"innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun"
baru je tadi, tengok dekat status fb..ade newsfeed status kawan 'baik' di matriks dulu, dah kembali ke rahmatullah..sedih sangat, air mata mengalir dengan sendiri nya..
"Ya Allah, kau tempatkanlah dia di kalangan orang yang beriman"
dah lama tak bercontact pun, last masa aku belum kawin dulu..tahun 2009 kot? tak ingat dah..tak bercontact dah sampai sekarang even dekat fb ade je pun..segan pun ade..
bulan disember hari tu dia kawin and dia invite..tapi aku tak pegi pun, clash dengan invitation lain..so tak dapat attend..tak dapat nak jumpa wife dia..semoga dia tabah dengan ujian Allah, diorang baru dua bulan kawin, tapi Allah lagi sayangkan dia..
KLANG, 8 Feb (Bernama) -- Seorang pekerja maut manakala rakannya cedera parah dalam kebakaran di sebuah kilang membuat alat pencegah kebakaran, berhampiran Jalan Sungai Keramat 4, Taman Klang Utama di sini dalam kejadian kira-kira 4 petang ini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Shahrul Akhmar Sharifuddin, 26, meninggal dunia di lokasi kejadian.
satu persatu kenangan dengan arwah keluar..aku kenal arwah pun masa join satu event matriks collaborate dengan KPM, kitorang satu group, tapi even satu group pun tak kenal sangat..untillahhhh malam, bila time nak solat, ade masalah yang timbul which kitorang dua orang jeee wakil dari matriks perlis dalam group tu, since jarak perlis ke langkawi adelah sangat dekat kan so kitorang tak boleh nak jama' kan solat macam budak-budak matriks dari negeri lain. Kitorang punya fasi suuh solat on time, oklahh fine. Masa Asar, time activity fasi bagi chance dekat kitorang balik khemah kejap untuk solat. Takde surau pun, just ade canvas yang besar yang di bentang utk solat jemaah.
"Mangsa maut di tempat kejadian setelah melecur teruk dan terbakar seratus peratus," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata seorang lagi rakan mangsa cedera parah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk rawatan manakala dua lagi mengalamicedera ringan Mohd Sani berkata kebakaran dipercayai bermula dari bahagian belakang kilang berkenaan.
So masa solat Asar, aku solat di hujung ni, arwah hujung sana. Aku tak kenal dia sangat, and arwah pun sama. So kitorang solat macam biasa lah, masing-masing. Untillah magrib pun sama. By the time gap activity lepas maghrib, tengah feeling-feeling keindahan alam, tibe-tibe fasi kitorang besuara,
"abang tak paham la dengan group ni, datang dari kolej yang sama, orang utara, tapi bila nak solat, sorang ke timur sorang lagi ke barat..tak boleh ke jemaah sama-sama".......gulp, aku terasa..laju-laju pandang arwah, terus tunduk malu dengan budak-budak lain..
lepas habis aktiviti malam, semua boleh balik ke khemah..time untuk solat isyak, budak-budak lain dah jemaah tadi, tinggal aku dengan arwah je belum..so untuk first time, aku di imamkan oleh orang yang tak dikenali..hehe, kelakar, tapi tulah kenangan manis aku dengan arwah, since that night, kitorang rapat masa event tu, kemana aku pegi, dia ada..kat mana ada arwah, disitu la aku ikut..event tu seminggu lebih, seminggu lebih jugak kitorang berjemaah sama-sama :)
-edited-
until lah hari ini, aku tau yang arwah dah kembali ke rahmatullah, menemui penciptanya..
"semoga arwah tenang disana dan rohnya dicucuri rahmat"
kepada arwah, aku minta maaf seandainya sepanjang perkenalan kita, ada hati yang terluka, maafkan segala kata-kata atau gurauan yang menyakitkan hati.
:(
No comments:
Post a Comment