mammatots blogshop launching now! nak order AVENT murah? jom-jom!

acai berry and racun sibutramine

emir @KPJ Selangor

bayi 8 bulan didera meninggal dipangkuan ibu

vapor-balm for baby

wordless wednesday >a macbook

toddler meninggal dihempap tv..al-Fatihah

randoms friday

gulai lemak kulit lembu

TNB eServices

sis, happy birthday!

taska puncak alam

October 31, 2012

mammatots blogshop launching now! nak order AVENT murah? jom-jom!

haluuuuuuu ;) kembali kembali dan kembali..wah macam ternanti-nanti sangat nak baca blog ekau :P

takpe,dari biarkan blog ni sunyi dan sepi, baik update dok..takde orang bace, kang aku ulang-ulang baca sampai muntah T_______T

macam-macam yang terjadi within past few weeks, pastu raya haji pulak kan..pulang ke desa en.hubby..pastu terus lahh senyappp..balik opis, kemain bizi..sabo jelah..

ni pun tengah bizi, tapi nakkkk jugak update..just nak bgtau, my blogshop cap ibu dan anak dah launch..
jom terjahh..

kepada mommies, yang nak cari botol susu avent, or diaper bag..now dah boleh start order ;)
ready stock dah ade..

tak banyak lagi barang sebenarnye, slowly aku akan update ;)

sudi-sudi lah singgah blogshop makencik yer


or just click jer pics bawah ni


October 20, 2012

acai berry and racun sibutramine

just sharing..baru terpikir aritu nak try, nasib baik lahh tak jadi..
to mySIL, acai berry dah blacklisted, SDII bole percaya dak? hehehe



KUALA LUMPUR: Tiga salun kecantikan digempur Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas dikenal pasti menjadi ejen menjual ‘herba ajaib’ yang dipercayai mampu menurunkan berat badan antara 10 hingga 15 kilogram dalam tempoh kurang daripada sebulan. 
Lebih memeranjatkan apabila siasatan mendapati pil herba pelangsing badan yang ditawarkan mereka itu diseludup masuk ke negara ini melalui taktik membuat pengisytiharan palsu ketika melepasi pemeriksaan Kastam Diraja Malaysia (KDRM). 
Tambah menakutkan apabila kandungan pil yang dikatakan dihasilkan daripada sejenis herba terpilih kononnya berasaskan buah acai berry itu dicampur racun Sibutramine yang boleh membawa maut dan penyebab sakit gila. 
Timbalan Pengarah Farmasi (Kuatkuasa) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Jaafar Lassa berkata, serbuan jam 11.30 pagi semalam dilakukan serentak di dua salun kecantikan di Kota Damansara dan Shah Alam manakala satu lagi di Terengganu. 
“Ketiga-tiga pemilik salun terbabit menyeludup produk berkenaan melalui China sebelum dipasarkan kepada pelanggan di seluruh Malaysia yang kebanyakannya terdiri daripada suri rumah, kakitangan kerajaan dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT),” katanya.

October 19, 2012

emir @KPJ Selangor

*bersiaran dari KPJ Specialist Selangor*

emir tak sihat, admitted last night..macam dalam previous entry, aku ade cakap kan..since 2nd day dia di daycare, dia start selsema..tillah this week, masih selsema and past few days tiba-tiba mata dia bertaik..bgn tido sampai tak boleh bukak mata..so mlm tu terus pg jumpa doc yang biasa since emir dalam perut lagy, dr.wati di klinik an-nisa alam budiman..doc cakap, dia tak demam, tapi panas dalam..and mata bertaik salu tu because of selsema yang tak baik-baik tu..kuman dah naik ke mata, and kalau aku biarkan, nanti akan telinga akan kena infection, and this will cause otitis media..oihhh seram aku denga..

ape yang aku tau, otitis media ni penyakit yang berangkai dengan virus pneumonia, takuit! emir takde amik vaccine pneumoccocal tu..so aku sangatlah takut,mintak2 dijauhkan..doc ade bagi ubat, titis dalam mata..and 2 hari lepas tu alhamdulillah,takde lagi kuar tahi mata tak kira masa tu *kalau lepas bangun tido tade masalah la ken*

tapiiii..selsema dia tetappp ade..and lepas settle je masalah mata, dia cirit birit pulak..since last weekend..tapi on and off lah..aku pun ingatkan just cirit birit biasa, before ni pun pernah kena, tapi lepas makan ubat ok jer..but now, makin teruk..hari rabu, more than 5x dia berak, celah bontot and peha dah start melecet..menjerit2 la time nak cuci..disebabkan hati mama jenis 'tisu'..so cakap dekat en.hubby, kalau boleh dia EL lah esoknye..jage emir..aku tak boleh, sbb kene attend jgk training tu sampai complete..nasib en.hubby ok jer..and, nasib baik jugaklah haritu dia stay dgn en.hubby, dia cirit birit lebih dari 10x..aku balik halfday aritu..terus pegi ke clinic, and doc advise suruh pegi hosp, sebab takut rotavirus! *mama semakin cuakk* tapi aku hold dulu pegi hosp, sbb ptg tu dah stop berak,and emir punya energy macam takde effect jer..aktif macam biasa..tapi, bila pikir-pikir balik, kene pegi jgk hosp, buatnye ari jumaat pun same je dok berak-berak, baik pegi..so lepas magrib terus pegi, and terus admit...

*please pray for him..semoga cepat recover..mama taknak stay hosp lama-lama*


aktiviti lepas tok,wan and abah balik..mengamuk nak ikut..so cara nak tenangkan, bagi layan youtube, kompem behave..hehe


semalam amik nab sebab dia batuk & kahak jugak..1st nab pukul 4.30 pagi tadi, then continue pukul 9 and 1 tadi..since pagi tadi mak aku yang jaga dia, mencabar jugakla nak bg nab..nurse siap bedong kan lg..tu pun meronta2 nak lepas..then lepas training terus shoot ke kpj..dlm pukul 4 kene bagi nab lagi..time ni lagi mencabar..aku sorang jee...wallahhhhh, macam berperang..meraung jangan cakap la..masa tu en.hubby dah sampai, dia siap cakap "suara menangis denga sampai kt luar..dah agak dah,mesti kena nab" hehe..dah immune, emir and nab memang takleh dipisahkan :P

tapiiiii..sangat ajaib bila kena nab pukul 7 td..pasang je youtube, tengok lagu RIO, terus behave..rileks jeeee sedut gas sambil layan rio..terus terdetik dalam hati....apesal laaa aku tak penah terpikir pun nak buat macam ni..ok fine, salu nab dekat clinic, mana ade laptop access to wifi..uhukk....

October 17, 2012

vapor-balm for baby

just nak inform..emir tak happy stay dekat taska.. :(
this week, dah masuk two weeks, tapi selsema masih tak hilang..dengan batuk and muntah pun dtg sekali complete in package!
and this week, till semalam..dia cirit birit pulak..melalak-lalak bile nak cuci bontot..
sangat sedih..tak sampai hati nak hantar..tapi i've no choice at all..suka or tak,terpaksa..
i promised him, just till this friday,hang on there sayang! hopefully by next mon,dia akan stay dgn bbsitter baru..hopefully..!
 
misi pencarian bbsitter for emir still ON..those friends yang stay puncak alam, kalau ade jiran/friends yg housewife,yg willing nak jaga my baby,pls do let me know..sms/call me at 018-2748331..
appreciate yr kind help :)
 
ok,bukan nak cerita pasal tu, sekadar luahan perasaan merangkap iklan mintak tolong..hehe
ok,back to tajuk..since emir asyiklah selsema & batuk kan lately ni kan..even makan ubat pun tak jalan,so i've decided to stop ubat..takde effect, nak biar je dia kering sendiri..tapiii, aku takdela biar je macam tu..kang makin melarat, so aku kena cari alternative..
 
and ting! past few days abg ben ade suggest balm for child..terus laju-laju pegi guardian dekat bawah,pegi beli..finally jumpa! harga promo dkt guardian RM 7.50 tak silap..harga asal RM8.++
 
 
picture adelah courtesy from google yer..tak snap pics pun..erm, tapi seingat aku..bottle aku beli color pink..tutup biru..ade sesetengah ckp, pink untuk baby 3months onwards, biru ni utk sape? tak pasti..tp tengok ingredients and instructions same..not sure if diorang tukar packaging or what, dalam website still pic biru ni,takde pulak pink color tu..bagi aku,setelah guna dua hari, so far so good..selsema emir nampak dah kering, tido malam pun lena...batuk sikit-sikit lah, hopefully balm ni boleh bantu utk recover, taknak lah depends pd ubat, not good!
 
ni bukan ads ke or iklan berbayar yer..just nak sharing sbb its good utk sape yg ade baby, yg ade flu,susah nak tido..as an alternative solution je..bagi aku, this balm sangat best..it is a strawberry medicated ointment..menthol tak kuat sgt pun...sesuai sgt nk sapu kat anak yg tgh flu n batuk..and aku suka dengan bau strawberi..macam nak makan pon ade..haha..
ni info yang aku copy paste from 21st century's website:
 
21ST Century CHILDREN'S VAPORBALM is a strawberry medicated ointment which provides relief from blocked nose, cough and muscular aches and pains due to cold and flu.
It does not contain Camphor, a toxic substance found in many of today's vapor ointments available in the market. Camphor has been found to be deadly to infants and children by the American Committee on Drugs.
21ST Century CHILDREN'S VAPORBALM is Camphor-free, formulated with effective ingredients like Menthol and Eucalyptus to provide a soothing relief for your child.
 
Direction 21ST Century Children's VaporBalm can be used in two ways :
i. The Vapor Effect - VaporBalms's formulation becomes medicinal vapors when applied. These vapors are then inhaled to clear a blocked nose, ease breathing and coughing.
ii. The Warming Effect - When applied, it can soothe muscular aches and pains due to colds.
highly recommended to you, all mommies out there!
 

wordless wednesday >a macbook

 
 
what say you?
i'm not that desperate!
T_________T
 
 

October 15, 2012

toddler meninggal dihempap tv..al-Fatihah

**i'm in the SQLserver 2008 R2 class at Iversion Bandar Utama**
masih ade hati nak update blog.. ;) dah lame bersawang kenn..
 
 
 
tadi baca paper,pasal one toddler, two-years toddler meninggal kene hempap dgn tv..kesian sgt..tv tu atas wooden cabinet..and masa tu arwah tengah main dgn cabinet baju which maybe near to the tv cabinet..ayah arwah ade sekali,menda dah nak jadikan..suddenly tv tu jatuh and terkena leher arwah..ya Allah sedih sgt..kalau ikut dlm thestar,dia tulis diorang guna tv lama (macam aku) size 29 inci tu..too big and berat kan..
 
“He was playing with the drawers where we keep the clothes. The television fell on him suddenly,” said his grief-stricken mother Nur Azlin Mohd Ali, 31. She was in the room with her husband Khairil Anuar Mohamad, 36, along with their two other children at that time. While her husband sobbed, Nur Azlin related the incident to reporters at Hospital Ampang yesterday. Nur Azlin said she had been on the computer while her husband was lying on the bed when they heard the loud thud caused by the falling 29-inch television. She said it had hit her son on the neck, causing a lot of blood to gush out from his mouth, nose and ears. They rushed him to a clinic near their house in Ampang Jaya and was referred to Hospital Ampang due to the severity of his injuries.
However, the doctor on duty at the hospital confirmed he had died.
 
Al-fatihah untuk arwah adik Halif Hariz..semoga Allah tempatkan arwah dikalangan orang beriman
 

October 05, 2012

randoms friday

salam jumaat ;) hari ni agak busy..tapi, still curi masa nak update blog..rindu nak menaip..hehe

RANDOM #1
hari ni genap 5 days emir di daycare..tiap-tiap pagi menangis bila hantar..kalau ikutkan hati, kesian..sedih..macam-macam rasa..tapi, terpaksa..kita tak tahu macam mana layanan orang terhadap anak kita kan..

first day,pagi hantar menangis..whole day pun merengek jer..masa balik nampak dia main dekat luar dengan cikgu..tanya cikgu macam mana, diorang cakap menangis jugaklah, maybe hari first..

second day, still menangis..and bila balik, cikgu cakap dia cirit birit..malam tu bagi ubat..

third day, still menangis..cirit birit dah ok, tanya cikgu macam mana dia hari tu..kadang-kadang menangis jugak..maybe rindu mama or bbsitter lame..tanya cikgu progress, ok jer tapi jadi gangster pulak..asyik kalau orang..hehe..that's my boy..lasak semacam sekarang ni..garang pun ye jugak..

fourth day, pagi menangis macam biasa, bila dah tengahari, boleh main..tapi bila malam, dia dah start selsema and batuk..siap muntah..aku dah pesan dekat cikgu yang amik dia time pagi, monitor dia sbb kalau dia demam or batuk, mesti muntah..maybe tak disampaikan..hmmm..malam semalam pg clinic..

fifth day, harini siap melalak-lalak, bukan nangis biase..awal dia bangun, pukul 5 dah keje mama..hehe..siap-siap semua, 6.50 pegi hantar..masuk je gate, terus cakap taknak..dia dah tau nak kena tinggal..and harini pesan lagi, suruh bagi gas ventolin and ubat..and tadi pun sms pengetua dia, suruh tengok-tengokkan..hopefully emir ok.. #mamarisau

RANDOM #2

last few days..aku tergerak hati nak check email..dah lama berzaman tak bukak gmail..bukan malas, tapi sbb office skrg block gmail, just boleh access yahoo jer..tapi tu pun admin jer lah..so, aku create email baru under yahoo..maka gmail memang terbengkalai..tapi malam tu, sajelah nak bukak..tengok mailbox ade about 1.5k mail yang belum read..mostly groupon, milkadeal etc..so malas nak check..

then saje lah nak check spam mail..ada 75 mail..selalunye aku akan check all, then delete forever..tapi nak dijadikan cerita, aku scroll down satu-satu mail, and then...jeng jeng jeng.......panggilan interview..hehehe..
dari mana? ok sendiri jawab, perodua..hehe..post masih IT..aku tak pasti sape yang apply sebab since keje sini, aku takde bukak gmail and selalunye kalau nak cari keje, aku curi time office hour jer..weekend lansung takde mase nak hadap internet, jobstreet etc..so yakin, aku tak apply..takpe, maybe rezeki untuk aku..dapat atau tak, aku tetap nak cuba..perodua bonus best..hahaha #berangan

RANDOM #3

end of this month, raya haji kan..en.hubby dah semangat apply cuti..start rabu..aku? nak apply macam mana, aku memang takde AL..kena lah unpaid..*sigh* confirmed staff pun takde cuti..acaner? sedih betul..perodua please take me awayyy..wahh gitewwww..sebenarnye serba salah nak inform boss nak apply cuti untuk raya haji..tapi............taknak hampa kan en.hubby..dah lama tak balik kg dia..so, this time kenalah balik..my MIL buat korban and aku  & en.hubby nak buat akikah for emir..Ya Allah, kau permudahkan lah segalanya..aamiin..


**entry tanpe gamba


October 03, 2012

gulai lemak kulit lembu



soo eksotik! nanti-nanti kalau ke kuala selangor boleh singgah ;)

lokasi gerai  depan FAMA kuala selangor..

“Saya ingin mengekalkan rasa sebenar dengan menggunakan resipi asli ibu, Miskiah Kasidi kepada pelanggan-pelanggan saya,” katanya.


Beliau berkata, proses untuk menyediakan menu kulit lembu memakan masa yang lama kerana penyediaannya rumit.


“Sekeping kulit lembu perlu dibakar dan direndam semalaman terlebih dahulu bagi memudahkan proses membuang lapisan pertamanya yang mempunyai bulu halus tersebut.


“Selepas itu, ia digunting halus dan direbus lebih sejam sehingga empuk supaya lembut sebelum dimasak,” katanya.


Khairuddin berkata, sebanyak lima kilogram kulit lembu digunakan setiap hari bagi menghasilkan hidangan eksotik tersebut.


“Saya mendapatkannya daripada penjual daging lembu di pasar-pasar berdekatan,” katanya.


Pertama kali penulis melihat kulit lembu gulai lemak cili api memang tidak disangka itu adalah kulit lembu. Rasanya cukup lembut, mudah untuk dikunyah dan sedikit kenyal.


“Ia dijual sepinggan kecil pada harga RM2 dan pinggang besar RM5,” katanya.


source

October 02, 2012

TNB eServices

kepada sesiapa yang ternanti-nanti bil elektrik sampai di rumah, meh nak ajar cara yang senang..semua dihujung jari, lagi details..lepas ni kalau TNB hantar bil pun sila buang jer..tak perlu simpan *gila poyo*

ok, aku admit..aku ketinggalan zaman..hehe..dah ramai kot tau eservices provided by TNB ni..aku jer baru discover..*after my sil told me*
memandangkan haritu aku pernah dapat surat merah kan..tnb datang nak potong letrik even aku bayar full every month, sejak tu.........aku sangat alert pasal bil letrik ni..nak lagi kat rumah now, aircond pasang for almost 8 hours every night, so electric consumptions adalah sangat tinggi and of course, bil pun harus tinggi kan..so every month wajib check mailbox, tengok ada bill tnb tak..tapi, bulan sept baru ni..bill tak sampai..entahlah kenapa..malas nak call customer care yang tak berapa nak care tu..since dalam kepala otak aku, takpe nanti boleh check online *very the belagak*

dok takpe, takpe..kang sampai surat merah lagi, meroyan ko sorang-sorang..makanya hari ni, even busy, aku register jugak kat TNB eServices ni..registration senang sajo...meh nak ajar..

ok,ni url untuk tnb eservices

it will redirect you to the eservices webpage, sila bookmark yer, so next time tak payah nak google lagi dah :)

atau, kalau taknak, boleh jer pegi website TNB, kemudia click yang aku circle tu

 
kemudian korang akan dapat page ni..kalau existing user, boleh direct login..
kalau first timer, sila register dulu yer..tengok yang aku circle tu..


isilah segala information yang diorang nak
yang tanda * itu mandatory field, sila check dekat bill yer..
aku tadi memandangkan bill takde, so sms adik dekat rumah suruh checkkan contract no..
dah settle, click submit..nanti dia akan bagi temporary password untuk login..sila salin yer..
kalau tak mane nak dapat password lepas tu dah..

after login dengan temp password, nanti system akan suruh korang tukar password sendiri..
lepas tu kena login lagi sekali dengan your own password..

lepas login, korang akan nampak this screen..
very the details..bole tengok berapa banyak energy yang korang guna for past few months..
berapa bill korang bulan-bulan lepas, so boleh buat comparison..

cer tengok bill aku, sebelum and selepas pasang aircond..3x ganda bill aku..
haha..nak buat cemana..demi keselesaan anakandaku tersayang tu..

dalam eservices ni complete info yang korang nak ade..aku sebelum ni tak pernah amik port lansung pasal bill ni, tetiba teruja bila tengok amount tu different..pelik jugak, last month august bill aku RM241.10, siap ada tunggakan lagi RM9.80 tak cukup..tapi bulan ni..just RM136.50 jer termasuk amount tunggakan bulan lepas tu..macam mana boleh kurang guna? rasanya sama jer kot..on aircond dalam pukul 9, off balik dekat pukul 7 pagi..harap-harap bulan depan makin turun yer encik letrik..memang i lap you..
aku nak pasang aircond kat hall lagi ni..kang naik 10x ganda pulak kang..



ok,sekian entry yang sangat bermakna ini..
T__________T

sis, happy birthday!




pukul 4.35 tepat, aku baru teringat yang hari ni, birthday kakak aku ;)
bertuah punya adik..hahaha..semalam dah ingat, tapi takde credit pun, pastu en.hubby pulak pegi futsal, pukul 12 baru balik..tak dapek la nak guna hp dia sms..
*ok alasan diterima*

aku memegang falsampah, better late than never..so, aku call lah dia tadi, idoknye diangkat..dah tu siap sms aku pulak "mlm ni aku call, no pod..free 1 minggu" hebattt kan? haha..

so mari kita wish dekat blog jer..walaupun aku tau, dia takkan baca..takpe,sebagai kenangan dihari tua nanti ;)

so, to my dearie sister..wish you fun filled birthday and to remember, three series number is coming very soon ;P
you're a permanent part of my childhood that I can never keep away from myself..
have a great life ahead sis!






sincerely,
kak cik yang comel comel

October 01, 2012

taska puncak alam

sambungan dari entry yang ni --> misi pencarian daycare

at last, dengan berat hati..aku terpaksa meletakkan emir di new daycare today..
pagi-pagi lagi dah kejutkan dia, tukar pampers..and cakap-cakap dengan dia..that today dia akan ada cikgu baru & kawan-kawan baru..tapi biasalah,mana dia faham..dalam kepala dia,dah set harini dia akan jumpa mama iza,atuk,nenek & mak ucu and his friends..anak-anak bbsitter..tp no more lah sayang..

since dekat dengan rumah,aku jalan kaki pegi hantar,pesan dekat cikgu-cikgu dekat situ, and tengok dia totally tak biasa dengan new environment, strangers. hopefully, dia boleh mesra dgn cepat, aamiin..


perasaan aku? sama spt mula-mula tinggalkan dia dekat bbsitter which setahun 2bulan yang lepas..
tak pasti samada diorang boleh layan karenah dia atau tak..hopefully boleh..emir nowadays agak manja & mengada-ngada..kalau duduk rumah bbsitter dulu oklah, dia sorang, tukang layan 5-6 orang..now budak dalam 30 orang, tukang layan 5-6 orang..mana sama..

actually ada kisah disebalik keputusan ni..last time aku ada cerita yang aku dah shortlist tiga daycare kan..which satu yang dekat rumah, same lorong..dua lagi jauh sikit, lain fasa & lorong..last week, aku dah decide nak hantar dekat daycare yang lain lorong ni..kalau ada baca entry last pasal daycare ni, mesti tau yang taska ni aku tak pegi review pun..just tengok dari luar..

and satu hari tu, aku set appoinment dengan owner taska ni..nak discuss sikit lah kan..and same time nak tengok keadaan taska macam mana kan..since aku pergi lepas maghrib, and kebetulan time tu diorang tengah buat cleaning, owner tu tak invite aku masuk pun..duk borak-borak dekat luar jer..aku suka jugak taska ni sebab area luar is fully covered and tiled..so agak luas utk budak-budak main..tu jer yang nampak,dalam tak dapat tengok kan..

owner ni bekas ustazah kafa, siang hari dia jaga budak,malam dia buat kelas mengaji utk budak-budak..she told me, dia agak islamik..so aku memang suka la kan..tapi........knowing me, aku tak suka orang yang suka burukkan orang lain..ustazah ni jenis macam suka compare..and mulut pun boleh tahan..contoh, aku tanya.."akak dah jaga berapa orang?" dia jawab, "kalau ikutkan termasuk budak transit tadika, sekarang ni dalam 38 orang, akak tak ambil lebih, nanti JKM datang check".."lagipun ikut keluasan rumah,mmg limit 38 orang jer..tapi minggu lepas ada 2 orang budak keluar, so bolehlah terima emir..biasalah,taska mana nak untung sangat kan, macam-macam nak dibayar..api air bukan nya kira macam rumah, tapi kira bisness rate, mahal sikit la..itu lah sebab daftar tadika, akak tengok orang lain yang tak daftar, senang-senang jer..bayar murah, budak-budak boleh ambik ramai, takde orang check.."

macam-macam lagi soalan aku tanya, lagi lah jawapan dia dok compare dengan orang yang tak register..sape tu wallahualam, so far aku check mostly taska puncak alam, ada licensed yang dah direnew..
lepas tu dok cerita pasal new competitor kpd tadika dia, dulu ramai tapi sejak new tadika bukak depan tadika dia, terus down dia cakap, dia siap complaint dekat majlis lagi..alahai ustazah, rezeki masing-masing..

tapi, aku still insist nak hantar dekat dia..even perangai dia camtu..kenapa? sbb facility dia..aku dah cakap, nak hantar emir 1st oct, untuk yuran maybe by friday aku bayar..tapi..kuasa Allah, ade hikmah kot..aku contact ustazah tu since friday, tak angkat..petang balik keje, pegi taska dia,tekan loceng, takde orang..
nak sedapkan hati en.hubby cakap takpe esok (sabtu) pagi cuba datang lagi..same thing, takde orang..by right last time dia cakap ade pekerja dia stay situ..aku cakap, takpelah cuba call, kot nanti dia nak datangkan..sampai lah malam semalam, aku call, sms..lansung takde ape-ape respond..so, en.hubby cakap, dia taknaklah kot jaga emir..fine..kitorang pun, terus pikir plan B..hantar taska yang sama lorong jer la..even aku tak berapa nak setuju, tapi for emir's sake, i've too! terus call owner taska tu, and cakap nak hantar emir esok, and alhamdulillah dia terima..syukur..last minutes, ada jugak rezeki untuk emir..

and..lepas aku dah tarik napas lega, dalam pukul 11 camtu, ustazah tu call aku, tapi aku tak angkat, and dia sms "sorry saya busy last week..kalau masih berminat boleh hantar terus pagi esok"..tu jer..aku malas nak fikir..biarlah, dia tolak rezeki, and bukan rezeki emir nak stay dekat situ..aku percaya ada hikmahnya..





semoga :)