong dia belikan kek..aku dah set awal-awal, no secret resepi cake lagi dah. muak ok muak. balik balik banana choc, choc indulgence, tak pun blueberry? omaigod bosan-bosan.

kali ni nak try baskin robin ice-cream cake. macam-macam flavor boleh pilih, nak mix pun boleh, tapi make sure kena order booking 3days in adv dari tarikh yang korang nak collect. memandangkan aku just plan on the same day, just redho amik cake yang dah siap je la, nasib baik favret flavor ade :) mint choc chip, sedap!
lagi satu cake, SIL yang sponser, so my niece pilih almond flavor tak silap, pun sedap.
kalau nak tau lebih-lebih pasal cake baskin robbins, click sini yer. 



cake ni untuk 6-8 orang makan. tecik, tapi rege sama dengan secret resepi. nasib baik sedapp.
bawah ade sponge cake, atas pulak ice cream. tapi cepat nau cairnyee..kalau nak beli mintak derang letak air kering tu banyak-banyak ok?

ok tu je. takde ape lagi kot nak story?

happy belated birthday untuk abang, semoga dipanjangkan umur, murah rezeki and sihat selalu.
happy birthday to me, semoga sihat, panjang umur, murah rezeki nak tukar keje lagi. :P

 



ini budak even dah cecah time pukul 12 tengah malam pun still active main lari-lari. pastu balik rumah tido ngigau. stress betoi.


March 05, 2013

The Straits Cafe

salam :) kembali selepas mengharungi training yang paling tak best last week.
bila hati tak kena dengan jiwa, training tak 'in' dengan hati, maka mood pun kelaut lahh sokmo, tapi aku still appreciate setiap ilmu baru yang belajar.

tapi yang best kalau pegi training, bab makan memang superb. dari breakfast, lunch sampailah hi-tea semua sedap. tapi time lunch diorang bagi voucher, so sila pegi cari makan sendiri. aku jenis malas nak merayap. 5 hari dekat sana, 3 hari aku santap dekat straits cafe ni je, lagi dua hari kfc dengan mcd.

review aku pasal cafe ni, environment best, open air, waiter/ess pun baik je, service pun ok tak lah lambat sangat and yang paling penting, food dia sedappp.

first day, aku makan nasi goreng tomyam kot tajuk dia? tak ingat. simple je tapi sedap.
harga rm8.90. oklah sedap.

 

lawan dengan sirap bandung, perghhh. 
weekend ari ahad aritu, pegi beli barang kat tesco, time tu haus gile. cakap  kt en.hubby bestnyelahh kalau bole minum sirap bandung, tengok dekat foodcourt tesco takde lah pulak, so order cool blog perisa bandung. lepas tu, time en.hubby pegi tapau nasi ade satu stall siap ade sebalang air bandung. demm. tak nampak tadi. redho dalam terpaksa T___T

harga rm2.50 ke rm 3.50 camtula. xingat jugak :P


then second day, time breakfast diorang serve nasi lemak, so lunch taknak amik heavy food lahh katenye.
order penang assam laksa. pun meletopp. sedap, tapi tak sama lahh dengan laksa penang ori, tapi still acceptable. :)  harga rm 8.90 jugak.


pastu order air longan jelly, cun je tengok kan? jelly tu menyerlah. hehe
harga rm 3.90


 hari ketiga and ke-empat aku makan kfc. last day class abih awal, so just tapau rojak buah je.
makan time drive. meleleh air liur weh. sedap sedap. tapi harga rojak rm8.90 same dengan harga nasi dengan laksa. agak tak berbaloi. tak kisah, aku pakai voucher, so takde hal disitu. memang nak abihkan voucher pun kalau tak nak guna dekat mane kan? 


sekian, mau pulang.

March 01, 2013

jom beramal jariah di hari jumaat

SHARING DARI PAGE KAK FYN.
 
 
 
atas mulianya jumaat ini--
minta siapa2 sudi sepuluh ringgit dua yang terlebih berbaki dalam akaun.

untuk keluarga ustaz azmi bin nordin ini.
andai masih ragu, boleh rujuk sendiri page beliau.
...

"assalammualaikum semua. saya ustaz azmi bin nordin dari taman tenaga cheras, kuala lumpur mohon jasa baik dari semua untuk memberi sedikit sumbangan yang termampu untuk abang kandung saya mohd norizan bin nordin yang baru sahaja mengalami kemalangan & nahas jalan raya.

abang saya cedera parah di tempurung lutut.
isterinya pun cedera di tempurung lutut juga.
2 orang anak yang masih kecil cedera parah di kepala.

anaknya yg sulung yang berusia 10 tahun terkoyak isi di dahi. parah.
manakala anaknya yang bongsu berumur 5 bulan 10 hari juga terkoyak isi pada bahagian belakang kepala sehingga menampakkan tengkorak kepala. sangat menyedihkan.

kedua-dua orang anaknya akan menjalani pembedahan plastik untuk menampalkan isi paha mereka pada bahagian yang telah terkoyak. semestinya kos perubatan yang akan ditanggung untuk pembiayaan hospital terlalu tinggi untuk rawatan ini.

sekarang mereka semua berada di unit kaji saraf hospital kuala lumpur wad 5A.

baru2 ni jugak, abang kandung saya ni telah kehilangan anak perempuannya yang berusia 2 tahun 9 bulan yang telah kembali ke rahmatullah akibat kanser mata dan kanser otak.

saya mohon bantuan sesiapa yang sudi meringkan beban agar dapat membantu semampu yang mungkin untuk meringankan beban abang kandung saya yang hanya bekerja di marrybrown. kepada yang sudi membantu, diucapkan jutaan terima kasih. hanya allah yang mampu membalasnya. jika yang ada kelapangan bolehlah melawat mereka di hospital. hubungi saya di talian untuk sebarang persoalan atau kesahihan:

0136133696 ustaz azmi bin nordin

jika ingin membantu meringankan beban boleh bankingkan ke:
maybank
mohd norizan bin nordin:
152152014007

kawan2,
just in case akaun sudah freeze,
boleh transfer ke adiknya:

maybank
mohd norazmi bin nordin:
164137482590

selamat berjariah, kawan2.
:)
 
 
sharing is loving. gaji baru masuk je kan? jom tambah saham akhirat. :)

February 21, 2013

bye KL, hello kelantan! FEB holiday

salam, ketika entry ni dipublish, aku dah berada di bumi kelantan :) lama tak balik, rindu mil (mithali tak?) :P and of course rindu nasi kerabu yang sedap de vas de booom!

kelantan, one of the shopping heaven, utk sape-sape yang berminat kpd batiklah, me not :P so for me kelantan adelah one of syurga makanan, seriously, kalau pegi kelantan memang kena skipped diet, else rugi ohhh :)

macam-macam plan dalam kepala. en.hubby lagi excited. dah siap plan, malam sampai je kelatan, dari airport straight pegi lundang, tapau nasi kerabu golok, then esok pagi abang nak bangun awal, pegi kadok (ke ape tah name tempat) tapau nasi kerabu untuk breakfast, pastu tengahari suruh mek masak gulai serati, petang abang bawak pegi jalan-jalan makan meggi celup, malam kang kite repeat nasi kerabu lagi.

memang boleh muntah kalau plan macam ni. haha, that's my hubby. aku tau dia excited nak balik sebab memang dah lama pun dia tak jejak bumi kelantan, last balik lebih daripada 6 months yg lepas kot? tak ingat dah.

and yang pasti aku nak pegi pantai, tok bali ke? nak amik pics banyak-banyak sebab..voucher yang aku purchase dari groupon dulu belum redeem lagi. takde pics nak print sbb laptop aku rosak, gambar semua dalam HDD, tak backup pun. haih, sayang. so marilah kita amik gambar family lagi sekali.

aku rindu nak balik kedah, tapi..takpe, next plan. insyaAllah.

again, aku persembahkan, nasi kerabu golok. pics aku cilok dari google lah ;P
yang aku makan semalam dah selamat dalam perut.


February 20, 2013

February 19, 2013

baby kena dera admitted lagi :(



KUANTAN – Bayi lelaki berusia empat bulan yang menjadi mangsa dera pembantu rumahnya pada Jumaat lalu dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk rawatan lanjut.
Menurut ibunya, Nina Suraya Sulaiman, 24, Mohamed Hareez Mohd Zamri dibawa ke HTAA kira-kira jam 8.30 malam tadi selepas dia didapati tidak bergerak seperti biasa walaupun dalam keadaan tidur.
“Malam tadi selepas semua tetamu yang mengunjunginya pulang, saya cuba mengejutkannya. Saya ingatkan dia tidur tetapi tiada sebarang reaksi,” katanya ketika ditemui pemberita di HTAA, hari ini.
Katanya, dia maklumkan perkara itu kepada ahli keluarga yang lain sebelum membawa anak sulungnya itu ke HTAA.

Nina Suraya berkata, pihak hospital menjalankan ujian imbasan dan beberapa pemeriksaan lain ke atas anaknya, namun laporan penuh pemeriksaan masih belum diketahui.
“Saya harap semuanya baik dan jika dilihat keadaan anak saya, dia sudah minum susu seperti biasa walaupun berada dalam keadaan lemah,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superitendan Aziz Ahmad, berkata pembantu rumah berusia 24 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Majistret esok mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2010.

source

masa mula-mula video tu tersebar, aku tak tengok pun, untillah tengok berita TV9 tak silap, kebetulan tgh tunggu en.hubby siap nak keluar makan, tertengok video ni..ya Allah, kesian betul! sampai hati binatang yg buat dia macam tu..sedap je lambung anak orang..umur baru 24, tak pernah rasa perit jerih mengandung, camtula jadinye..ko buat macam kucing je kan? en.hubby terus emosi malam tu..dia cakap kalau lah anak dia orang buat macam tu, memang dia lambung balik bibik tu dari tingkat 14..pastu emosi dekat semua indon yang ade dekat malaysia ni..lepas tu sampaikan indon yang keje dekat car wash dia pun dia nak emosi, lepas tu lagi, indon yang buat rumah pun nak hangin jugak..muahaha..dah la 2,3 minggu dah emosi dengan wak contractor rumah tu..dia repair bumbung porch, sebelum ni ade bocor dari saluran air tu..dah mintak dia repair, masa mula-mula deal cakap bagilah seikhlas hati, sekali last-last mintak 200 untuk repair sajo tanpe barang? takpelah pejam mata, bayar jeee..dia cakap dah baiki yang atas,letak sealant eh ke ape yang gam bumbung tu sampai sebotol..sekali sama jeee problem..asal air ekon menitik jee confirm siling basah balik..tak payah tunggu hujan..

en.hubby pun bertindaklah, seminggu lepas tu kot dia call wak tu suruh datang, janji nak datang tak nampak muka, drag sampai minggu ke-2 pun tak nampak muka..dia memang pantang sikit kalau bab-bab orang menipu ni..kite bayar service derang, bukan bagi seikhlas ati pun kan..so segala problem mesti dibaiki jugak..kebetulan minggu lepas, jumaat tak silap, budak indon car wash dekat office cari pasal dengan dia..amukkan lahhh dia..sampai ke wak tu sekali kena tempias..lepas kena sound esoknye wak tu terus datang..yang buat dia hanginnye, masa cuti CNY aritu, en.hubby gagah gigih panjat bumbung naik tengok hasil kerja wak tu, sealant tu tak penuh pun, sikit je..ape lagi..amukkan tok gajah laaaa..hari sabtu wak tu datang, aku explain bebaik suruh repair betul-betul sebab nanti itu bapak balik dia nak panjat tengok sendiri..jangan problem yang sama datang ya wakk..gituuu..padahal en.hubby tak kuasa pun nak panjat lagi..dia tengok pada indicator, kalau air ekon pun dah boleh buat siling basah, problem tu tak settle, akan ade lahh amukkan kali ketiga. nasib ko lahh wak..sape suruh ko cari pasal, elok-elok kitorang layan ko, bagi job segala ko buat camtu kan..nasebbbbbb..

aku dah siap plan nak hire bini wak tu as part-time maid aku, dah jadi macam ni..cancelllll..kena cari orang lain..huhu..stress mak incik tau!

sekian, cerita melalut. semoga baby comel itu dijauhi sebarang kecederaan yang teruk. Ya Allah, kau hapuskanlah kesakitan anak kecil itu, dan kau berikanlah hukuman yang setimpal kepada insan yang tidak berhati perut itu, aamiin.


February 15, 2013

baby accident




sharing, from fellina's husband FB

Cerita sedih fel lalui semalam.....
Masa fel update selesai urusan utk hari ini...fel dh nk dkt sampai rumah... tb2 tgh jalan ada accident ... car vs car.. betul2 baru terjadi..kereta masih berasap di tgh jalan...mangsa masih dlm car beliau...suami brhenti utk hulurkan bantuan...fel tggu dalam kereta... penuh debar.... malangnya suami datang semula nk ambik torchlight suami cakap sorang meninggal... sedihnya rasa hati tuhan shj tahu....
Tb2 rafie (suami) meluru ke kereta bgtau... "syg ada baby terlibat sama... kita ambik bawak ke hosp ya... hidung dia berdarah.."
Fel angguk walau dlm hati ni sgt2 takut.... fel keluar dari kereta n ambil baby tu... dia xsedarkan diri... cute baby girl umur br 1tahun... lepas fel pangku dalam kereta..riedzki fel pass ke belakang dkt pengasuh dia..senyapppp mcm memahami apa terjadi... baby girl tu pula start berbunyi n mcm xdpt bernafas... fel menangis takut.. xdapat byk fel tlg... selain dibacakan fatihah..qursi dan 3 qul serta keep on selawat sepanjang perjalanan ke hospital dengan harapan baby tenang. ..ada satu part tiba2 baby tu diam.. fel pandang muka dia yg dipenuhi kaca n hidung yg berdarah..fel sebak... takut..risau... rafie tanya fel "syg baby pengsan ker? Fel terus cium pipi kanan dia fel selawat n cakap kat dia...sabar yer sayang.. hosp dah dekat even fel tahu masih jauh... baby tu started tuk bersuara mcm paham n mintak simpati..since rafie bawa laju sbb risau apa2 jd smbil bg emergency lampu..ada juga terhentak n baby akn mengerang kuat...ya Allah xdpt dicerita perasaan fel.. sampai shj di wad kecemasan.. fel angkat baby masuk and tgk doc berusaha help her n after almost 2hour mnggu..kami pulang sebab bila waris beliau dtg..rupanya mangsa anak org kampung rafie...
Kisah sedih...yg meninggal adalah bapa baby tersebut... ibu dia xsedarkan diri smalam tp stabil dh tp patah kaki n tangan n baby tu patah ke 2 kaki... yg sama2 langgar tu seorang lelaki cina.. juga stabil...
Ni bottle susu baby comel tu.. dorang pass kt fel masa fel nk bw g hosp...tp sbb neves n mcm2 smalam fel jd terlupa..satg sebelum nk simpan jenazah fel n husband nk pergi bg semula...
Pkg fel sedih... bila ada salah seorang ahli keluarga cerita...pasangan ni dah tggu 5 ke 6 tahun nk dapat baby... 2hari lps baru shj sambut birthday baby ni yg 1 tahun..parent dia buat kenduri besar..tp allah maha berkuasa lps 2 hari bapa beliau pula tggalkan dunia...
Fel xtahu nk ckp mcmna tp fel bole paham apa perasaan isteri arwah... semoga dia tabah dln hidup n tahu mesti ada hikmah di sebaliknya......sama2 lah kita doakan ketenangan beliau n ketabahan berpanjangan..

Apa yg fel belajar...1 jgn bawa kereta laju. 2 anak letak dl car seat..sbb baby tu rafie ckp letak dlm fisher price n tarik seatbelt... but kalau bnda nk jd letak dlm car seat pon akn terjadi cuma kita cegah lbih baik tmbh2 fel ni mmg suka sgt dukung riedzki sbb kesian klau masuk car seat sure dia nangis..... Dan plg fel belajar utk hargai semua di sekeliling kerna ajal x menunggu walau 1 saat...

al fatihah buat arwah...



semoga arwah tenang disana. hakikatnya mati itu pasti, bila..dimana dan bagaimana, hanya Dia yang tahu.
dan, semoga baby & ibunya cepat sembuh dan kembali sihat.

;( touching betul kalau pasal baby sakit ni. tapi aku setuju dengan fel, letak baby dalam car seat, kalau terjadi apa-apa bukanlah 100% selamat, tapi at least lebih baik dari kita pegang, anything can happen.
  
Ya Allah, Kau lindungilah kami semua dari sebarang bencana, Aamiin.