colored skinny jeans murah!

change air asia flights date

samsung tv -vertical line

esok boleh book ticket belon free, yeeehaa!

Air Asia FREE tickets!

tweet, kelantanese dan gossip

what arab's do?

AZAM 2013

SAYONARA --twenty|twelve

emir dan blog, kesayanganku

January 16, 2013

colored skinny jeans murah!

UPDATE 11/5/2013: ANNOUNCEMENT: AKU DAH TAK JUAL LAGI SKINNY JEANS. ATAS SEBAB-SEBAB KESIHATAN YG TIDAK MENGIZINKAN. TERIMA KASIH.


sekarang ni kan tengah hot trend color block kan, dari tudung, baju, kasut, now turn seluar pulak..
oihh suke gile aku tengok candy pants ni, rasa macam nak makan ponn ade, color comel-comel sangat..
yes,
aku admit sekarang ni aku addicted dengan seluar stock colorful-colorful ni :)


korang tak rasa happy keeeee kalau pakai something yang ceria, colorful,aku happy oihhh.. even dalam mood yang tak best pon bole tukar jadi best tau! ok hover laaaa..

walaupun peha aku comey besar skit, ade aku kisah? tetappp ku sarung skinny jeans, tapi amik size besar laa..so tadek hallll kan? ni contoh salah satu colorful skinny jeans yang aku pakai, color block lahh katekan..
baju pepel, suar orange carrot susu, kasut pulak dark orange..wahh blocking sangat kan! hehe
masa ni aku kat clinic, demam ponnn still bole colorful ;)



ni yang aku baru je rembat minggu lepas, color kuning and turquoise, hensem sangat kannn?

ramai kawan-kawan aku dok tanye, kat mane beli semua, so now aku nak share, if sesiapa berminat nak order skinny jeans, bole inform aku..insyaAllah,aku bole tolong dapatkan dengan harga yang murah..

antara color yang available



aku dah survey-survey, mostly online shop jual skinny jeans ni range harga RM50 keatas, excluded postage pulak tu, so now aku nak open order, if sesape berminat nak order bole inform aku..

RM48 include postage

ini adelah pre-order yer, so insyaAllah kalau quota aku penuh by this week,aku submit order..
by next Monday dah boleh post..tapi, aku perlukan 50% deposit yer, once stock sampai, aku akan advise full payment lepas tu aku akan post..

kalau nak order, boleh email aku: mammatots@yahoo.com or sms pon bole

thanks :)


update, sorry terlupa nak letak size:

Size : S (26/27)
Size : M (28)
Size : L (29/30)
Size : XL (31/32)

just my advise, amik size besar sikit dari normal jeans kita pakai,so taklah ketat sangat kan..
nama ponn skinny jeans, tapi no worries, kain dia agak strecthable..
quality kain pon bagus tau! :)

change air asia flights date

arini aku nk buat tutorial cemana nak tukar flight travel date, tutorial ni untuk ingatan aku masa depan,or kpd sape2 yang same spesies tak reti cam aku neh..
actually sepatutnya bulan depan aku balik kelate, kenduri anak buah asben..akan tetapi, disebabkan ade masalah yang tak dapat dielakkan,so kenduri telah dipostpone..
grrrr susah-susah aku book, sekali posponed daaaaa..so niat dalam hati, nak laaaaa tukar flight date kan,bawak ke bulan onam..kenduri time cuti sekolah *spt yg diplanning skrg ni lah*

kemain aku buat status kat fb, nasib ade yang tolong mereply, lepas godek-godek, ohh dekat sini rupanya..mohh aku guide satu-satu :)

first sekali,kena login AA websites, kendian click manage my booking, pastu, akan ade satu link yang mane korang kena click untuk change/upgrade flights

pastu korang akan nampak screen cam bawah ni, make sure booking no tu betul yeeee..
 nampak aku circle yang kotak tick tu? korang kena tick kotak tu,then baru keluar calendar utk select new date..
 


haa,nampak calendar? ok sila pilih date sekarang...pastu tekan next,





opsss,memandangkan tarikh return yang aku pilih 9hb June,hari tu adelah emir's 2nd birthday, so tak bole proceed, kena call customer service derang..ehh takde pasal aku nak tambah charge adults, so sms en.hubby, tukar tarikh return ke 8hb, ok selamattttt..



 lepas pilih tarikh,then tekan next, page akan redirect ke sini, page yg sama macam kita nak book flights jugak, so sila pilih yang paling murah, yes i'm cheapskate :P




kusangka kan panas hingga ke petang,rupanyaaaa..

nampak amount yang aku circle tu? tak berbaloi okehh..

total ticket aku beli utk 3 orang, return kl-kb masa promo dalam 300+, kalau nak tukar tiket utk bulan June kena add lagi 100+, ok finelah..tak kisah kalau kena tambah 100 camtu, sekali ni haaaa..total amount 700+, tolak yang aku dah bayar dulu 300+, kira lagi 400 aku kena tambah? homaigod!

nehi nehi, better aku beli baru, ticket baru RM400+ untuk tiga beranak..lagi untung, bole balik kb dua kali lagi..

hehe, so kepade sape-sape yang berniat nak change flight, pls proceed, kotlahh kan dapat ticket murah, plus charges tak mahal mane bole la proceed..aku ni dok pikio-pikio lagi sama ade nak balik je bulan depan or tukar jugak flight ni ke ujung tahun, agak2 murah tak? hehehe..japgi nak terjah AA, kan tengah promo skrg, harap-harap adeee..kalau tak mak sentapppppppppppppp!



January 10, 2013

samsung tv -vertical line

2,3 minggu lepas aku ade beli tv, flat screen..masa beli so far condition semua ok, yelah tv baru kan..kalau tak ok mane aku nak beli..hehe...so far bawak balik, pasang..ok je..takde ape masalah pun..sampailah minggu lepas..masa tu ade contractor kabinet datang rumah nak ukur kabinet..aku je layan orang tu, en.hubby rilek-rilek layan movie..tengah pung pang pung pang dgn contractor tu, sekali en.hubby panggil, dia tunjuk line dekat tv.. macam satu straight line, yang mana led light dia dah mati, memang kalau tengok cite yang mana gelap-gelap takkan nampak, else kalau time tu cerita yang cerah-cerah, siang hari ataupun pelakon tu pakai baju light, memang obvious la line tu..

tak pernah aku perasan pun sebelum ni, even emir pun takde lah selama ni nak ketuk-ketuk tv tu ke ape kan..tapi, en.hubby suspect mesti emir yg buat..tapi bila aku check dekat-dekat takde kesan stretch or ape-ape yang mencurigakan on screen..tengok muka en.hubby dh macam frustlahh..nak marah anak tak sampai hati, so bini jadi mangsa..hehe..takdelah, terkilan kot, menda baru lagi, suddenly ade mcm tu..bukan nak pakai sari dua kan..at least biarlah tahan lama sikit..

masa beli salesman tu cakap, if stretch, screen retak or ape yang disebabkan kesalahan customer, samsung tak cover, so malam tu hati sangatlah gundah gelana..tapi redoooo..nak buat camne, kalau emir buat pun, ape yang dia paham kan? walaupun duit mama terbang $$$$, sabarlah hati..so bermula aritu, kitorang ignore jelah problem tu, buat-buat tak nampak, padahalllllllllll....

until lah 2,3 hari lepas, aku perasan yang line tu semakin besar, dah merebak pulak dah..pastu discuss dengan en.hubby, nak try report to samsung, sebab still under warranty period, tak salah pun nak cuba kan..lagipun bukan salah kitorang, takde angin ribut semua tiba-tiba muncul, apehal kan?


nilah line nyee..sakit jiwa tengok :(

meh aku close up, macam led dah mati, hitam je dekat situ..



so, lepas call samsung, kena tunggu dalam 3 hari bekerja, technician diorang call untuk set appoinment nak datang check, semalam tech samsung dah call, request nak datang rumah tapi takde orang..so dia suruh email gambar dengan serial number dulu, dia akan analyze problem kalau tak pasti dia akan datang on this weekend..

just share info yang aku dapat, actually those line is called as "vertical line" common problem yang terjadi utk led, lcd or plasma tv..ada sape-sape pernah terkena macam ni tak?

January 08, 2013

esok boleh book ticket belon free, yeeehaa!

entry bersambung dari yang lepas --> read here


dah ade plan nak pegi holiday sabah/sarawak, or tempat-tempat menarik di semenanjung?

jommmmmmm book air asia free ticket esokkkk!

yes, esok dah bole book yer kawan-kawan :) tapi tiket adelah limited 10,000 sahaje, travel date pulak 14 Jan sampai 4 Februari je..so plan your holiday now..aku tengah dok hadap calendar, kalau rate ok & date pun ok, terus laju-laju book ;P

kenapalahh tak drag sampai bulan 3 air asia ooiihh? baru nak g cuti-cuti cinta sempena birthday..hehe

kalau nak tau details, bacelah berita yang aku copy paste dari mStar online

SEPANG: Sebanyak 10,000 tiket AirAsia pergi dan balik secara percuma antara Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak boleh ditempah bermula Rabu ini bagi penerbangan antara 14 Januari dan 4 Februari.

Bagaimanapun, cukai lapangan terbang akan dikenakan, walaupun tambang dan surcaj bahan api dimansuhkan.

Kadar bagasi, hidangan dalam pesawat, pilihan tempat duduk dan perkhidmatan tambah nilai yang lain turut tidak termasuk dalam tempat duduk percuma.

Tempat duduk percuma hanya sah bagi penerbangan yang berlepas dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, AirAsia berkata, tawaran itu merupakan sebahagian daripada Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lepas.

“Kami mempunyai sejumlah 417 penerbangan setiap minggu antara Semenanjung dan Malaysia Timur, dan 62 penerbangan harian yang berlepas dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke lapan destinasi di Sabah dan Sarawak.

“Ini merupakan cara kami untuk menghargai sokongan rakyat, dan ia akan menjadi yang pertama bagi lebih banyak lagi inisiatif daripada AirAsia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar.

Tempat duduk percuma itu tidak ditawarkan untuk penerbangan domestik antara Semenanjung atau antara Malaysia Timur.

Pesawat khas dengan ‘livery’ 1Malaysia telah dilancarkan pada Sabtu lepas bagi memperingati ‘Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia’.

January 05, 2013

Air Asia FREE tickets!


SEPANG: Prime Minister Datuk Seri Najib Razak today announced the implementation of the '1Malaysia Integration Programme' together with Air Asia, which sees a free air ticket offer by the airline for routes between Sabah, Sarawak and the peninsula for a specific period

sounds good kan?

It is learnt that more details on the period and the contents of the '1Malaysia Integration Programme' with Air Asia would be announced by the airline next week.



 how i wish this thing comes true.
air asia, please announce earlier..when, when, when? senang nak plan for holiday *wink

read HERE for more details,but yes please put your politics face here ;P

tweet, kelantanese dan gossip


perlu ke tweet macam tu?
 kan tak pasal-pasal je kena banned dengan orang, kena kutuk/maki free.
bukan nak back up or ape lah, yes i'm married to kelantanese guy, menjadi menantu kpd org kelantan, ade kawan-kawan dari kelantan, takde ape-ape masalah pun..takde yang pelik.
mungkin slang je lah yang jadi masalah, tapi small matter, boleh belajar kan?

dik, awak tak kawin lagi..jodoh semua Allah yang tentukan..kalau Allah dah tulis, jodoh awak dengan orang kelantan, redho ke tak?
dari mana pun pasangan kita, even pelik macam mana pun, kalau Allah dah tentukan..nak tolak?
tak paham zaman sekarang ni, makin canggih teknologi, makin takde takde adab..
kalau ye pun ko tak suka, keep it deep inside your heart, jangan kecikkan hati orang..
ko takde kawan-kawan kelantanese ke?
ape perasaan diorang bila baca tweet ni?

--------------------------------------------------
aku keje arini..best kan? uhukk..arini diconsider as normal working days sebab replacement untuk raya nanti..nak story pasal gossip mak-mak..
aku jarang sangat nak breakfast/lunch di cafe..kalau betul-betul lapar, baru lah merayap ke cafe...
tak feeling betul kalau makan sorang-sorang kan? sebab tu aku lagi suka beli roti & susu je..tahan sampai ke petang :) kira diet sekali lah..kang balik rumah melantak nasi dua pinggan T____T

tapi kadang-kadang best jugak makan sorang-sorang ni, sebab aku akan pilih meja ikut suka hati aku, tapi yang penting, meja tu semua pompuan and melayu..so pagi tadi, disebabkan kebulur tak semena-mena, aku menapak pegi cafe, plan dalam kepala nak beli roti je, sekali nampak kerabu mangga..terus laju-laju amik nasi letak dalam pinggan, amik ikan seko, lepas tu senduk kerabu banyak-banyak dalam pinggan..bolehh?
hehe kerabu dia sedap wehhhh..

settled bayar, aku pun nampak ade seat kosong, sebelah nye ade dua orang ahkak, dalam 30-an kot..
since nak duduk sebelah orang, aku pun senyum lah..ahkak sebelah aku ni tegur, ehh new staff ke?
aku cakaplahh takdelah kak, dari bulan 3 tahun lepas..dia cakap ohh tak penah nampak..aku pun senyum je lah..makan best kot..sambil denga dia dok gossip-gossip..

dialog 1:
ahkak a: ehh yang si bini mamak ni bini dia dah resign eh?
ahkak b: laaa bini mamak ke? selera pulak dia kawen ye..budak ni lama pulak tak nampak..laki bini keja satu tempat..
ahkak a: bla..blaa..blaaa
ahkak b: bla..bla..bla..

motif nak kutuk orang punya selera? dah jodoh diorang..

dialog 2:
ahkak a: ehh si zana tu tak jadi nak join kutu mangkuk
ahkak b: lahh pulak dah..hari tu beria sangat..dah bg nama kan?
ahkak a: yelahhh bg nama, ni dah nak start bayar cakap tak mampu pulak..aku cakap laa..kak, 50ringgit je sebulan..ok lah tu zana nak murah mana lagi?
ahkak b: itulah, dia selalu cakap duit tak cukup, laki bini keje tu..tah kemana lahhh duit dia..
ahkak a: ehh aritu dia cakap, duit dia lahh yang bayar semua, laki dia makan jee dia tanggung..lain-lain keta, rumah, anak sekolah semua si zana tu tanggung..
ahkak b: ishh ape pulak macam tu, aku lain..bila gaji je, laki bini sepakat, aku tau gaji laki aku berapa, gaji aku berapa..so aku bayar semua dulu,balance kang tulah belanja..pelik pulak zana ni..membazirlah makan beliiii aje bla..bla..bla..

motiff ape ko nak kutuk cemane orang bebelanja kak oiii?
ade tau ke gaji dia berapa, laki dia berapa?
macam mane perbelanjaan diorang sebulan..lain orang lain kak..
mungkin gaji akak dgn laki akak tu cecah 10k sebulan, orang tu 1k jee..

sepanjang 20 minit aku dekat situ, macam2 cerita aku dengar, pasal si polan ni dgn polan tu..
macam-macam diorang tau..hebat, multitasking kan?
 T______T




p/s: aku boring sebenarnyee keje ari sabtu, sampaikan gossip orang pun boleh jadi entry blog..haha


January 03, 2013

what arab's do?

entry pertama untuk tahun 2013 --dah ujung-ujung waktu balik, baru gigih nak update belog..
alasan biase, bizi uols..

hati tengah tak best ni..tetibe rase nak marah jeee dengan en.hubby..
nak menolong orang biar berpada, be it adik beradik sendiri pon..
kalau kita la kan mintak tolong orang, sanggup ke kita push orang tu?
macam case en.hubby sekarang, dia tolong kakak dia liaise dgn my abang beli keta baru..
dah dekat sebulan kot pending, macam-macam issue, kadang-kadang aku pun terlibat, which sometimes rasa nak marahhhhh je..sebab kakak dia tu jenis tak paham the procedure jual beli keta..
asyiklahh dok push adik dia nih..aku as bini pun tension..
reason akak dia sebab nak balik kampung cuti skolah dgn keta baru..cuti skolah dah nak abih, keta tak dapat lagi..tak pahammm aku..kenapa sebelum ni bolehhh je balik dgn keta lama, asal nak jugak tunggu keta baru? motifff? reason dia, sebab adik beradik kat kampung dah tau..so malu lahh kalau tak balik keta baru.. *sigh*

yang menjadikan issue ni lama adelah, pasal loan, lepas tu urusan yang melibatkan 3,4 negeri..which mySIL dok pahang, buat loan kedah/penang tak ingat, then nak register number KL..boleyh nak cepat?
sape penah beli keta, sure tau how is the procedure, kalau nak cepat liaise sendiri..

so sampailah semalam my abang cakap, keta boleh keluar by this jumaat..so yang menjadi issue dekat sini is...husband mySIL cuti dah beku sampai next month, so takde sape nak pegi amik keta dekat kedah, so nak tak nak si adikni lah yang kena relakan diri pegi amik..memandangkan dah balik kedah, of course laaa aku nak ikut kan? alang-alang balik kampung, harus la aku follow....tapiii, this saturday aku kena keja sebab nanti masa raya akan amik replacement leave ni..so en.hubby pun paham..he said kita tukar plan next week jelah balik ambik...tapiiiiii mySIL ni tak paham..nak push jugak adik dia..nak suruh amik keta minggu ni jugak? ape hallll? hoihh kang tak pasal menda ni bole buat aku laki bini gadoh kang..

sebulan dua bole tunggu, seminggu dah tak boleh..hmm..nak nangis ponn ade..
*symptom nak period--emosi tak bertempat*

sekian entry luahan hati..aku tak pasti mySIL ade tak blog aku..kalau dia baca, harap paham..
to en.hubby kalau bace ni, harap paham yer, ma takde tempat lain nak luahkan..pendam lame-lame boleh sakit jiwa..

sebelum tu, just sharing dari emel yang aku dapat

look what arab's are building..













all finished. notice the size of the palm trees outside?


Remember,  this is in the middle of the desert.... The very  HOT desert where temperatures get up to 120  degrees..... 


unbelievable! 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.


but it's  true..... 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.

put your impressed mode here :P

ok lah times up, nak balik..

kbai!

December 31, 2012

AZAM 2013

HAPPY NEW YEAR!
AZAM 2013

orang tanya, perlu ke nak heboh-heboh pasal azam? ehh perlu.......sebab?
maybe lepas heboh-heboh senang orang nak set dalam reminder kepala derang, sebelum 31st Dec 2013 berlalu, mesti akan ade reminder dari orang-orang yang dah save list azam kite dalam memory derang, so derang boleh remind kite balik kan if azam tu belum tercapai...wahh retis sangat wehh  :P

hehe, takdela..tak salah nak share azam kan? mane tau same, bole la berduet!

untuk 2012, aku tak pasti ade azam ke tak, dah tak ingat (nilah pentingnya bagitau azam dkt orang :P) so moh le kite move forward, abaikan 2012 yang akan berlalu dalam few hours ni, kita focus untuk year 2013 pulak..

antara azam-azam aku :

i. nak kuruskan badan especially tang peha --tanpa amik ape-ape supplement or weight loss program, bolehkah? skrg ni tengah hot product inchloss, founder dia Felinna, wife to my ex-classmate..orangnye memang cantiikkk..body dia sebelum preggy mmg selim melim, so tak susah kot dia nak kurus balik..well kalau tak berjaya secara natural, aku akan beli jugak inchloss ni..tapi aku jenis malasssss nak sapu-sapu ni..makan/minum ok skit :)

ii. preggy lagi --insyaAllah kalau ade rezeki, emir hari-hari dok berzikir sebut baby, baby..kemaruk sangat dah anak aku tu, so..kalau ade rezeki, insyaAllah..

kalau dah kurus lepas tu preggy macam tak berbaloi jeee kan? haha..xpelahhhhh..kire preggy dulu baru kurus balik :P

iii. cari kerja lain --frankly speaking, aku dah bosan duduk dalam manufacturing company, so I wish aku boleh jump lagi ke company lain, different industry :) semoga ade rezeki lagi..

iv. business - aku nak kembangkan lagi bisness ku..mammatots, brandelovers, semoga rezeki ini sentiasa ada..semoga tahun 2013 boleh bawak onggg dalam biz aku..hehe..

v. menjadi isteri, mama...yang LEBIH baik, dan hamba yang taat kepada pencipta-Nya..insyaAllah..


cukuplah 5 kan? kang list banyak-banyak, satu pun tak tercapai..
semoga aku dapat tunaikan semuanya..aamiin :)

SAYONARA --twenty|twelve

semua orang sedang berlumba-lumba update azam baru di facebook, kan? sesetengah tu say goodbye to 2012 and welcoming new year 2013..ragam orang, macam-macam status ade :)

aku pulak, last working day untuk tahun 2012, mood memang kelaut--nak pulak 95% officemate semua cuti, tinggal 5 orang je yang masuk keje arini..lagiiii lah suram office..tapi aku sukaaa..less people means less job :P *sebab tu bole update blog*


2012
365 hari, dah berlalu..macam-macam kenangan manis & pahit,semua dah kita lalui..
sama macam aku, my small & big family..

Jan - permulaan tahun 2012, aku mula berhijrah ke workplace yang baru..di empire subang..great working place, tapi orang-orang disana yang tak best, agak racist, certain people lah, some baik dgn aku..all went well, takde masalah sangat, so aku happy disitu..

Feb - bulan cinta, ewah, takde ape yang lain sangat last feb, keje, jage emir..all ok ok je..

March - last month aku working as TG staff, then aku jumpship ke company baru, macam-macam dugaan, Alhamdulillah sekarang ni dah ok, sometimes je la tak ok, tapi boleh lagi bertahan..but if ade offer yang lg better, I've to move on :P
bulan birthday kami :) tapi just celebrate between us je, makan-makan..that's it, tapi aku happy..

April, May - tiada yang berbeda, sebulan berlalu tanpa ape-ape masalah..

June - Emir's turned to 1 years old, plan dalam kepala nak buat makan-makan dkt rumah, invite kawan-kawan, tapi memandangkan renovation rumah pun tak siap sepenuhnya lagi, en.hubby cakap, kita postpone lah..*fine* so, we just have small celebration for emir's birthday..insyaAllah mama janji, next year kita celebrate grand-grand oke? :P emir kecik lagi, so mama bole buat alasan, cer tunggu dia dah paham birhtday nanti, harussss mengamuk..hehe

July - all went well, takde ape-ape yang menarik untuk dikongsi :)

August - Raya di kedah :) tapi raya kami kurang meriah sebab my 2nd eldest brother takde, so kemeriahan kurang disitu, tapi...untuk bagi tak nampak kejurangan disitu, so time raya lah kitorang buat akikah emir, raya 1st..entry tu pun masih dalam draft lagi..seeeee how busy i am..kalau ade masa nanti kang aku publish..hehe

Sept - bulan ni berlalu spt biasa..

Oct - Raya haji di kelantan, alhamdulillah semua ok ok saje :) and we had 2nd akikah for emir..kenapa 2 kali? sebab at first dah plan dgn en.hubby nak buat akikah di rumah MIL,kelate..tapi since my ayah insist nak buat jugak di kedah, so takpelah..kite divide, sekor kambing di kedah, sekor lagi di kelantan, fair enough kan? hehe..

3rd week of oct, emir was admitted..3 hari berkampung di KPJ, reason tak pasti..mula-mula the doctors said, sebab antibiotic..then 3days after macam dah ok sikit, actually tak ok sangat sbb emir still berak cair, tp sbb dia active, so tak risau sgt..doc bagi discharge..tapi, lepas discharge esoknye emir still berak-berak, so I guess bukan sbb antibiotic pun (my naluri said so)..then ajak en.hubby pegi umra, then doc just advised, continue makan ubat --smecta, monitor dalam 2,3 hari tengok if ok ke tak..dan Alhamdulillah, emir baik lepas tu..total cost dkt umra RM50 pun tak sampai, so my point here is, tak semua doc pakar tu bagus :P
for me, doc dkt KPJ tu tak professional, dia tak check ape-ape pun, just interview myself and buat assumption..IF kalau emir terpaksa admit lagi, I won't chose KPJ lagi dah..maybe Sime Darby or Sunway medical better kot kan?

Nov - mammatots, brandelovers dibawah FHE Marketing ditubuhkan..a new journey for us, nak berjinak-jinak dalam business pulak :)

dan harini 31st Dec, hari terakhir untukt tahun 2012, segalanya tercatat disini :)
yang mana manis, akan ku kenang sampai mati, yang pahit, biarlah berlalu pergi..


happy new year 2013, have a great year ahead, dear bloggers!



pics all googled -thanks

emir dan blog, kesayanganku

**entry dari dalam draft, just sempat published today :P **

hai belog kesayangan! ampunkan beta sebab mengabaikan kamu..hehe..mak bz uols..tak sempat2 nak update belog..belog walking pun kadang2 je.. *rindu masa-masa freeku*

hari ni ade masa free-free skit, so boleh la update kejap..banyak cerita nak share, akikah anak buah baru, pesta penang, emir's progress, gossip2..tapi tak sempat..tak sempat..takpe, takde orang rindu kan? T_____T

ape khabar bloggers? daku sihat-sihat saje, walaupun batuk tengah kong keng kong keng, tapi still sihat..en.hubby & emir pun same, alhamdulillah.. :)

emir now dah 1y 6months --how time flies kan? lagi 6 bulan cukup 2 tahun..dah bole jadi abang..kekeke..abang sangat, manja kededek-dedek..tensi mak incik..aritu aku saje usik dia, masa kat kampung, balik kenduri akikah anak buah baru, aku kiss baby, dia marah, aku pegang ditolaknya budak tu..kesian..aku acah-acah taknak sayang dia, menangisss..acaner nak ade adik? cer habaq..*alasan*

tapi now aku tau, dia teringinn nak ade baby..dkt rumah bbsitter ade baby rupanye..*baru tau* and the best things is, baby tu anak kawan aku..ex-officemate..baru tau weken lepas..hehe..no wonder lahh emir hari2 sebut baby-baby..rupanya  memang hari2 dia hadap baby..so teringinlahh kot..

ohh lagi cerita emir, now gigi graham dah tumbuh..hehe..mak sukaaaa..sebab sebelum ni aku tengok gigi dia dok la 8 batang tu..empat atas, empat bawah..takde tanda2 nak tumbuh yang lain..tapi keje dok mengigit orang tu still ade..pelik..until la last week, aku dok main-main dengan dia, kebetulan dia tengah bukak mulut memang nampak graham dah ada dua-dua belah, dah besar pun..iskk mak apekah ini, yang tak sedar?? bukan taknak check, susah bebeno nak suruh dia bukak mulut..nak hulur jari check? memang kena ngapp la lepas tu..tak pepasal jeeee..

 lame tak tepek gamba anak..ni baru transfer dari phone cokiaaa yang quality gambar adelah so-so sajee..

;)

love you till death..

trying to escape ikut tingkap..hehe

nak minum sendiri, mama jangan sibuk..

makan ponnn same..takpe,tumpah kang emir lap ;P

cranky sebab tak boleh ikut abah :)
an astronauts to be..bole jadi bella's boyfriend? *wink*
marah dr halina kang..hehehe

sekiannnn  :)