Vanidah & Rashidi dinasihat rujuk jabatan agama

KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon Rashidi Ishak dan Vanidah Imran digesa segera merujuk kepada Jabatan Agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan Rashidi terhadap Vanidah dalam filem Untuk Tiga Hari.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, lafaz cerai yang diungkapkan oleh Rashidi sewaktu melakonkan watak Zafrin dalam filem itu menyebabkan perkahwinan sejak 1 Oktober 2000 antara beliau dan Vanidah tidak sah di sisi agama.

"Ia umpama menjadikan sesebuah perkahwinan itu sebuah permainan seperti kahwin muta'ah. Justeru saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera.

"Umat Islam tidak harus mempermainkan hukum hakam agama meskipun dalam soal lakonan. Jangan menggambarkan seolah-olah pernikahan itu satu permainan," katanya.

Beliau mengulas dialog yang diungkapkan Rashidi kepada Vanidah dalam satu babak pada filem arahan Afdlin Shauki itu yang menyebut:
Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga kita minta cerai.

Jelas Harussani, Islam tidak mengajar penganutnya untuk mempermainkan kesucian sesebuah perkahwinan sebaliknya berusaha memastikan perkahwinan itu berkekalan dan bahagia sepanjang kehidupan mereka.

PETALING JAYA: Pelakon Vanidah Imran menjelaskan tidak berlaku penceraian diantara dia dan suami, Rashidi Ishak berikutan dialog yang diungkapkan menerusi filem Untuk Tiga Hari.

Vanidah yang dihubungi mStar Online di sini Isnin berkata, dia dan suaminya telah meneliti skrip filem arahan Afdlin Shauki itu sebelum menerima tawaran membintangi karya berkenaan.

"Saya tidak faham bahagian mana dalam filem itu yang megatakan Rashidi ada melafazkan cerai terhadap saya?

"Sebagai pelakon kami sangat berhati-hati dengan perkara sebegini dan tidak akan menerima sebarang watak yang menggambarkan sifat negatif suami isteri," katanya.

Vanidah mengulas nasihat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria seperti dilaporkan sebuah akhbar pada Isnin yang menggesa dia dan Rashidi memaklumkan kepada Jabatan Agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan dalam filem tersebut.

Dalam pada itu, Vanidah menegaskan dia tidak akan ke pejabat agama seperti mana dinasihatkan oleh Harussani kerana yakin tidak berlaku penceraian seperti yang didakwa.

Vanidah memberitahu, sebagai seorang Islam dia sedar mengenai soal agama serta hukum dan tidak akan cepat melatah dengan isu yang digembar-gemburkan.

"Saya tidak nampak sebarang sebab mengapa saya dan Rashidi perlu ke pejabat agama untuk merujuk status kami sebagai suami isteri kerana lafaz cerai tidak pernah berlaku," tegasnya.

Bagaimanapun Vanidah berkata, dia menerima nasihat daripada Harussani sebagai seorang ahli agama namun menganggap ulasan itu hanya dibuat berdasarkan kepada pandangan pihak ketiga tanpa menonton filem berkenaan.

"Saya berpendapat beliau tidak menonton filem itu tetapi hanya mendengar ulasan daripada pihak lain.

"Jika benar telahan saya itu, adalah tidak wajar pihak ketiga mahu mengheret seorang mufti memberi ulasan tanpa beliau melihat sendiri adegan yang saya dan suami lakonkan," katanya.

Vanidah berkata, sepanjang 12 tahun perkahwinan, mereka sentiasa memastikan keharmonian rumah tangga dan menjaga aib masing-masing.

"Bergelar pasangan selebriti menyebabkan ramai mata yang sentiasa memandang kami tetapi Alhamdulilah setakat ini kami bebas dari sebarang cerita-cerita yang tidak elok," katanya.

source: mstaronline 

kesan daripada filem..hukum hakam agama jangan dibuat main..tapi sekurang-kurangnya Vee & Shidi beruntung, ada orang tegur, so at least diorang boleh rujuk kepada yang lebih arif, kalau takde yang tegur & perkara tu adalah salah disisi agama, apa akan terjadi kan?

aku tak pandai sangat soal agama, masih belajar and akan terus belajar..semoga jadi pengajaran kepada semua orang kisah diatas :)

Share this:

CONVERSATION

0 commentors :):

Post a Comment

September 24, 2012

No comments:

Post a Comment