angin satu badan

Ibu muda rayu bantuan RM20,000 untuk anak

kanser dan penyebab

abby abadi & memey dah berbaik ;)

mati bunuh diri..or dibunuh?

rezeki raya

Bayi didera hingga pecah usus :(

rintihan seorang ibu,pesakit..

ladies,jangan takut dengan peragut!

keluh kesah kehidupan

August 03, 2012

angin satu badan

pagi-pagi lagi nak kacau emosi aku..dan dan je mood kelaut..
kalau awak tu clerk, dok dendiam..tak yah kacau orang lain..
poyo sangat bajet macam AGM! semua bende nak tego...



damn! abih mood aku rosak arini..tensi betol..









p/s: bukan nak diskriminasi pasal title or position,tapi kalau keje kerani nak lagak macam general manager, serba serbi dia control, baik ko resign dok rumah jage laki..

August 02, 2012

Ibu muda rayu bantuan RM20,000 untuk anak

Semoga bantuan kita dapat meringan beban keluarganya..and semoga baby Aiddil selamat dalam pembedahan kedua.

source: here

KEMAMAN — Seorang ibu muda merayu bantuan sebanyak RM20,000 bagi membolehkan pembedahan jantung kali kedua dilakukan terhadap bayi sulungnya berusia 10 hari.

Wan Norshafieka Wan Shaharuddin, 18, yang masih berpantang di rumah ibu mertuanya di Kampung Mak Lagam di sini manakala bayi lelakinya, Mohd. Aiddil Idham dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur dengan ditemani suaminya, Mohd. Faizal Azuan Mohamood, 20.

Wan Norshafieka berkata, bayinya itu dilahirkan secara normal di Hospital Kemaman pada 23 Julai lalu, namun ketika menerima suntikan BCG beberapa jam selepas dilahirkan, tubuh bayi itu secara tiba-tiba bertukar menjadi biru-kebiruan.

"Petugas hospital kemudian merujuk bayi saya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu dan doktor mengesahkan bayi saya mengalami masalah jantung dan menerbangkan anak saya ke IJN dengan ditemani suami,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurut Wan Norshafieka, bayinya itu telah menjalani pembedahan secara laser di IJN dan kini menunggu keadaannya stabil supaya pembedahan kali kedua dapat dijalankan segera bagi membetulkan saluran darahnya.

Apa yang merunsingkan ibu muda yang tidak bekerja itu ialah selain kos pembedahan kedua sebanyak RM20,000 yang tidak mampu dikumpulnya, beliau dan suami turut dibebani kos pembedahan pertama sebanyak RM6,000 yang belum mampu dijelaskan.

Suaminya bekerja sendiri dengan pendapatan purata RM700 sebulan.

Beliau yang kini amat merindui bayinya itu berharap ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan kerana ingin melihat bayi sulungnya itu membesar seperti bayi normal selepas pembedahan kedua itu kelak.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyumbang ke akaun Tabung Haji Wan Norshafieka bernombor 120301000015289. — BERNAMA

kanser dan penyebab

sharing is caring ;) my bff yang email this..

PENGETAHUAN AM
Gigi manusia menunjukkan bahawa kita sebenarnya perlu makan sayur dan buah-buahan kerana hanya mengandungi 4 batang gigi tajam  (gigi kanine) daripada 32. Ini bermaksud 28 batang untuk mengunyah makanan berbentuk buah dan sayur. Binatang liar seperti harimau dan singa yang makan daging mempunyai gigi yang tajam untuk mengoyak daging.

PENYEBAB KANSER
Penyebab utama adalah merokok, so kepada yang merokok, better kurang-kurangkan..berenti terus pun takde masalah..Ia membunuh manusia secara perlahan-lahan tanpa kesan-kesan awal dan menghabiskan duit dengan senyap sahaja. Setiap batang rokok mempunyai 4,000 jenis kimia yang merbahaya ( dalam sukatan amaun kecil ). Menghisap sekali lebih 600 kali merbahaya daripada bernafas asap daripada kenderaan awam .

MAKANAN YANG MENYEBABKAN KANSER :
a) Makanan yang di BBQ

b) Makanan yang di goreng dengan lebih minyak seperti goreng pisang, keledek, kentang fries & wedges , kerepek.

c) Daging yang dimasak dengan api atau suhu yang sangat tinggi .

d) Makanan yang diawet, berlebihan garam atau nitrate. Contoh : makanan tin, telor & sayur masin, sausage, daging salai.

e) Nasi yang disimpan hingga pagi esok ( mengandungi aflatoksin )

g) Makanan yang berkurangan serat. Contoh : roti putih. Badan kami memerlukan 25gm serat yang boleh cair dan diserap dan serat biasa setiap hari. Kita perlu minum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter atau 8 gelas air kosong sehari.

h) Jangan makan roti yang telah berkulat dan roti yang disimpan lebih 2 hari dalam cuaca panas untuk mengelakkan kanser hati.

UBAT KANSER SEMULAJADI
Sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna hijau, merah, unggu dan oren sangat mengandungi bahan-bahan anti-kanser seperti antioksiden dan Vitamin A, E dan C yang mencegah dan melawan sel-sel kanser. Segala jenis kanser boleh diubati dengan jus buah dan sayur. Buah durian belanda agak berkesan. Berikan kepada pesakit dan buat ujian darah kemudian. 



Pasti nampak sel-sel kanser akan berkurangan dalam darah dan lama-lama akan sembuh. Boleh cuba kalau tak percaya. Ada kes di mana doktor telah kata kanser dalam tahap ke 4 dan tidak boleh diubati lagi.......tetapi oleh kerana tiada pilihan lain ( lebih baik cuba daripada menunggu dan menderita ) dan keyakinan diri pesakit minum jus buah-buahan dan sayuran bercampur ( termasuk carrot, durian belanda, strawberry, blueberry, kobis, broccoli dan anggur merah ).

Selepas beberapa hari pesakit nampak lebih bertenaga dan sihat. Ujian darah dibuat dan doktor-doktor pun terkejut dan hairan bahawa sel-sel kanser makin berkurangan. Lama-lama pesakit makin sembuh dan akhirnya hidup seperti biasa .

Sebarkan kepada semua kawan-kawan. Mungkin dapat menolong menyelamatkan nyawa dan memberi harapan kepada yang menderita . InsyaAllah..

abby abadi & memey dah berbaik ;)


Alhamdulillah..berkat bulan ramadhan.. ;)

Di sebalik kisah sensasi dan panas yang timbul mengaitkan pelakon wanita, Abby Abadi yang dicanang meluas sejak akhir-akhir ini, ini adalah satu khabar gembira yang mungkin kita sendiri tidak terfikir.

Umum mengetahui yang Abby langsung tidak boleh bersua muka dengan isteri bekas suaminya, Memey Suhaiza.Semuanya kerana kes Norman Hakim ditangkap khalwat beberapa tahun lepas bersama Memey di pejabat rasmi Norman.Kes itu menyebabkan rumah tangga antara Abby dan Norman kecundang walaupun mereka sudah pun dikurniakan dengan tiga orang anak ketika bersama.

Semenjak itu, Abby memang langsung tidak boleh bertemu atau bercakap apatah lagi diminta mengulas tentang perkahwinan kedua Norman bersama Memey.

Namun, semalam semuanya telah berubah dengan kuasa Allah S.W.T. Setelah empat tahun mereka seperti ‘berperang’, akhirnya Abby dan Memey telah pun berbaik dan boleh bertentang mata.Abby telah pun menjemput Norman dan Memey datang ke rumahnya untuk berbuka puasa bersama-sama anak-anak mereka.

Hubungan baik mereka jelas terpancar melalui gambar yang mereka ambil selepas selesai solat maghrib bersama-sama semalam.Menerusi Bisik Buzz oleh FF di saluran radio Hot.FM, Farah Fauzana (FF) telah pun menghubungi Memey pagi tadi untuk mendapatkan pengesahan tentang cerita yang mereka berdua telah berbaik.

Ternyata, Memey melahirkan rasa syukur kerana cerita yang tersebar cepat itu yang mengatakan mereka berdua sudah berbaik adalah benar-benar berlaku. “Sebenarnya semalam, Memey dan abang Norman telah berbuka puasa di rumah Kak Abby. Alhamdulillah, kami berbuka bersama-sama. Selepas berbuka, kami solat Maghrib bersama-sama dan diimamkan oleh abang Norman sendiri.

“Memey rasa bersyukur dan gembira kerana selepas empat tahun kami tidak berapa baik, doa orang ramai telah pun dimakbulkan. Jadi, Memey berharap agar orang ramai terus mendoakan kebahagian Memey, abang Norman, kak Abby dan anak-anak,” luah Memey gembira.

Bukan itu sahaja, gambar Memey dan Abby yang memakai telekung yang sama juga turut dirakam membuktikan mereka sudah boleh berjumpa.

“Sebenarnya, gambar itu ditangkap selepas selesai solat Maghrib. Memey pakai telekung Memey sendiri. Tapi, kak Abby berikan telekung yang sama dengan kak Abby kepada Memey. Jadi, Memey tukar pakai telekung tu. Tu yang kami tangkap gambar,” katanya.



p/s: aku idok lee minat dua orang ni, tapi just sharing..kuasa Allah mengatasi segalanya ;)

July 30, 2012

mati bunuh diri..or dibunuh?

pagi tadi baca paper kosmo, kisah seorang wanita,isteri..ibu..mati tergantung dibiliknya.. :( ade gambar arwah & anak lelakinya tersenyum..sedih sangat..



SUNGAI BULOH – Seorang wanita yang mengurungkan diri kerana merajuk selepas bertengkar dengan suaminya ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas siling di dalam sebuah bilik di rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai di sini kelmarin.
Mayat Eksekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar, 31, ditemui oleh suaminya di dalam bilik tersebut ketika beliau memanggilnya untuk bersiap-siap menjelang waktu berbuka puasa pada pukul 7 petang.
Difahamkan, suami mangsa, Norazman Bashah, 30-an, hanya memberitahu mengenai kematian isterinya kepada abang mangsa pada pukul 9.30 malam.
Ketika kejadian, anak lelaki pasangan tersebut yang berusia dua tahun turut berada di dalam rumah.
Jurucakap polis memberitahu, polis dan pasukan bantuan perubatan bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat pada pukul 10.30 malam.
Bagaimanapun, katanya, wanita itu telah disahkan meninggal dunia ketika ditemui.
“Pada mulanya kejadian tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Bagaimanapun, selepas bedah siasat, doktor mengesahkan terdapat beberapa kesan lebam pada tubuh dan kesan jerut pada leher wanita tersebut,” katanya ketika ditemui semalam.

tapi bila baca the star, lain pulak ceritanya..

Woman who killed herself may be a murder victim..
PETALING JAYA: An apparent suicide of a woman took a twist when the post-mortem revealed that she may have been murdered.
The 31-year-old television station employee, Sharizat Jafar, was found by her husband hanging from the bedroom fan at their apartment in Damansara Damai at about 9pm on Saturday.
Her body was sent to the Sungai Buloh Hospital.
However, the post-mortem revealed discrepancies on the wounds found on her neck and police forensic teams revisited the apartment yesterday.
Petaling Jaya OCPD Asst Comm Arjunaidi Mohamed, who was at the scene, said the case was still being classified as sudden death.
“We have not found any solid evidence to prove any criminal element but we are checking,” he said.
ACP Arjunaidi added that police are currently recording statements from Sharizat’s husband and neighbours.
Sharizat’s father Jafar Bakri, 60, who was at the morgue said he last saw her a month ago but did not notice anything amiss.



Wallahualam..ape-ape pun terjadi, hanya Allah yang maha mengetahui..Al-Fatihah untuk arwah..

July 26, 2012

rezeki raya

dikala orang gomen seronok sebab ade bonus raya, kami orang swasta ni tengokk telan ayaq lioq ja laa..huhu..sobssss..

akan tatapi.........


hati telah diubati dengan satu berita gembira..well even sikit tapi constant for every month ;)

sebenarnye aku baru balik dari 'Management Staff Wage Policy Announcement'..patutla ramai user yang meroyan bila secretary hantar email announcement pasal ni, few users tak dapat..salah sape? server dkt singapore? it dept? infra team? and lastly aku yang kene check..hoh..



rupanya..announcement ni sangat penting! ia berkaitan NAIK GAJI..
aku pun layak untuk dinaikkan gaji even baru keje 4 bulan? hoyehhh hoyeh..hahaha..tapi effective next month gajilah..esok punye gaji masih yang lame T_______T

orang yang da keje more than 6 month or bertahun tahun pulak ade kenaikan percentage incentive..aku? lagi 2 bulan baru qualified untuk monthly incentive..Alhamdulillah..semoga jodoh dicompany ini lame..haha dan dan je..




psssttt aku tengah survey pasal business, which aku sangat excited..semoga ada jalan untuk run business ni, sile doakan saye..insyaAllah..

Bayi didera hingga pecah usus :(

Nauzubillah..apelah jahat sangat manusia sekarang ni..




KUANTAN: “Saya tidak akan memaafkannya dan tidak sesekali menerimanya semula,” kata Norhidayah Ahmad, 22, ibu kepada bayi berusia lapan bulan yang disahkan doktor pecah usus dipercayai akibat didera teman lelaki ibu kandungnya itu.

Norhidayah yang juga ibu tunggal berkata, dia tidak menyangka teman lelakinya berusia 19 tahun itu sanggup mendera Mohamad Adam Mikhail Abdullah kerana kekasihnya itu sangat menyayangi anaknya.

“Selepas apa yang berlaku, dia tidak boleh terlepas daripada perbuatannya. Saya mahu dia rasa azab yang Adam rasa,” katanya yang ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, semalam.

Norhidayah berkata, dia hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena terhadap Adam apabila anaknya itu kelihatan tidak bermaya dan muntah-muntah ketika dia pulang dari tempat kerja, awal pagi kelmarin.

Sebelum itu, Norhidayah meninggalkan Adam kepada suspek ketika keluar bekerja di tapak ekspo di hadapan Terminal Makmur, di sini, jam 8 malam Isnin lalu dan pulang semula ke bilik sewa pada jam 3 pagi kelmarin.

July 25, 2012

rintihan seorang ibu,pesakit..

tadi baca entry mama zharfan berkenaan derma untuk insan yang bernama Alia Haryani..anak buah aku yg 1st, pun nama Alia Haryani..mama zharfan tulis tajuk -menitis jugak air mata ini..yes,aku pun sama..bila bukak je blog kak alia haryani tu..seriouss sangat sedih dengan dugaan hidup dia..tapi dia bertuah, sebab Allah kurniakan anak yang sangat bijak & baik -aiman..yang setia disisi mamanya..even dikala susah & senang..


boleh pegi blog dia kat SINI . dia ibu tunggal, yang tiada pendapatan..ada anak kecil..sekarang dia kena admit di hospital..

kalau nak bg sumbangan details spt dibawah..insyaAllah dengan sumbangan ikhlas kita di bulan Ramadan kali ini membawa seribu erti untuk dia & anak-anaknya..insyaAllah..

Haryani bt Mat Hussin -Maybank - 1640-3426-6923

 kenapa hosp tak bagi sudu utk makan? kesian aiman.. :(





**Ya Allah, kau tabahkanlah hatinya..kurangkan penderitaannya, sembuhkanlah penyakitnya..semoga dia terus dapat bersama anak-anaknya..Aamin Ya Rabbalalamin..

July 24, 2012

ladies,jangan takut dengan peragut!

dear ladies,
do bear in mind, balik karang carik tali & ikat dalam kereta ok??
;) sharing is caring


keluh kesah kehidupan

Selamat Pagiiiiiiii ;)


Kembali bersiaran dari office..cuti seminggu, blog pon cuti..haha..ai bizi uols..menjadi suri rumah sepenuh masa, menjadi mama yang penyayang kepada anakku, Emir..wah sangat seronot menjadi fully housewife..bole layan anak 24 jam..tido berjam-jam..tengok karenah dia hari-hari..yang paling seronot tentulahh Emir, takde orang kaco tido pagi-pagi..bangun tido jee mama ade sebelah..celik mata makanan mama dah siapkan..layan karenah yang semakin menjadi-jadi..manje ade,garang ade..keje nak menjerit jee sekarang ni...turun sapelahh tu T_________T

Banyak kisah terjadi sepanjang cuti..permulaan puasa..aktiviti aku dengan Emir..aku bawak pegi kidzsports & gym dekat empire..nanti aku hapdate entry tu ye..gamba dekat rumah :) ditambah lagi dengan kebizian dan kemalasan..maka blog pun terabai..ade mood konon nak tukar layout segala..sekejapan je mood tu datang,pastu dah lari pegi meniaga dekat bazar...sudahhhh tak siap blog ku..tah hape hape jadi..lantak la..nanti mood tu datang balik aku tukar la..muahaha..arini aku merempit dengan en.hubby..ya ampun..lama tak naik motor, kejung aku rase..da la en.hubby tak reti reti nak slow..kete banyak..jem nak mams..sebelum puasa kalau pukul 7 aku masih rilek-rilek..dekat NSTP simpang traffic light giant tu takde pun jam..tapi hari ni, jem gile babeng..macam pukul 8 pagi (kalau pukul 8, bukan bulan pose memang stuck gils)..nasib baik aku buat keputusan bijak nak merempit je sepanjang bulan puasa..tak kuase nak stress pagi pagi sebab jem..

Ohh lagi, nak kongsi resepi ai masak dibulan pose..resepi masak semalam..yang simple, tapi sedap..febret en.hubby..tapiiiii tak bawak cable nak transfer gambo lah pulok..esok yeh? rindu nak pegi terawikh..tapi bile ade anak tecit kan..mak perlu mengalah..semalam keluar kejap pegi speedmart beli pampers emir, lalu depan surau, meriahnyeee..ramai orang..dengan budak-budak yang main kat tepi jalan..serious macam 'hidup' suasana zaman kecik dulu.. *rindu kampung*..tunggu emir besaq sikit bole pegi..sekarang ni kalau bawak harus melalak..time aku tengah semyang dekat rumah pon dia dah hek hek hek merengek kalau aku tak layan drama dia atas sejadah..memang tak khusyuk semayang kalau dia ade..tu belum cerita masuk dalam telekung..haha..ape ape lah anak..janji bahagia..

Maaf ye entry ni tulisan semate mate..tanpe gamba..serious cam tak best kalau tak selit gamba..tapi mane ado gamba nak letak..semua dlm laptop & hp..dah tu kat opis ni,selagi boleh block, macam-macam derang nak block..haihh..sabau jeee..dan dan je rindu dengan laptop acerku yang slim melim harte TG tuh..opis skrg bagi PC segedabak..tapi dah tukar cpu skrg..da tak pakai cpu jaman tok gajah dulu..da pakai yang kecik skit..namenye 'Thin Client'...aku tengah in-charge project tu sekarang..tapi not fully implement yet..tah ape result nanti tak tau lah..tunggu..

Ok, itu saje laporan selepas cuti..lepas ni aku masukkan entry bergambar..tengok la esok ke ;) insyaAllah kalau tak lupeee



babai **terbayang-bayang emir menangis kena tinggal pagi tadi..sobsssss **