From Temeloh to PD with love

Hospital Selayang FPP a.k.a Private Wing

Hospital bersalin pilihan hati

May 17, 2013

From Temeloh to PD with love

cerita basi. dah beberapa weekend lepas kisahnya. Dari temeloh ke PD..bff wedding & unofficial perodua family day :)
kenapa unofficial? sebab yang join hanyelah budak-budak bujang, plus two families.
yang ni program last minutes yang diorang arrange, ada dapat duit ape ntah. before ni diorang salu buat makan-makan kat office je. but this time buat short trip pegi PD. At first tak nak pegi pun, sebab last minutes, mana la nak ada bilik segala.

tapi, lucky us en.hubby's colleagues yang lagi satu family tu managed to book satu apartment with two rooms. ok sangat lah kan..terus ok ok..boleh pegi.
budak-budak bujang tido dalam khemah je.

Marilaa kite layan gambar saje..tapi semua gambar dah upside down..sebabnya? Testing update blog dari iphone sajor..haha

Gambar bermula dari day 2 ke day 1..blasah laa janji adoo gamba..















 
Cukup la dok? Holiday koboi gambar pun limited.

Nak sambung pulak, a week before g PD kitorang pegi Temeloh. Bff wedding. Classmate masa degree dan housemate masa master. Kitorang paling rapat sekali. Akhirnya dia temui jodoh :) 

To mira, semoga ikatan pkahwiinan korang berkekalan..aamiin.




Bunga yg menjadi idaman en.hubby




Sekian entry basi dari draft :)

May 11, 2013

Hospital Selayang FPP a.k.a Private Wing

selamat hujung minggu! minggu ni aku terpaksa keje dihari sabtu. bulan sembilan nanti ada company shutdown 14 hari. so ni kira replacement leave lah, nak topup balik cuti nanti. start dari january aritu sampai bulan lima, every month kena kerja untuk replacement leave, so raya nanti dapat cuti seminggu direct. tak payah susah-susah nak apply AL lagi doh. #redho

emir arini tinggal dengan babysitter lama. ingatkan taknak susahkan diorang lagi dah. tapi memandangkan bulan lepas akak bbsitter emir ni sms cakap nak pinjam emir sehari, so aku pikir, diorang rindukan emir kot. kesian pulak. so takpe, bulan ni aku mintak tolong diorang jagekan, sehari ni je. last dah pun :)

ok mari berbalik kpd tajuk utama, sebab semalam aku ada up entry pasal hospital pilihan kan. so arini nak share sikit info pasal FPP dekat hosp selayang. yelah, aku dah google, tak banyak sangat info pasal FPP kat selayang ni. putrajaya banyak. so dengan gigigh petang semalam aku call unit FPP, sorang staff yang jawab. baik & mesra. ok, stage satu passed. aku kan tak suka kalau aku telefon, dengan niat iklas nak bertanya, tapi orang disana jawab acuh tak acuh. tapi akak semalam tu kira qualified nak jadi customer service, layan aje karenah customer to be ni kennn.

sebelum call, aku dah list few questions. yelah takut nanti ade yang terlepas pandang kan. tapi ahkak tu cakap senang cerita, meh akak ceritakan semua dulu, lepas tu ade soalan baru tanya. ai is gumbira lah! aku tukang dengar je, dia cerita dari A sampai Z. dia cakap dia ade script. hahaha. lantaklah script ke ape akak oih asalkan semuanya covered. alhamdulillah, aku paham and cara dia cerita setiap inci tu memang detail. sambil-sambil tu aku selit la soalan yang mana aku tak paham, or nak tahu lebih lanjut.

so kisah bermula pasal doctor. di FPP selayang ada 3 orang doctor sahaja. dan kesemua doctor ini adalah lelaki dan senior otai belaka. i. Dr Roslan, melayu. dia head O&G. jadual appointment dengan dia hanyalah hari Rabu (pukul 10am-1pm) dan khamis (2pm-5pm shj). Jadual dia sangat lah pack untuk May ni, dia just available untuk dijumpa bulan Jun. doctor no 2, doctor the most wanted bak kata akak tu. sebab jadual Dr Yu untuk bulan May dah full, bulan Jun just tinggal ujung bulan saje. apekah? Dr Yu is Chinese. Jadual dia pulak Isnin/Rabu/Khamis. Dan doctor ketiga is Indian, Dr Philip. 1Malaysia kan? haha. jangan timbulkan isu racist disini ok. Dr Philip is available untuk slot may. So sesape plan nak amik FPP, and nak earliest appointment dgn doc, boleh terus call unit FPP dan book dgn dr Philip ye.

aku pilih Dr Roslan, and 1st appointment will be on 5th June 2013. mula-mula tanya, doctor mana yang available slot appoinment yang paling cepat sekali. so akak tu bg aku tarikh 17/5 minggu depan dengan dr Philip. tapi pikir balik, 14/5 aku ade appointment dgn gynea aku sekarang ni, so aku cakap tak nak, nak Dr Roslan lah, so appoinment by early June. cantik sangat lah.

Lepas tu, masuk bab fees and charges pulak. Masa 1st appointment, kena bayar RM10 untuk pendaftaran, dan RM100 untuk first consultation dgn doctor. Appoinment seterusnya RM60 fixed. tapi ni charges untuk consultation dgn doctor je, belum masuk apa-apa procedure dan ubat. Tu lain charge ye.

Process delivery, masa hari nak deliver tu kena bayar RM10 untuk pendaftaran, kemudian RM3000 untuk deposit. Boleh bayar by cash atau pun credit card.

Di FPP ada 4 bilik single room - RM130/night. Bilik ni complete with TV & aircond. Incase kesemua bilik full, diorang ada 2 escalation room ke hape, tak clear sangat akak tu sebut. RM80/night. Beza bilik ni just takde tv je, keluasan sama dan ada aircond. Dan seandainya bilik ni pun full, diorang akan letakkan kita di second class room, RM35/night. Yang ni 4 bedded, normal ward sekali dengan non-FPP. Tapi if petangnye bilik-bilik untuk FPP kosong, diorang akan tukar kita ke sana.

gambar bilik yang aku ambil dari google.

entrance kot? janganlah mengharapkan lcd or plasma tv ye. takdenye. astro pun nan ado. haha. credit to google.

Untuk single room, husband boleh temankan, tak kira waktu tanpa sekatan. Tapi 2nd class tak boleh dan kena ikut waktu melawat yang ditetapkan oleh hospital.

Charge untuk labour room - RM250. Mula-mula aku tanya per hour ke? Akak tu gelakkan je. Dia cakap kalau per hour, boleh pengsan dik. Ni RM250 kira sekali guna lah. Tak kiralah berapa lama pun dalam tu.

Kendian, estimate delivery charges.
i. Normal delivery: RM401- RM600
ii. Breech/Forcep/Vacuum: RM601 - RM750
iii. Caesarean: RM751 - RM1000

Charge doc di ward pulak untuk weekdays, office hour RM60/visit. After office hours RM90/visit. Kalau on weekend RM120/visit dan public holiday RM180/visit. Nasiblah kalau doctor datang banyak kali, makanya banyak jugaklah chargenye.

Lain-lain charge, ini aku bagi listing depends kepada keperluan dan nasihat doctor ye:

i. BTL (untuk Caesarean) - RM751
ii. Anesthesia - RM250/hour
iii. CTG - RM 100
iv. Amik darah di ward - RM30
v. Check jenis blood group - RM10
vi. Epidural - RM250
vii. Hantar sample/darah ke makmal - RM170
viii. Tambah darah - RM170/bag

Ubat-ubatan pulak, depends kpd doctor's prescription. Kalau banyak mahallah jadinye.

So senang cerita, estimated cost bersalin under FPP scheme ni, untuk normal delivery dalam RM2000-RM2500, Breech pulak RM 2500-RM3000 and caesarean pulak RM 3000 - RM5000.


ni summary of charges. credits to google.

Sudah paham? Marilah sama-sama berjimat cermat, demi kepentingan dua-dua pihak. haha. takdelah, terpulang untuk kita, ada budget lebih boleh pilih hosp yang offer much better dari ini. Tapi bagi aku FPP scheme ni dah ok lah. Aku bukan lahh cerewet sangat, asalkan selesa & affordable ok je. Janji aku & baby selamat, dah syukur alhamdulillah.

Kawan aku dua minggu lepas deliver her 2nd baby under FPP scheme. Dia amik doc philip, and dia cakap doc tu bagus sangat. Services pulak superb kalah ampang puteri (anak 1st dia deliver kt sana). Luka jahit kemas & kejap je sembuh. So dia suggest aku kalau nak consider FPP Selayang boleh sangat2. Dia puas hati so far. Total bil dia around RM3k, oklah sangat lah kan? Dulu dia deliver 1st baby dekat Ampang Puteri, c-sect RM15k melayang. fuhhhh!

Aku pun belum finalized lagi. Nak survey and nak pegi 1st appoinment nanti, kalau semua ok, boleh proceed situ je. Doakan aku buat pilihan terbaik ok? adios!

May 10, 2013

Hospital bersalin pilihan hati

as-salam :) selamat datang kembali ke blog yang kejap timbul kejap tenggelam. seriously takde mood nak berblogging..entah kenapa, pelik. asal pikir pasal blog je, rasa tak sedap hati, mood pun kelaut. oleh itu, marilah kita salahkan hormon ibu mengandung T____T

lama tak menulis, lama sangat. kan? tengok last entry, alahai sebulan ke dua bulan lepas? pilihanraya pun dah lepas. ramai sekarang ni buat part time jadi penganalisis politik. aku malas nak comment banyak, politik dekat malaysia ni, don't expect the unexpected. macam-macam spekulasi timbul. last minit macam-macam boleh jadi. macam aku jugak, even plan asal tak mo balik, tapi last minit balik jugak setelah kawtim dengan ayah suruh seseorang sponsor tiket flight. haha. berjaya pulang jugak. tapi struggle gila naik flight sorang-sorang dengan emir. penatnye lah ya ampun nak kawal budak yang tengah membuas tu. en.hubby pun naik firefly, tapi dia ke KB, aku ke Penang.

oh yes, sebelum melalut ke lain, baik kita buat u-turn. actually, aku sekarang ni tengah survey pasal hospital bersalin. aku pregnant sekarang baru 20weeks+, tapi tak salah kalau nak survey awal-awal. senang nak plan. masih tengah consider, yang second ni nak pegi private or stick with government hosp macam emir dulu. aku tak kisah pun kalau pegi government hosp, asalkan ade bilik first class. bukan demand, tapi i need my privacy. first class dekat government hosp charges dia idok le mahal. last time, aku deliver emir, di hosp serdang, memang puas hati sangat-sangat. dari labour room ke bilik, memang kemas & tip top. semuanya friendly.

tapi masa tu, aku dapat bilik sharing dua orang. ok lah. not bad even aku request untuk single room. sebab kalau single room boleh angkut kaum kerabat tido situ. tp aku dapat double, just mak aku jelah boleh temankan. takpe, masih puas hati. bayar RM800, tapi layanan superb, lagi mau complaint?

kali ni, kalau boleh bersalin di serdang pun ok. tapi en.hubby tak sanggup. dia cakap dulu boleh lah duduk shah alam, shoot pegi serdang 20 mins je. lagipun aku turun sign tengah malam, mmg sedap la dia pecut. tapi kali ni kalau nak serdang jugak, kena pikir 44 kali. buatnye nak bersalin time peak hours, boleh stress ok. so baiklah kan aku survey awal-awal. aku dah shortlist few hospital yang dekat sikit and easy access from puncak alam. antaranya ialah:

i. DEMC

DEMC located di tengah-tengah bandar shah alam. tapi, so far bandar shah alam jarang jammed. just Q traffic light je. except, gutrie highway yang simpang empat giant tu ha, pagi and petang time weekdays memang sesak tahap sakit jiwa. dah masuk bandar shah alam ok je.

So far, aku googled review dari blogger yang pernah ke DEMC, so far so good. Rate pulak standard private rate lah, more or less still cost you ard RM3k for normal delivery. still need banyak info. route dari puncak alam ke DEMC adalah lebih kurang 38km, dalam setengah jam jugak la nak boleh sampai.

ii. Hospital Bersalin UMRA

UMRA pulak terletak di seksyen 13 shah alam. Depan pintu masuk stadium. So far, hospital ni rate paling murah. Normal delivery less than RM1500 untuk single room. Tapi review untuk hospital ni ada yang good ade yang bagi negative comment. Based on their own experience.Aku pernah buat D&C dekat sini masa miscarriage 1st baby, total cost RM800, berbaloi sebab aku tak rasa sakit lansung. Some of people cakap D&C tu sakit, but seriously aku tak rasa apa-apa. Lepas boleh discharge rilek je jalan semua. Dari segi jarak dari puncak alam ke UMRA dalam 30km, 20-30 jugak minit boleh sampai kalau tak jammed dekat guthrie tu lah.

iii. Hospital Selayang, private wing

Hospital ke-tiga, hospital selayang private wing, or lebih dikenali sbgai Full Payment Patient Scheme (FPP). Dah googled, banyak review yang bagus pasal FPP ni. Untuk government hosp, just dua hospital je yang offer FPP di Malaysia ni, hospital putrajaya and selayang. So aku pilih Selayang je lah, dekat sikit kalau nak banding ke Putrajaya nun kan. Jarak dari Puncak Alam ke Hosp Selayang, kalau ikut LATAR highway lah, dalam 30-35 km kot? Try check google map belum ada. Aku agak je la sebab selalu jugak guna LATAR tu kalau nak ke rumah abang aku di Selayang, estimate masa dalam 20-30 mins jugak, depend on traffic. So hosp selayang boleh di consider. Cost pulak sangat reasonable.

Ok, buat masa ni hanya tiga hospital tu je. Tapi masih dalam process pemilihan. Kalau en.hubby ok, aku ok je. Tapi, deep in my heart, kalau boleh aku nak pilih hospital yang bagi priority untuk normal delivery. Macam government hosp, no matter what, diorang akan try and courage their patient untuk try normal delivery, if betul-betul tak boleh or ada complication then baru pegi ceaserean. Tapi sayang, untuk sesetengah hosp private (tak semua ye), diorang tak bagi opt utk normal delivery, mostly diorang akan pujuk patient terus ceaser senang cerita. tak sakit, seminggu settle katanya. no no no..kalau aku tak nak. i prefer normal delivery. harap-harap kali ni boleh normal lagi.

so hosp mana akan ku pilih? nanti aku cerita di next entry ok? tadi dah call Selayang FPP unit, seems like berminat, hehe. Staff yang sangat friendly siap explain satu-satu charges, procedure etc. Nanti aku update pasal Selayang FPP ok? tapi still nak approach DEMC, see how the different. UMRA, boleh diconsider tapi orang cakap, kalau betul-betul nak go to private, pilih hosp yang besar and complete with facilities, sebabnya? kalau ada komplikasi, diorang tak tolak kita ke hosp government. like DEMC rasanya ada bank blood sendiri, UMRA takde kot? Macam FPP Selayang tu of couse la kan ade sbb memang government hosp.

Apa-apa pun keputusan yang dibuat nanti, harap-harapnye baik untuk aku, en.hubby and baby yang akan lahir ni. :)



p/s: iols excited nak tau gender. ;P