Skinny Jeans: Ready Stock

Escapade 2013 : Gold Coast Morib Resort

email yang pelik lagi memalukan!

best friend forever, or bff

announcement: skinny jeans

kerana kak di!

new email

colored skinny jeans murah!

change air asia flights date

samsung tv -vertical line

esok boleh book ticket belon free, yeeehaa!

Air Asia FREE tickets!

tweet, kelantanese dan gossip

what arab's do?

January 29, 2013

Skinny Jeans: Ready Stock

 UPDATE 11/5/2013: ANNOUNCEMENT: AKU DAH TAK JUAL LAGI SKINNY JEANS. ATAS SEBAB-SEBAB KESIHATAN. TERIMA KASIH.



million thanks kpd customer yang dh beli skinny jeans 1st batch yang aritu..thank you, terima kasih..rasa-rasanya parcel dh dapat kan? aku dh sms tracking no last friday :)

kepada yang last minutes cancel order, or aku inform size takde dalam stock.. aku dah refund. ada yang sms mintak refund asap, pun dah refund sebelum aku pegi holiday aritu..no worries, aku takkan amik duit orang :)
just ade sorang lagi aku belum refund, dah sms inform dia..arini sy buat transaction ok?

since banyak sms & email yang masuk tanya ade stock lagi ke tak,meh aku clarify kan yer..actually aku tak simpan ready stock dalam tangan..semua base on customer order..tapi once jumpa supplier aku akan amik extra jugak lah untuk customer yang tiba-tiba tanya ade ke tak lagi kan, tp tak banyak dalam 5-6 helai je, limited size and color, lain-lain still kena pre-order..sebab tu aku nak deposit, ini menunjukkan komitment korang & aku..kalau takde deposit, bila-bila je bole hilang kan?
 
memandangkan ramai yang berminat, aku akan open lagi slot untuk skinny jeans order for 2nd batch..insyaAllah latest by malam ni aku update ok?
as per informed by supplier, stock maybe sampai this saturday, so insyaAllah saturday petang aku pegi amik..tapi, aku inform awal-awal, in case size or color yang korang nak takde, aku mintak maaf banyak-banyak, maybe aku akan sms untuk change color lain, or refund. tu je option yang aku akan bagi. dan color jugak, taklah sama dengan yang dalam gambar, quality gambar ikut pada quality camera & faktor pencahayaan jugak..harap semua paham ye :)

and ada yang bertanya ttg quality skinny jeans yang aku jual, so far bagi aku quality yang elok, aku pun pakai, so far so good..janganlah expect dia sehebat brand yang dari designer butik, ianya ialah made in china, so don't expect the unexpected, kalau korang tak kisah about the brand, bole order..takat nak buat collection candy color pants yang tengah hot ni, takde hal la kan?

so ni ade few ready stock yang still available, sape-sape berminat, bole email aku yeh?

*sorry color lain sikit sbb flash camera*

pink -size XL (1 pc)

 gold - size M & XL available

 dark mustard - XL

light blue - XL


sesiapa berminat bole roger yer, pay and post..
:) thankiu!



Escapade 2013 : Gold Coast Morib Resort

salam :) kembali selepas long weekend!

just nak story our short vacation ke gold coast morib..aku purchase dari street deal, last month..
meh aku bagi review sikit pasal gold coast morib..aku bagi 3/5 lahh untuk resort ni so far..

location -- morib dekat je kalau ikut klang..aku pegi ikut sepang,masuk bagan lalang..hehe confius dengan gold coast sepang, and kitorang sesat sampai kesana..haha, tak pasal-pasal kena marah dgn en.hubby, dah la hp battery flat, xbole guna gps dh..last option, call mysil yang dh pegi last week, dia cakap kt morib..deyyy dah terang-terang orang cakap morib,lagi nak baca sepang..haha..oklah oklahhh jom kita follow signboard sajorrr T___T

 
parking lot, the apartment..tuan tanah pakai baju kurung sebab pegi attend wedding kawan en.hubby dulu..
 
the entrance view from my room

accomodation - so far so good, aku suka bilik dia..simple yet modern! dengan four foster bed, ade jacuzzi, emir loves it! and rasanya GCR niade share dengan panasonic kot, dari tv,kipas sampailah ke econ semuanya panasonic brand :P asal takde special price untuk staff panasonic? verangan sangat luuuu!



environment -- ok la, ade beach, waterpark, garden sikit, decoration pun cantik so far :) tapi malam takde activity sangat, kalau bagan lalang bole makan ikan bakar kan?

food -- tak sedap, seriously..dinner, main course very the kemelayuan, ade nasi putih, lamb stew, sayur campur, sambal, ikan kering & ulam..thought ade laa western sikit, nan adooo..pastu side dish ade la mee, bihun jawa kot? tak rasa pun..then nasi ayam hainan, buah..tak variety sangat, and dari tekak aku & my friend cakap tak sedap :(


bile dinner tak makan secara bersungguh-sungguh, malam tu aku laki bini menggelupur sbb lapar..pukul 11 malam turun bawah nak cari meggi cup, tapi kedai tutup..terus naik bilik dgn penuh hampaaa..bancuh kopi cicah oreo..

breakfast pun sama, nasi lemak versi sambal sotong macam tiub tayar motor tu..liat gile, and sambal yang macam dah lama punya..cili hapak kot? kitorang just makan sikit, then aku makan roti letak
peanut butter & strawberry jam, emir lagilah..lansung tak makan.. :(

waterpark -- so far so good, tak lah macam sunway or what, tapi at least ade la variety jugak permainan dia..tapi aku & en.hubby tak main pun..sibuk melayan budak kenit tu, bajet macam expert, nak berenang, siap terjun dari atas ke dalam pool, hebat sangat lahhh..haha..mama dia yg panic takut anak tenggelam, or terkena besi tu..tp dia rileks jeee..anak jantannnnnss..hehehe

ok tu review aku, 3/5..kalau ade nak pegi lagi dengan normal rate RM600+ mungkin tak kot..kalau orang yang ade anak dah besar,pandai main slides ok la, bole had fun dekat sana, cheaper kalau nak compare nak check in dekat sunway kan :)

so jom layan pics pulak :)

swimming time, here we go!


tak cukup dekat pool, balik sambung dalam jacuzzi pulakkk
 
 
 
      
 
finally, he fall asleep at 9pm sharp!

the beaches, ni one of the exclusive restaurant yang ada..aku tengok most of chinese je yang masuk..mahal kot?



 the noty boy..spotlight pun nak sentuh






sekian dari tuan tanah :)

peace no war!


January 23, 2013

email yang pelik lagi memalukan!

tadi aku away kejap, masuk server room, screen dekstop normally kalau nak kemana-mana aku akan lock, so takkan ade orang bole suka-suka ceroboh desktop aku la kennn..tapi tadi tidak..aku lupeee menonong jee masuk server room, dalam 15 minit aku keluar (aku tak set auto lock/screen saver), screen aku masih show email, tapi ade email baru..korang nak tau ape????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


.
.
vongok gila sender ni..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 .
 .
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
kot ye ponn nak cari customer, agak2 laaa der..email office kot..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


.
.
.

hoiiiiiiiiiiii..agak-agak laaa..
kalau bos aku nmpk acanerrrrr? malu ai ok.....!

kang tak pasal-pasal dia cop aku gersang, mintak simpang oihhh..dah la aku sorang je gegirl dlm team..
cisss
 


 

January 22, 2013

best friend forever, or bff



aku percaya semua orang akan ade bff kan, tak ramai, sorang pun mesty ade..bff yang mane bole jadi kawan dikala susah dan senang..same goes to me..dari kecik sampai besar, dari zaman tadika, sekolah rendah, menengah, matriks, u and keje..

aku rindu semua bff aku actually..tapi takde mase yang 'in' utk kitorang hang out same2..
 selalu masa jadi alasan kannn? memang betul pun, macam aku mon-fri, keje pukul 7-7malam..weekend sabtu en.hubby keje, so time ni lah aku akan spend time dgn emir, kemas rumah etc..ahad, of course kitorang akan spend time bertiga, keluar shopping or just jalan-jalan..

dah tu cer habaq cemana nak keluar lepak dgn bff? like kawan-kawan aku mostly dah kawen & they have their own family too, yang bujang-bujang pun still ade, of courselah dating kennn..tak pon outstation, tak pon OT..semua busy, cemane dah nak together-together?

perasaan rindu dgn bff dah lame muncul, cewaahh..last week aku mimpi, one of my bff mase sekolah, dah kawen..tapi tak invite..sedihhhh oihh..mase wedding aku dia siap jadi pengapit..cemane bole tak invite aku? sobbs sobbs, dalam mimpi tu, dia bagi alasan sebab aku tak balik time dia bertunang, so kawen tak payah datang..boleyhhh? haha..insyaAllah dia akan kawen this coming april ;) aku akan pastikan aku balik..

lepas tu last week, aku mimpi, semua my bff mase matriks, ohhh semua okkk, ade 9 orang kot..last time aku kat matrik arau..satu bilik diorang allocate empat orang, tapi bilik super besarrrrr..katil double decker bole conquer sorang jeee..tapi aku dapat blik atas sekali, mix chinese and malay girl..aku bertahan duduk bilik tu utk 2-3 months je, lepas dapat gang, aku berhijrah kebilik orang..dok ground floor, siap susun-susun tilam lagi..ape ade hallll kan..janji aku ade kawan sekepala..dalam mimpi tu aku jumpa kawan-kawan yang segerombolannn tu pakai baju yang sama,macam dalam gambar kitorang dulu..ohh rindu ;(
now aku dah lost contact dgn semua, except yat, sometimes still get in touch jgk, the rest dah membawa diri bersama kenangan past 6 years!

my bff mase u adelah, my x-housemate, my x-classmate, now still in touch, tapi jarang-jarang..

and, my bff time keje pulak, of course nanis, she's my best friend ever..
still contact, and dia adelah penyimpan mohor besar rahsie-rahsie aku ;)

and now, here..i don't have any bff, or even chat mates..macam loser pun ade..
duduk diam-diam di cubicle sendiri, buat keje, gelak/senyum bila blogwalking..

haihhh..kehidupan..up side down!

dah tu je aku nak merepek..kalau tak paham motiff sila abaikan, tapi take notes on below announcement yer!



skinny jeans order still open until tomorrow 9pm only.
interested? pls sms to 0197357441 to place order :)
thanks!

January 21, 2013

announcement: skinny jeans

just short update je, sebab i is tak sihat ;)

as per informed dari my supplier, skinny jeans now tak boleh dikeluarkan lagi..wed nanti baru aku boleh pegi amik...so those yg dh buat payment,mintak maaf tak dpt pos arini..aku dah inform thru sms, sorry sgt2 sbb delay..

yang belum buat payment, pls proceed yer..50% deposit..insyAllah by Friday aku dah boleh pos (khamis public holiday kan)

yang mane still berminat nak order,boleh email/sms 019-7357441, thanks.

January 19, 2013

kerana kak di!

update skinny jeans

open for order until malam ni shj yer..anyone yang nak order, pls sms ke no 019-7357441
or email pun boleh: hayati.rameli@yahoo.com



those yang order, tapi belum buat 50% payment, pls do so and notify me via sms once dah transfer yer..
thanks kpd yang order & dah buat payment, wait for me bagi instruction utk advise balance payment.

thank you thank you :)

---------------------------------------------------------------------------------------------------

ok sekarang kita balik kepada tajuk, kenapa aku salahkan kak di?

sebab entry dia yang ni ---> here

semalam,satu hari aku merana sebab kempunan, teringin punya pasal..teringin yang macam frust gile kalau tak leh makan..dah macam orang mengidam gamaknye..tapi, sorry aku bukan mengandung yer..


siap suggest suruh mintak double cheese ko..haha..kalau badan aku selim stock cam kak di takpe lahh hoi..

so balik keje semalam, en.hubby dah sampai rumah..tengok tengah berbungkus..aiseh..rasa dahi, panas..leher,panas..sah demam..dah 2,3 ari dia dok ngadu sakit mulut, sbb ulser, so maybe demam ulser lah..orang laki ni manelahh nak ngaku kalau tak sihat, laki aku lah kot jenis camtu..demam ponn xpe, jangan layan, sakit jgn makan ubat, sakit urat jgn berurut..jangan manjekan diri sangat....sebab? aku tau, dia malas nak makan ubat..cerrrr aku or emir demam..laju-laju bawak pegi clinic, pastu paksa makan ubat..

since dia cakap ok, terus aku ajak pegi amik emir, on the way tu dalam hati dah plan lepas amik emir nak singgah mamak tapau cheese nan..sekali en.hubby request, nak makan nasi dgn sup ayam..demam katenyeee..maka redhooo lah si isteri, lagi pun lama oihh tak masak sup ayam..lepas amik emir, singgah beli bahan-bahan nak buat sup, balik sup sap sup sappp buat keje, settled, bole makan dengan bahagiaa..

aku makan sekali jeee nasi sbb dlm hati macam tak puas hati, nak jugak cheese nan dgn tandoori tu..
dalam kepala dok terbayang-bayang kesedapan dia..terus mintak tolong adik aku pegi beli, tapi since maharaja lawak dah nak start semua malas...fineeeeeee..en.hubby bagi cadangan suruh aku jee pegi beli..

fineeeeee..i boleh ok..terus amik kunci kete, laju-laju pegi mamak..

dan taraaaaaaaa..cheese nan in the houz! 

aku makan dengan emir je..en.hubby tak nak sbb sakit mulut, so nak habiskan tu hazabb jugak la..

dah la nasi sepinggan, cheesenan segedabak makan sorang..emir bape cubit jee..

selamat menjadi penguin T_____________T



January 17, 2013

new email

dear kawan-kawan yang disayangi, yang mana dah email aku bertanya tentang skinny jeans, aku mintak tolong forwardkan ke account yahoo aku yang satu lagi sbb mammatots account now temporary locked out for 12 hours sebab dia tak recognized aku login dari pc office, hangin betul..ampun sekali lagi, please forward ke hayati.rameli@yahoo.com

those yg sms,tanye ttg more details thanks byk2..nanti aku update korang okeh?
agak bizi skit arini :)


January 16, 2013

colored skinny jeans murah!

UPDATE 11/5/2013: ANNOUNCEMENT: AKU DAH TAK JUAL LAGI SKINNY JEANS. ATAS SEBAB-SEBAB KESIHATAN YG TIDAK MENGIZINKAN. TERIMA KASIH.


sekarang ni kan tengah hot trend color block kan, dari tudung, baju, kasut, now turn seluar pulak..
oihh suke gile aku tengok candy pants ni, rasa macam nak makan ponn ade, color comel-comel sangat..
yes,
aku admit sekarang ni aku addicted dengan seluar stock colorful-colorful ni :)


korang tak rasa happy keeeee kalau pakai something yang ceria, colorful,aku happy oihhh.. even dalam mood yang tak best pon bole tukar jadi best tau! ok hover laaaa..

walaupun peha aku comey besar skit, ade aku kisah? tetappp ku sarung skinny jeans, tapi amik size besar laa..so tadek hallll kan? ni contoh salah satu colorful skinny jeans yang aku pakai, color block lahh katekan..
baju pepel, suar orange carrot susu, kasut pulak dark orange..wahh blocking sangat kan! hehe
masa ni aku kat clinic, demam ponnn still bole colorful ;)



ni yang aku baru je rembat minggu lepas, color kuning and turquoise, hensem sangat kannn?

ramai kawan-kawan aku dok tanye, kat mane beli semua, so now aku nak share, if sesiapa berminat nak order skinny jeans, bole inform aku..insyaAllah,aku bole tolong dapatkan dengan harga yang murah..

antara color yang available



aku dah survey-survey, mostly online shop jual skinny jeans ni range harga RM50 keatas, excluded postage pulak tu, so now aku nak open order, if sesape berminat nak order bole inform aku..

RM48 include postage

ini adelah pre-order yer, so insyaAllah kalau quota aku penuh by this week,aku submit order..
by next Monday dah boleh post..tapi, aku perlukan 50% deposit yer, once stock sampai, aku akan advise full payment lepas tu aku akan post..

kalau nak order, boleh email aku: mammatots@yahoo.com or sms pon bole

thanks :)


update, sorry terlupa nak letak size:

Size : S (26/27)
Size : M (28)
Size : L (29/30)
Size : XL (31/32)

just my advise, amik size besar sikit dari normal jeans kita pakai,so taklah ketat sangat kan..
nama ponn skinny jeans, tapi no worries, kain dia agak strecthable..
quality kain pon bagus tau! :)

change air asia flights date

arini aku nk buat tutorial cemana nak tukar flight travel date, tutorial ni untuk ingatan aku masa depan,or kpd sape2 yang same spesies tak reti cam aku neh..
actually sepatutnya bulan depan aku balik kelate, kenduri anak buah asben..akan tetapi, disebabkan ade masalah yang tak dapat dielakkan,so kenduri telah dipostpone..
grrrr susah-susah aku book, sekali posponed daaaaa..so niat dalam hati, nak laaaaa tukar flight date kan,bawak ke bulan onam..kenduri time cuti sekolah *spt yg diplanning skrg ni lah*

kemain aku buat status kat fb, nasib ade yang tolong mereply, lepas godek-godek, ohh dekat sini rupanya..mohh aku guide satu-satu :)

first sekali,kena login AA websites, kendian click manage my booking, pastu, akan ade satu link yang mane korang kena click untuk change/upgrade flights

pastu korang akan nampak screen cam bawah ni, make sure booking no tu betul yeeee..
 nampak aku circle yang kotak tick tu? korang kena tick kotak tu,then baru keluar calendar utk select new date..
 


haa,nampak calendar? ok sila pilih date sekarang...pastu tekan next,





opsss,memandangkan tarikh return yang aku pilih 9hb June,hari tu adelah emir's 2nd birthday, so tak bole proceed, kena call customer service derang..ehh takde pasal aku nak tambah charge adults, so sms en.hubby, tukar tarikh return ke 8hb, ok selamattttt..



 lepas pilih tarikh,then tekan next, page akan redirect ke sini, page yg sama macam kita nak book flights jugak, so sila pilih yang paling murah, yes i'm cheapskate :P




kusangka kan panas hingga ke petang,rupanyaaaa..

nampak amount yang aku circle tu? tak berbaloi okehh..

total ticket aku beli utk 3 orang, return kl-kb masa promo dalam 300+, kalau nak tukar tiket utk bulan June kena add lagi 100+, ok finelah..tak kisah kalau kena tambah 100 camtu, sekali ni haaaa..total amount 700+, tolak yang aku dah bayar dulu 300+, kira lagi 400 aku kena tambah? homaigod!

nehi nehi, better aku beli baru, ticket baru RM400+ untuk tiga beranak..lagi untung, bole balik kb dua kali lagi..

hehe, so kepade sape-sape yang berniat nak change flight, pls proceed, kotlahh kan dapat ticket murah, plus charges tak mahal mane bole la proceed..aku ni dok pikio-pikio lagi sama ade nak balik je bulan depan or tukar jugak flight ni ke ujung tahun, agak2 murah tak? hehehe..japgi nak terjah AA, kan tengah promo skrg, harap-harap adeee..kalau tak mak sentapppppppppppppp!



January 10, 2013

samsung tv -vertical line

2,3 minggu lepas aku ade beli tv, flat screen..masa beli so far condition semua ok, yelah tv baru kan..kalau tak ok mane aku nak beli..hehe...so far bawak balik, pasang..ok je..takde ape masalah pun..sampailah minggu lepas..masa tu ade contractor kabinet datang rumah nak ukur kabinet..aku je layan orang tu, en.hubby rilek-rilek layan movie..tengah pung pang pung pang dgn contractor tu, sekali en.hubby panggil, dia tunjuk line dekat tv.. macam satu straight line, yang mana led light dia dah mati, memang kalau tengok cite yang mana gelap-gelap takkan nampak, else kalau time tu cerita yang cerah-cerah, siang hari ataupun pelakon tu pakai baju light, memang obvious la line tu..

tak pernah aku perasan pun sebelum ni, even emir pun takde lah selama ni nak ketuk-ketuk tv tu ke ape kan..tapi, en.hubby suspect mesti emir yg buat..tapi bila aku check dekat-dekat takde kesan stretch or ape-ape yang mencurigakan on screen..tengok muka en.hubby dh macam frustlahh..nak marah anak tak sampai hati, so bini jadi mangsa..hehe..takdelah, terkilan kot, menda baru lagi, suddenly ade mcm tu..bukan nak pakai sari dua kan..at least biarlah tahan lama sikit..

masa beli salesman tu cakap, if stretch, screen retak or ape yang disebabkan kesalahan customer, samsung tak cover, so malam tu hati sangatlah gundah gelana..tapi redoooo..nak buat camne, kalau emir buat pun, ape yang dia paham kan? walaupun duit mama terbang $$$$, sabarlah hati..so bermula aritu, kitorang ignore jelah problem tu, buat-buat tak nampak, padahalllllllllll....

until lah 2,3 hari lepas, aku perasan yang line tu semakin besar, dah merebak pulak dah..pastu discuss dengan en.hubby, nak try report to samsung, sebab still under warranty period, tak salah pun nak cuba kan..lagipun bukan salah kitorang, takde angin ribut semua tiba-tiba muncul, apehal kan?


nilah line nyee..sakit jiwa tengok :(

meh aku close up, macam led dah mati, hitam je dekat situ..



so, lepas call samsung, kena tunggu dalam 3 hari bekerja, technician diorang call untuk set appoinment nak datang check, semalam tech samsung dah call, request nak datang rumah tapi takde orang..so dia suruh email gambar dengan serial number dulu, dia akan analyze problem kalau tak pasti dia akan datang on this weekend..

just share info yang aku dapat, actually those line is called as "vertical line" common problem yang terjadi utk led, lcd or plasma tv..ada sape-sape pernah terkena macam ni tak?

January 08, 2013

esok boleh book ticket belon free, yeeehaa!

entry bersambung dari yang lepas --> read here


dah ade plan nak pegi holiday sabah/sarawak, or tempat-tempat menarik di semenanjung?

jommmmmmm book air asia free ticket esokkkk!

yes, esok dah bole book yer kawan-kawan :) tapi tiket adelah limited 10,000 sahaje, travel date pulak 14 Jan sampai 4 Februari je..so plan your holiday now..aku tengah dok hadap calendar, kalau rate ok & date pun ok, terus laju-laju book ;P

kenapalahh tak drag sampai bulan 3 air asia ooiihh? baru nak g cuti-cuti cinta sempena birthday..hehe

kalau nak tau details, bacelah berita yang aku copy paste dari mStar online

SEPANG: Sebanyak 10,000 tiket AirAsia pergi dan balik secara percuma antara Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak boleh ditempah bermula Rabu ini bagi penerbangan antara 14 Januari dan 4 Februari.

Bagaimanapun, cukai lapangan terbang akan dikenakan, walaupun tambang dan surcaj bahan api dimansuhkan.

Kadar bagasi, hidangan dalam pesawat, pilihan tempat duduk dan perkhidmatan tambah nilai yang lain turut tidak termasuk dalam tempat duduk percuma.

Tempat duduk percuma hanya sah bagi penerbangan yang berlepas dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, AirAsia berkata, tawaran itu merupakan sebahagian daripada Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lepas.

“Kami mempunyai sejumlah 417 penerbangan setiap minggu antara Semenanjung dan Malaysia Timur, dan 62 penerbangan harian yang berlepas dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke lapan destinasi di Sabah dan Sarawak.

“Ini merupakan cara kami untuk menghargai sokongan rakyat, dan ia akan menjadi yang pertama bagi lebih banyak lagi inisiatif daripada AirAsia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar.

Tempat duduk percuma itu tidak ditawarkan untuk penerbangan domestik antara Semenanjung atau antara Malaysia Timur.

Pesawat khas dengan ‘livery’ 1Malaysia telah dilancarkan pada Sabtu lepas bagi memperingati ‘Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia’.

January 05, 2013

Air Asia FREE tickets!


SEPANG: Prime Minister Datuk Seri Najib Razak today announced the implementation of the '1Malaysia Integration Programme' together with Air Asia, which sees a free air ticket offer by the airline for routes between Sabah, Sarawak and the peninsula for a specific period

sounds good kan?

It is learnt that more details on the period and the contents of the '1Malaysia Integration Programme' with Air Asia would be announced by the airline next week.



 how i wish this thing comes true.
air asia, please announce earlier..when, when, when? senang nak plan for holiday *wink

read HERE for more details,but yes please put your politics face here ;P

tweet, kelantanese dan gossip


perlu ke tweet macam tu?
 kan tak pasal-pasal je kena banned dengan orang, kena kutuk/maki free.
bukan nak back up or ape lah, yes i'm married to kelantanese guy, menjadi menantu kpd org kelantan, ade kawan-kawan dari kelantan, takde ape-ape masalah pun..takde yang pelik.
mungkin slang je lah yang jadi masalah, tapi small matter, boleh belajar kan?

dik, awak tak kawin lagi..jodoh semua Allah yang tentukan..kalau Allah dah tulis, jodoh awak dengan orang kelantan, redho ke tak?
dari mana pun pasangan kita, even pelik macam mana pun, kalau Allah dah tentukan..nak tolak?
tak paham zaman sekarang ni, makin canggih teknologi, makin takde takde adab..
kalau ye pun ko tak suka, keep it deep inside your heart, jangan kecikkan hati orang..
ko takde kawan-kawan kelantanese ke?
ape perasaan diorang bila baca tweet ni?

--------------------------------------------------
aku keje arini..best kan? uhukk..arini diconsider as normal working days sebab replacement untuk raya nanti..nak story pasal gossip mak-mak..
aku jarang sangat nak breakfast/lunch di cafe..kalau betul-betul lapar, baru lah merayap ke cafe...
tak feeling betul kalau makan sorang-sorang kan? sebab tu aku lagi suka beli roti & susu je..tahan sampai ke petang :) kira diet sekali lah..kang balik rumah melantak nasi dua pinggan T____T

tapi kadang-kadang best jugak makan sorang-sorang ni, sebab aku akan pilih meja ikut suka hati aku, tapi yang penting, meja tu semua pompuan and melayu..so pagi tadi, disebabkan kebulur tak semena-mena, aku menapak pegi cafe, plan dalam kepala nak beli roti je, sekali nampak kerabu mangga..terus laju-laju amik nasi letak dalam pinggan, amik ikan seko, lepas tu senduk kerabu banyak-banyak dalam pinggan..bolehh?
hehe kerabu dia sedap wehhhh..

settled bayar, aku pun nampak ade seat kosong, sebelah nye ade dua orang ahkak, dalam 30-an kot..
since nak duduk sebelah orang, aku pun senyum lah..ahkak sebelah aku ni tegur, ehh new staff ke?
aku cakaplahh takdelah kak, dari bulan 3 tahun lepas..dia cakap ohh tak penah nampak..aku pun senyum je lah..makan best kot..sambil denga dia dok gossip-gossip..

dialog 1:
ahkak a: ehh yang si bini mamak ni bini dia dah resign eh?
ahkak b: laaa bini mamak ke? selera pulak dia kawen ye..budak ni lama pulak tak nampak..laki bini keja satu tempat..
ahkak a: bla..blaa..blaaa
ahkak b: bla..bla..bla..

motif nak kutuk orang punya selera? dah jodoh diorang..

dialog 2:
ahkak a: ehh si zana tu tak jadi nak join kutu mangkuk
ahkak b: lahh pulak dah..hari tu beria sangat..dah bg nama kan?
ahkak a: yelahhh bg nama, ni dah nak start bayar cakap tak mampu pulak..aku cakap laa..kak, 50ringgit je sebulan..ok lah tu zana nak murah mana lagi?
ahkak b: itulah, dia selalu cakap duit tak cukup, laki bini keje tu..tah kemana lahhh duit dia..
ahkak a: ehh aritu dia cakap, duit dia lahh yang bayar semua, laki dia makan jee dia tanggung..lain-lain keta, rumah, anak sekolah semua si zana tu tanggung..
ahkak b: ishh ape pulak macam tu, aku lain..bila gaji je, laki bini sepakat, aku tau gaji laki aku berapa, gaji aku berapa..so aku bayar semua dulu,balance kang tulah belanja..pelik pulak zana ni..membazirlah makan beliiii aje bla..bla..bla..

motiff ape ko nak kutuk cemane orang bebelanja kak oiii?
ade tau ke gaji dia berapa, laki dia berapa?
macam mane perbelanjaan diorang sebulan..lain orang lain kak..
mungkin gaji akak dgn laki akak tu cecah 10k sebulan, orang tu 1k jee..

sepanjang 20 minit aku dekat situ, macam2 cerita aku dengar, pasal si polan ni dgn polan tu..
macam-macam diorang tau..hebat, multitasking kan?
 T______T




p/s: aku boring sebenarnyee keje ari sabtu, sampaikan gossip orang pun boleh jadi entry blog..haha


January 03, 2013

what arab's do?

entry pertama untuk tahun 2013 --dah ujung-ujung waktu balik, baru gigih nak update belog..
alasan biase, bizi uols..

hati tengah tak best ni..tetibe rase nak marah jeee dengan en.hubby..
nak menolong orang biar berpada, be it adik beradik sendiri pon..
kalau kita la kan mintak tolong orang, sanggup ke kita push orang tu?
macam case en.hubby sekarang, dia tolong kakak dia liaise dgn my abang beli keta baru..
dah dekat sebulan kot pending, macam-macam issue, kadang-kadang aku pun terlibat, which sometimes rasa nak marahhhhh je..sebab kakak dia tu jenis tak paham the procedure jual beli keta..
asyiklahh dok push adik dia nih..aku as bini pun tension..
reason akak dia sebab nak balik kampung cuti skolah dgn keta baru..cuti skolah dah nak abih, keta tak dapat lagi..tak pahammm aku..kenapa sebelum ni bolehhh je balik dgn keta lama, asal nak jugak tunggu keta baru? motifff? reason dia, sebab adik beradik kat kampung dah tau..so malu lahh kalau tak balik keta baru.. *sigh*

yang menjadikan issue ni lama adelah, pasal loan, lepas tu urusan yang melibatkan 3,4 negeri..which mySIL dok pahang, buat loan kedah/penang tak ingat, then nak register number KL..boleyh nak cepat?
sape penah beli keta, sure tau how is the procedure, kalau nak cepat liaise sendiri..

so sampailah semalam my abang cakap, keta boleh keluar by this jumaat..so yang menjadi issue dekat sini is...husband mySIL cuti dah beku sampai next month, so takde sape nak pegi amik keta dekat kedah, so nak tak nak si adikni lah yang kena relakan diri pegi amik..memandangkan dah balik kedah, of course laaa aku nak ikut kan? alang-alang balik kampung, harus la aku follow....tapiii, this saturday aku kena keja sebab nanti masa raya akan amik replacement leave ni..so en.hubby pun paham..he said kita tukar plan next week jelah balik ambik...tapiiiiii mySIL ni tak paham..nak push jugak adik dia..nak suruh amik keta minggu ni jugak? ape hallll? hoihh kang tak pasal menda ni bole buat aku laki bini gadoh kang..

sebulan dua bole tunggu, seminggu dah tak boleh..hmm..nak nangis ponn ade..
*symptom nak period--emosi tak bertempat*

sekian entry luahan hati..aku tak pasti mySIL ade tak blog aku..kalau dia baca, harap paham..
to en.hubby kalau bace ni, harap paham yer, ma takde tempat lain nak luahkan..pendam lame-lame boleh sakit jiwa..

sebelum tu, just sharing dari emel yang aku dapat

look what arab's are building..













all finished. notice the size of the palm trees outside?


Remember,  this is in the middle of the desert.... The very  HOT desert where temperatures get up to 120  degrees..... 


unbelievable! 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.


but it's  true..... 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.

put your impressed mode here :P

ok lah times up, nak balik..

kbai!