baby 5 bulan sedar dari koma
ALOR SETAR – Tiada apa yang lebih menggembirakan hati seorang ibu
apabila mendapati bayinya yang sebelum ini koma selepas mengalami
pendarahan dalam otak dipercayai akibat hentakan kuat ketika dalam
jagaan pengasuhnya kembali sedar dan memberi reaksi positif.
Bayi berusia lima bulan, Muhammad Taufiq Daniall Amriizwan yang
sebelum ini koma lebih sebulan lalu mula sedar pada 23 Julai lepas
selepas menjalani rawatan intensif di unit rawatan rapi (ICU) Hospital
Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
Ibunya, Rosmira Ramli (gambar kecil), 28, memberitahu, dia bersyukur
kerana doanya agar Daniall (panggilan manja Muhammad Taufiq Daniall)
sedar dan sembuh seperti bayi sihat lain dimakbulkan Tuhan.
Katanya, khabar itu seakan memberi kegembiraan berganda kepadanya
kerana anaknya sedar ketika umat Islam sedang bersiap-siap untuk
meraikan Aidilfitri yang bakal menjelang.
“Saya terkejut dan air mata saya terus mengalir apabila melihat anak
tunggal saya sedar daripada koma dan mulai sembuh sedangkan pada awalnya
harapannya untuk sedar adalah tipis,” cerita pekerja pasar raya itu
ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
source: kosmo online
alhamdulillah..gerammm tembam2 baby ni ;)
0 commentors :):
Post a Comment