Nak let go STORKSAK murah-murah!

SALAM AIDILFITRI 2013 :)

cik anon meroyan

Cornell Multipurpose Cooker

Kenduri

1st appointment at FPP Selayang

Coach vs Storksak

Rezeki menjelang 2nd Anni

From Temeloh to PD with love

Hospital Selayang FPP a.k.a Private Wing

October 10, 2013

Nak let go STORKSAK murah-murah!

tarik napas..tarik napas..omaigadddddd..
dua bulan tak hapdate blog. last entry pasal raya? kahkahkah..syabas merebeti..

assalamualaikum! hah..macam masuk rumah baru..hehe..banyak nooo entry tertunggak. banyak nak story. nak share pasal check up kt FPP (2nd checkup), delivery under FPP package, cite pasal my new sweatheart pengarang jantung, ohh pasal raya jugak..tapi itu semua kendian. meh kite up story pasal storksak dulu okehh?

ingat tak entry ni? aku ade story yang aku nak beli storksak kan. tapi mase tu berangan design beg camni



akan tetapi gundahnya hati, stock takde :( 
actually aku beli dari Bloom&Grow authorized dealer kt malaysia ni..kat bebetotz pun out of stock. no choice, aku amik design lain.

STORKSAK KATE PATENT WHITE



cun tak? bagi aku beg ni sangatttt mahbeles! sangat cun gile.
aku suka material dia, design and interior dalam dia..very very very spacious!
luas and macam-macam boleh sumbat tau.

tapikannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn..aku nak LET GO bag ni..
bukan sebab dia tak cantik, bukan sebab tak kena dengan taste aku..bukan bukan.
aku sukaaaa sangat..sayang nak letgo sebenarnya..
the problem here is, SIZE.


interior dalam

storksak kate ni TOO BIG bagi aku. sebab aku ni petite orangnyee.
so bila bawak beg besar, dah macam bawak beg balik kampung jeeee.

kalau tinggi macam dr halina, mesti cun gile nak mams. 

ade sesiapa yg berminat? seriously cantikkkkk.
sumpah xtipu.

aku nak letgo murah dari harga aku beli.

RM 550 only!

bole nego sikit-sikit :)

retail price RM599. 
kire murah laa rege aku kan?
sebab betul2 brand new, 100% authentic.
aku just bukak plastik, try bergaya depan cermin  dgn amik gamba je.
tak guna lansung lg.

condition 10/10

kalau berminat sms/whatsup 019-7357441
serious buyer peliss :)

ohh price tu including postage yehh..klu nak cod area puncak alam or bukit jelutong shud be no problem.

August 08, 2013

SALAM AIDILFITRI 2013 :)


schedule entry. kalau kt kampung masa sangat la limited nak hapdate blog kan.
so buat entry siap-siap, pastu kita upload dulu kad raya versi hentam kromo. 
google background picture, edit sikit-sikit pastu letak gamba famili. ok la dok?

tau sangat dah trend sekarang tak ramai yg nak guna versi pos. wish kt blog, fb, ig and twitter pun dah sampai dah niat. tapi tradisi tu takde la. ni zaman sekarang, zaman anak-anak dah besa esok, tah cemana ghupe kad raya pun xtau lah.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.
MAAF ZAHIR & BATIN

kepada semua yang baca blog picisan aku ni. walaupun asyikla bersarang, tapi kadang-kadang still ada viewers, terima kasih ye. selamat hari raya readers! wahh gitew.

kepada cik anon (nak jgk mention) kot la bukak lg blog aku ni, selamat hari raya ye. udoh-udoh la jage tepi kain orang. kain sendiri belum tentu terjaga kan. insyaAllah aku boleh jaga kain aku sendiri. maaf zahir batin ye cik anon.



July 17, 2013

cik anon meroyan

lama tak update blog, takde entry latest pon tapi still ade orang nak meroyan kat blog aku ni ha.
nak jadi penasihat, tapi tak berani nak tunjuk identity sendiri. mungkin ni la perasaan yang selalu blogger-blogger femes rasa. guna id anon, lepas tu komen hentam orang suka hati.

this is my blog, my territory. aku ada hak nak tulis apa yang aku rasa, apa yang terjadi. jangan nak over sangat boleh? pegi create register account gmail satu, then create blog sendiri, pastu buat je luahan perasaan kat sana boleh? lepas tu kalau rasa tak puas luah perasaan kat blog sendiri sebab takde orang nak baca, comment je kat blog orang, tapi make sure guna id sendiri lah ye? not using anon's id, sebab its so annoying!

:) aku tak marah. tak kose nak marah orang bulan-bulan pose ni. buat spoil mood je.
sabar itu separuh dari iman.
jomm google menu nak berbuka cik anon!

July 05, 2013

Cornell Multipurpose Cooker



Retail price RM130+, but I got this at RM109 only, and the best part is I just paid RM34 only!

Want to know why? I got RM80 Seng Heng cash voucher, then since I'm plus one member, got discount another 30 ringgit. :) happy!

Pay only 34 ringgit for this awesome cooker, I won't complaint anymore! 

Hopefully, I can fully utilize it. First menu done, siakap stim. Next, en.hubby request for solok lada. Erkk, gottago, google for recepi! Haha





Kenduri

Since ada few pictures dalam hp pasal wedding my hubby's niece, so marilah kita update :) 

Aku pon dah tak ingat berapa haribulan. So layan lah gambar ye. 


              Some of the hantaran


Adat kelantan, takde sanding2. So my SIL just tempah a frame utk amik gambar. Cantikkan?



    Rewang masak a day before kenduri.




Mahap gambar pengantin takde. Dalam camera nun ha. Aku belum transfer lagi. Malas bebeno sekarang ni. 

Ni pulak masa kenduri bff kat kedah. Tak banyak pics pun memandangkan pegi pun dh lambat. Sorry jah! 

Pengapit aku masa kawin





Sekian entry ringkas dikala tunggu en.hubby datang jemput. Mau pulang masak utk berbuka :)

July 03, 2013

1st appointment at FPP Selayang

kalau ikutkan entry lepas, my 1st check up dengan dr roslan @FPP selayang suppose to be on early June. akan tetapi, aku tak dapat nak make it on that date, aku tukar tarikh appointment ke 27 June, pukul 2.30 pm. company just bagi leave pelepasan half day utk check up maternity. so aku pilih untuk pegi petang lah kan. kalau pagi rugi. aku kena redah jammed. haha. petang ok sikit, tak rushing sangat.

so tepat pukul 2 petang aku sampai kat hospital selayang. agak blur kat mana kaunter FPP. pegi tanya dekat pendaftaran, so dia cakap building sebelah satu tu, kena masuk ikut klinik-klinik pakar. masa aku sampai tu, agak ramai yang tengah Q untuk register. en.hubby tolong Q kan. tak larat nak berdiri lamo-lamo eh.

masa registration ni lah kena bayar RM110 which cover 1st consultation dengan doctor and pendaftaran. kena lah isi form & nurse akan bagi buku merah jugak. lepas settled pendaftaran, terus pegi bahagian maternity check up. dah ramai pun ibu-ibu tengah duduk tunggu turn. but since aku register under FPP, maka boleh potong Q lah. just hulur je buku nanti diorang panggil. tapi depends jugak lah, diorang pun consider ibu-ibu yang dah lama tunggu.

mula-mula pegi buat urine test, lepas tu timbang & check tekanan darah. dalam 10 minit je settle. terus nurse bawak masuk bilik doctor. dr roslan bilik no 15. masa tengah check up akan ada sorang nurse yang akan accompany kita, so tak la rasa janggal sangat kan dengan doctor.

dia buat scan, revise my EDD date daripada early of October, kepada 17 Sept 2013. aiyohh. en hubby semangat nak pegi pulau perhentian dengan budak-budak office dia 16 Sept tu. hehe, sorry babah, we need you more! tapi kalau ikut kiraan memang betul my EDD is supposed on mid of Sept. plus minus lebih kurang.

settled check up dalam masa 30 mins je. memang lain betul kalau compare dengan check up KK yang free itew! haha, so my decision to stick with FPP selayang. harap-harap baby kali ni sakit pun tengah malam, senang babah dia nak pecut kat highway :P





nota tangan: sorry no pictures. hp battery dh flat time tu. next time insyaAllah.


Coach vs Storksak

oihhhh encik mood, sila datang balik pelis..blog ai dah jadi zoo untuk labah-labah kot. haha. sumpah sejak-sejak preggy ni mood memang betul-betul takde nak mengarang (read: malas).

macam-macam kisah ada, gambar melambak-lambak, cerita anniversary yang ke-3, birthday emir, haram satu pun tak update. tengok lepas delivery ni, mood ke mana pulak.

baiklah,ke topic yang sepatutnya. misi mencari handbag baru. actually since emir ada, aku dah macam tak kisah ada handbag baru ke tak. motif? sebab tiap kali keluar, purse dgn handphone aku just sumbat masuk dalam diaper bag dia je. senang & mudah. lepas tu nak mencari barang, kemain hazabbb.

sempena hari raya yang bakal menjelma, aku dah bagi hint-hint kat en.hubby, nak handbag raya. tapi taknak yang murah, nak yang mahal-mahal je. muahahaha. kang ade yang kena ketuk. yela, tahun ni aku tak mintak pon nak baju raya yang mahal. so budget yang ada moh kite allocate ke suatu yang penting lagi berguna untuk masa depan dok? baju raya pakai sekali je, pastu peram dlm lemari (dah tak bole pakai bole la cakap camni kan? cer kalau muat, confirm nak jugak). dasarrrrr pompuan.

since aku kan mak budak, so criteria beg yang aku nak haruslah ikut konsep mak budak. nak yang besar, stylish, bole sumbat macam-macam. aku target samada coach tak pun michael kors. dua brand ni je design yang kena dengan jiwa. lain-lain, sila ke tepi.

kebetulan kawan aku ada wassap, nak tak handbag coach direct dari UK, which rega adalah marveles kalau nak compare dengan butik & online shop kat malaysia ni. terus aku tunjuk dekat en.hubby, and he's approved! wehaaa..semangat aku booking, tapi sayanggggg stock ngak ada buat masa sekarang. tunggu coach next sale, sempat kot before raya?


 Coach Ashley Leather Mini Tote




Coach Madison Leather Isabelle

tapi lepas usha michael kors dgn coach, aku terbekenan dua design ni je. both leather. aku memang tengah gila dengan leather-leather sekarang ni. rasa cam bestnye lah kalau boleh bau leather. haha. harga untuk ashley tu tak jauh beza sangat dengan online shop dekat sini. diorang jual paling mahal aku survey RM690, dengan member aku ni dia bagi RM500+. yang isabella idaman pujaan hati tu pulak, harga online shop paling murah yang aku dapat, RM1100, tapi member aku offer RM890. tolonglahhhh, tolonglahh terus aku nak. tengah bersabar je nih. bila coach next sale eh? ai sakit jiwa tau pendam perasaan. hahaha.

tapikan, bermula hari ini, lebih tepat tengahari tadi, fikiran aku jadi berubah dengan drastik, 360 darjah. ayat skema nak mamps. aku jadi macam baru tersedar dari mimpi giteww. sedarlah betty, anak ko dah nak masuk dua orang, yang sorang dulu pon ko blasah diaper bag anak je buat handbag, yang second ni ko nak bercoach bagai? sanggup nak sumbat pampers, botol susu anak semua dalam coach ko tu? muat ke???

pastu baru teringat entry dr halina, pasal diaper bag dia yang gojes gila awesome tu. brand storksak. laju-laju ai google. kat malaysia tak banyak online shop yang jual brand ni. paling murah yang jual diaper bag Storksak ni, aku jumpa dekat BabeTotz. aku tak minat yang design dr halina pakai tu. aku kan dari dulu suka tengok handbag stewardess air asia tu. kaler itam, pastu dia macam fixed terletak gitew. ala-ala korporat kononye. maka aku terus jatuh cinta dengan storksak yang kat bawah ni, alahai gojesnye kamu!



keratan pintas isi dalaman. sangat-sangat spacious kan?

beg ni siap built-in warmer. means kalau letak botol susu anak, panas akan bertahan 4 jam. pastu come with changing mat. wallah. coach ade? kihkihkih

in term of harga, yang ni masih logic dek akal. retail price around RM400 kot? kat babetotz dia offer RM350+, murah gila ok!
jatuh hati, jatuh cinta. cinta beralih arah, dari isabelle tu ke storksak ashley ni. tapi nak kena pegi tengok & belek sendiri dulu. dah puas hati baru boleh beli.

June 02, 2013

Rezeki menjelang 2nd Anni

Cerita yang takde kaitan dgn anniversary pun sebenarnya, tapi aku tetap anggap as 'rezeki' menjelang anniversary. Nak jadikan hadiah anni xbole, xde kaitan. mungkin ia jugak rezeki anak-anak..


Dah baca? Pahamlahkan ape yang aku nak sampaikan? Hehe, dah share kt ig dgn fb..tp tetappppp nak write dlm blog, as for kenangan. 

Alhamdulillah, permohonan ku berjaya. Dah lama pun submit, bulan dua aritu xsilap, tapi diorang memang dh mention akan amik masa 3,4 bulan utk process.

31hb aritu sampai surat, alhamdulillah. Mood terus happy. Lega at least tak payah bayar dah PTPTN setiap bulan. Hiphiphooreeeyyy!!


May 17, 2013

From Temeloh to PD with love

cerita basi. dah beberapa weekend lepas kisahnya. Dari temeloh ke PD..bff wedding & unofficial perodua family day :)
kenapa unofficial? sebab yang join hanyelah budak-budak bujang, plus two families.
yang ni program last minutes yang diorang arrange, ada dapat duit ape ntah. before ni diorang salu buat makan-makan kat office je. but this time buat short trip pegi PD. At first tak nak pegi pun, sebab last minutes, mana la nak ada bilik segala.

tapi, lucky us en.hubby's colleagues yang lagi satu family tu managed to book satu apartment with two rooms. ok sangat lah kan..terus ok ok..boleh pegi.
budak-budak bujang tido dalam khemah je.

Marilaa kite layan gambar saje..tapi semua gambar dah upside down..sebabnya? Testing update blog dari iphone sajor..haha

Gambar bermula dari day 2 ke day 1..blasah laa janji adoo gamba..















 
Cukup la dok? Holiday koboi gambar pun limited.

Nak sambung pulak, a week before g PD kitorang pegi Temeloh. Bff wedding. Classmate masa degree dan housemate masa master. Kitorang paling rapat sekali. Akhirnya dia temui jodoh :) 

To mira, semoga ikatan pkahwiinan korang berkekalan..aamiin.




Bunga yg menjadi idaman en.hubby




Sekian entry basi dari draft :)

May 11, 2013

Hospital Selayang FPP a.k.a Private Wing

selamat hujung minggu! minggu ni aku terpaksa keje dihari sabtu. bulan sembilan nanti ada company shutdown 14 hari. so ni kira replacement leave lah, nak topup balik cuti nanti. start dari january aritu sampai bulan lima, every month kena kerja untuk replacement leave, so raya nanti dapat cuti seminggu direct. tak payah susah-susah nak apply AL lagi doh. #redho

emir arini tinggal dengan babysitter lama. ingatkan taknak susahkan diorang lagi dah. tapi memandangkan bulan lepas akak bbsitter emir ni sms cakap nak pinjam emir sehari, so aku pikir, diorang rindukan emir kot. kesian pulak. so takpe, bulan ni aku mintak tolong diorang jagekan, sehari ni je. last dah pun :)

ok mari berbalik kpd tajuk utama, sebab semalam aku ada up entry pasal hospital pilihan kan. so arini nak share sikit info pasal FPP dekat hosp selayang. yelah, aku dah google, tak banyak sangat info pasal FPP kat selayang ni. putrajaya banyak. so dengan gigigh petang semalam aku call unit FPP, sorang staff yang jawab. baik & mesra. ok, stage satu passed. aku kan tak suka kalau aku telefon, dengan niat iklas nak bertanya, tapi orang disana jawab acuh tak acuh. tapi akak semalam tu kira qualified nak jadi customer service, layan aje karenah customer to be ni kennn.

sebelum call, aku dah list few questions. yelah takut nanti ade yang terlepas pandang kan. tapi ahkak tu cakap senang cerita, meh akak ceritakan semua dulu, lepas tu ade soalan baru tanya. ai is gumbira lah! aku tukang dengar je, dia cerita dari A sampai Z. dia cakap dia ade script. hahaha. lantaklah script ke ape akak oih asalkan semuanya covered. alhamdulillah, aku paham and cara dia cerita setiap inci tu memang detail. sambil-sambil tu aku selit la soalan yang mana aku tak paham, or nak tahu lebih lanjut.

so kisah bermula pasal doctor. di FPP selayang ada 3 orang doctor sahaja. dan kesemua doctor ini adalah lelaki dan senior otai belaka. i. Dr Roslan, melayu. dia head O&G. jadual appointment dengan dia hanyalah hari Rabu (pukul 10am-1pm) dan khamis (2pm-5pm shj). Jadual dia sangat lah pack untuk May ni, dia just available untuk dijumpa bulan Jun. doctor no 2, doctor the most wanted bak kata akak tu. sebab jadual Dr Yu untuk bulan May dah full, bulan Jun just tinggal ujung bulan saje. apekah? Dr Yu is Chinese. Jadual dia pulak Isnin/Rabu/Khamis. Dan doctor ketiga is Indian, Dr Philip. 1Malaysia kan? haha. jangan timbulkan isu racist disini ok. Dr Philip is available untuk slot may. So sesape plan nak amik FPP, and nak earliest appointment dgn doc, boleh terus call unit FPP dan book dgn dr Philip ye.

aku pilih Dr Roslan, and 1st appointment will be on 5th June 2013. mula-mula tanya, doctor mana yang available slot appoinment yang paling cepat sekali. so akak tu bg aku tarikh 17/5 minggu depan dengan dr Philip. tapi pikir balik, 14/5 aku ade appointment dgn gynea aku sekarang ni, so aku cakap tak nak, nak Dr Roslan lah, so appoinment by early June. cantik sangat lah.

Lepas tu, masuk bab fees and charges pulak. Masa 1st appointment, kena bayar RM10 untuk pendaftaran, dan RM100 untuk first consultation dgn doctor. Appoinment seterusnya RM60 fixed. tapi ni charges untuk consultation dgn doctor je, belum masuk apa-apa procedure dan ubat. Tu lain charge ye.

Process delivery, masa hari nak deliver tu kena bayar RM10 untuk pendaftaran, kemudian RM3000 untuk deposit. Boleh bayar by cash atau pun credit card.

Di FPP ada 4 bilik single room - RM130/night. Bilik ni complete with TV & aircond. Incase kesemua bilik full, diorang ada 2 escalation room ke hape, tak clear sangat akak tu sebut. RM80/night. Beza bilik ni just takde tv je, keluasan sama dan ada aircond. Dan seandainya bilik ni pun full, diorang akan letakkan kita di second class room, RM35/night. Yang ni 4 bedded, normal ward sekali dengan non-FPP. Tapi if petangnye bilik-bilik untuk FPP kosong, diorang akan tukar kita ke sana.

gambar bilik yang aku ambil dari google.

entrance kot? janganlah mengharapkan lcd or plasma tv ye. takdenye. astro pun nan ado. haha. credit to google.

Untuk single room, husband boleh temankan, tak kira waktu tanpa sekatan. Tapi 2nd class tak boleh dan kena ikut waktu melawat yang ditetapkan oleh hospital.

Charge untuk labour room - RM250. Mula-mula aku tanya per hour ke? Akak tu gelakkan je. Dia cakap kalau per hour, boleh pengsan dik. Ni RM250 kira sekali guna lah. Tak kiralah berapa lama pun dalam tu.

Kendian, estimate delivery charges.
i. Normal delivery: RM401- RM600
ii. Breech/Forcep/Vacuum: RM601 - RM750
iii. Caesarean: RM751 - RM1000

Charge doc di ward pulak untuk weekdays, office hour RM60/visit. After office hours RM90/visit. Kalau on weekend RM120/visit dan public holiday RM180/visit. Nasiblah kalau doctor datang banyak kali, makanya banyak jugaklah chargenye.

Lain-lain charge, ini aku bagi listing depends kepada keperluan dan nasihat doctor ye:

i. BTL (untuk Caesarean) - RM751
ii. Anesthesia - RM250/hour
iii. CTG - RM 100
iv. Amik darah di ward - RM30
v. Check jenis blood group - RM10
vi. Epidural - RM250
vii. Hantar sample/darah ke makmal - RM170
viii. Tambah darah - RM170/bag

Ubat-ubatan pulak, depends kpd doctor's prescription. Kalau banyak mahallah jadinye.

So senang cerita, estimated cost bersalin under FPP scheme ni, untuk normal delivery dalam RM2000-RM2500, Breech pulak RM 2500-RM3000 and caesarean pulak RM 3000 - RM5000.


ni summary of charges. credits to google.

Sudah paham? Marilah sama-sama berjimat cermat, demi kepentingan dua-dua pihak. haha. takdelah, terpulang untuk kita, ada budget lebih boleh pilih hosp yang offer much better dari ini. Tapi bagi aku FPP scheme ni dah ok lah. Aku bukan lahh cerewet sangat, asalkan selesa & affordable ok je. Janji aku & baby selamat, dah syukur alhamdulillah.

Kawan aku dua minggu lepas deliver her 2nd baby under FPP scheme. Dia amik doc philip, and dia cakap doc tu bagus sangat. Services pulak superb kalah ampang puteri (anak 1st dia deliver kt sana). Luka jahit kemas & kejap je sembuh. So dia suggest aku kalau nak consider FPP Selayang boleh sangat2. Dia puas hati so far. Total bil dia around RM3k, oklah sangat lah kan? Dulu dia deliver 1st baby dekat Ampang Puteri, c-sect RM15k melayang. fuhhhh!

Aku pun belum finalized lagi. Nak survey and nak pegi 1st appoinment nanti, kalau semua ok, boleh proceed situ je. Doakan aku buat pilihan terbaik ok? adios!